Kepentingan Website Untuk Pengusaha Seni (Art Entrepreneur)
Dah beberapa minggu ni aku aktif menulis. Menulis dan kemudiannya dimuatnaik kat blog ini. Blog ini merupakan cebisan website yang bernaung dibawah domain ghafarnawi.com. Kalau korang klik pada pautan tadi akan terus membawa kepada paparan muka hadapan website ini. Untuk blog pula, aku guna slumb3rstory.ghafarnawi.com. Seorang member aku pernah tanya, apa kepentingan website untuk pengusaha seni ni? Kenapa dia tanya, sebab dia pun seorang pereka grafik macam aku. Jadi aku kongsikan 15 kepentingan website kepada pengusana seni (Art Entrepreneur)
Pamphlet online
Ini sangat popular digunakan untuk para peniaga offline. Mereka letak alamat website dalam semua business card untuk memudahkan client, supplier dengan kenalan lain mengetahui soalan-soalan kerap ditanya (FAQ) yang dimuat naik dalam website mereka. Bukan tu sahaja, masukkan berbagai-bagai informasi lain sebagai matlumat tambahan kepada audience sendiri. Tak perlu explain banyak kali, tunjuk bagi depa baca.
Tarik pelanggan
Pasaran dalam dunia ni ramai, jadi mengapakah kita tidak mengambil salah satu platform pasaran yang terbesar ini? Ambil pasaran atas talian. Ini boleh membantu mengembangkan jaringan pelanggan yang sedia ada. Gabungan pasaran online dengan offline sangat membantu syarikat-syarikat IKS dalam Malaysia ni.
Kepentingan website untuk menyebarkan pengaruh
Politik? Berlambak sudah website sembang pasal politik. Tapi kalau korang bukan orang politik tetapi artis yang nak bawa gelombang trend, website adalah pelantar untuk korang menarik pengaruh. Tidak kesahlah sama ada pengaruh untuk membeli atau meraih simpati. Kedua-duanya boleh dicapai melalui seketul website yang cantik ditulis oleh korang sendiri.
Tempat letak portfolio
Kau designer? Apehal tak guna website untuk letak segala artwork, sketches, doodle dan macam-macam hasil seni yang lain? Ini la tempat untuk show off talent? Sangat-sangat berbeza dengan Instagram, Behance, Facebook page yang mempunyai risiko untuk di ‘Report’ dan secara automatik kena padam oleh tuan tanah. Sebab apa?
Ada orang report ko plagiat. Padahal kau ‘inspired by’ atau bikin design parody. Kau tak sempat nak defense, dah kena sengat dengan tuan tanah. Abeh tu artwork dalam akaun media sosal tu macam mana? Kan dah hilang… Kuang kuang kuang… Feel dia sama bila ada artwork tak sempat save, tapi Adobe Photoshop tulih “Not responding”. Tahi.
Tempat rekod perjalanan (blog)
Sini adalah cerita. Cerita macam mana lukisan kau boleh jadi hodoh pada tahun 2017 dan perkembangan seni kau sampai kau tua. Isinya kau simpan sebab kau punya. Kau tulis dalam sebuah website ada nama kau sendiri. Macam-macam boleh cerita. Tambah-tambah geng fine art. Macam mana kau teroka idea sendiri. Fuh, satu pengembaraan yang tak ramai kongsikan.
Memberi nilai kepada syarikat
Pernah terfikir tak berapa biliyun website Zalora tu bernilai? Kalau nak minta pinjaman, boleh juga masukkan sebuah website sebagai aset. Aset apa ini website? Aset digital. Boleh nilaikan dan menjadi point untuk lulus pinjaman. Bernilai kot. Faktor inilah menjadi motivasi website dibuat atas dasar kepentingan website. Duit kot, siapa taknak?
Murah
Kalau untuk kau setup blog, bawah RM 500 dah boleh dapat. Aku boleh buatkan serendah RM 500 untuk sebuah blog. Kalau budget lagi rendah, kita boleh jumpa dan bincang apa yang korang perlukan. Simple, professional atau gallery. Macam-macam konsep boleh pilih. Whatsapp kat 0194046632 dan aku boleh bantu untuk terangkan kepentingan website yang sesuai dengan keperluan semasa.
Aku dah jadi Webmaster untuk 4 website. Aku boleh advice banyak sebab most of client aku caj tak sampai 3k. Itupun sebab dia minta portal berita, blog dan benda-benda senang yang lain. paling penting kemas dan reliable. Usha ghafarnawi.com untuk tahu lebih lanjut.
Dibuka 24 jam dan 7 hari seminggu
Internet mana pernah tidur. Macam tu juga website korang nanti. Platform e-commerce lagilah, sampaikan ada sesetengah website diorang punya customer support pun ada shift 24 jam. Sebab apa? Dia tahu pelanggan dia 1 dunia ni ada macam-macam ruang waktu. Kalau Malaysia malam, US siang. Gitu la analoginya.
Komunikasi dengan peminat/ rakan seindustri lain
Kalau kau kongsikan artwork dalam website, peminat dan pemain industri lain bukan setakat boleh tengok dan rujuk. Diorang boleh komen sekali. Kat situ kau boleh maju sebab komen diorang tu kadang-kadang boleh guna untuk tajamkan skill pada masa hadapan. Website platform untuk berkomunikasi jugalah kiranya.
Pemasaran
Ini adalah bahagian paling menitikberatkan kepentingan website kepada para pemasar internet. Jadi tempat untuk menjual dan memasarkan produk. Guna funnel yang mudah seperti direct link dari semua platform media sosial yang ada ke dalam website, kemudian gunakan e-commerce untuk jalankan transaksi. Mudah. Semua orang boleh buat.
Email yang professional
Macam dulu aku guna alamat email dari gmail. Tak nampak professional kot kalau namakorang@gmail.com berbanding namakorang@websitekorang.com. Nama email tu korang boleh pilih ikut suka hati. Lagi mudah nak tarik perhatian orang. Percuma kalau buat website. Inilah kepentingan website yang ramai tak tahu. Email kot, semua orang guna.
Sesiapa sahaja boleh buat
” …Tak kira apa bangsa, orang Melayu, orang Cina, orang putih atau orang India… Orang timur, orang barat diseluruh dunia… “- Jalil Hamid
…Boleh buat website. Tiada limitasi, tambah-tambah kalau kau artis. Sangat best kalau ada website yang bercirikan individu. Boleh customize sendiri mengikut keperluan semasa. Bila dah ada banyak content atau nak ubah apa-apa dimasa depan, pun boleh.
Platform alternatif untuk bersuara
Kalau kita artis ni kadang-kadang buat artwork untuk ekspressi. Tapi kalau tunjuk kat media sosial lain takut kena bash, jadi website adalah platform untuk berekspressi. Ada buat artwork yang troll politik, agama dan macam-macam isu sensitif yang lain, takkan nak share dalam media sosial arus perdana kan? Website sendiri ada, sumbat dalam tu. Bila kena bash, kurang sikit kesan berbanding share dalam Facebook sebab reason kau cuma “berekspressi”.
Ruang kreadibiliti segera
Membentuk kreadibiliti memang susah kalau kita tiada track record. Untuk itu, website adalah lambang kreadibiliti segera kalau korang nak tahu. Setup satu blog baru 3 hari, lepas tu dah boleh longgok artwork yang lepas-lepas. Orang yang tak kenal pun boleh jadi kenal. Walaupun artwork korang yang lepas-lepas tu baru 10 minit je upload, ianya akan buat tanggapan pertama yang positif kepada bakal client.
Imej
Untuk kepentingan website yang terakhir ini adalah paling terbaik. Media website ini melanbangkan imej sesebuah organisasi atau individu yang diwakilkan. Website adalah kaunter pertama yang patut korang halakan pada prospek dan supplier supaya diorang nampak kita ni professional. Melalui design layout, gambar, logo yang cantik tersusun akan memberi tanggapan pertama ni membantu orang untuk mencuba. Bila kita bagi servis baik, mereka akan yakin. Bila yakin senang nak rekomenkan pada orang lain. Nak rekomen pakai apa?
Tunjuk website sudah. Repeat the cycle.
Ps: Kalau kau tanya aku kenapa website aku macam ni? Aku memang nak macam ni sebab dah ini taste aku. Kah kah kah!
Sumber Gambar: