Bulan Julai rezeki untuk bulan Ogos
Bulan puasa dan bulan raya ni struggle aku dengan wife untuk buat sales. Tak tipu. Tu pasal bos-bos takaful aku cakap
“Kita buat business dalam setahun cuma 10 bulan je,”
Sebab 2 bulan lagi adalah bulan puasa dan raya tu kitorang sebagai ejen sepatutnya “cuti” dari aktif buat sales. Kami faham kenapa. Puasa dan raya market’s attention dia lain. Jadi tragedi ‘needs shift’ terjadi. Keutamaan mereka berubah. Bukan kami terkesan, ramai peniaga luar sana juga terkesan.
Semalam juga 1 hari aku meeting dan sangat produktif. Pagi2 sepatutnya ada meeting dengan Akmal, bos Izmer untuk job part time video editor. Aku dah request kat Izmer untuk postpone sebab aku hantar waifu pergi klinik sebab dia tak sihat. Patutnya kami jumpa pukul 11 pagi, tapi dekat pukul 9 pagi aku dah cakap kena postpone sebab ramai gila orang kat klinik. Kitorang blah dari klinik semalam pun dah dekat kul 12 tengah hari.
Pukul 10.40 Akmal call tanya aku kat mana. Kami pun jumpa kat mamak depan klinik. Menggelabah gila. Dia cakap Izmer yang rekomen sendiri dan request aku untuk join diorang. Terharu aku ngan Izmer nih. *Cry. Aku SANGAT tak menjangkakan keterujaan dia untuk collaborate nak buat production house secara startup dengan dia. Dia cakap benda ni kat aku masa 10 min kitorang jumpa kat mamak tu,
“Macam ni Gapa, I akan bawa you pergi jumpa Izmer kat Pandan Indah. Kat sana baru I boleh cerita segala-galanya pasal projek ni. Izmer ada sekali senang nak cerita. Tak apa, I follow you balik rumah ni dan drop wife kat rumah. I pickup you then kita pergi Pandan Indah untuk jumpa Izmer dan lepas tu I hantar you balik Puncak Alam. Boleh?”
Kau gila nak tolak?
Dia pun setuju dan ikut seperti apa yang dia plan. Jadi selesai. Offer memang menarik sebab 6 month part time contract dengan dia. Elaun aku kira2 dalam RM 850 sebulan untuk projek video ni dalam 6 bulan pertama ni. Tugas aku cuma edit sahaja dari footage Izmer yang dia shoot. Single camera, senang. Sebijik macam mana aku buat vlog dulu-dulu.
Tu satu part.
Dia drop aku kat rumah selepas selesai meeting dalam pukul 3.30 petang. Aku sampai je rumah aku penat gila. Malam sebelum tu aku tak dapat tido nyenyak sangat sebab waifu demam kan. Dia gelisah je tak dapat tido, aku pun terbabit sama. Sempat la lelap kejap dari pukul 4 petang sampai kul 6 macam tu lepas Akmal dan Abg Lah (penjaga Akmal) drop aku.
Lepas Asar petang tu aku dapat panggilan dari Togei, member aku masa kat Lendu dulu. Dia cakap dia nak meeting dengan ade 2 orang mat saleh Rusia pasal projek trading Forex dia. Dia nak pitch sikit idea marketing supaya diorang dapat invest untuk dapat sales. Aku mula-mula agak reluctant untuk datang sebab Togei ada partner-in-crime dalam circle Forex dia sendiri yang dia memang boleh mintak tolong selain aku, contohnya macam Awie. Tapi Awie plak tak free malam tu. Dia pun call aku minta tolong.
Aku memang tak ada appoinment malam semalam sebab aku memang nak siapkan assignment yang due date dia hari Khamis ni. Ada 2 assignment yang aku kena siapkan. Member, takkan taknak tolong. Meeting kat Kampung Baru, restoren Marakesh-apo-bondo-tah tu. Pukul 7 sepatutnya aku dah gerak sebab sasarannya nak sampai rumah dia dalam pukul 8 dan bergerak ke lokasi tu dalam pukul 9 nak kena sampai.
Tapi selepas Togei call aku petang tu, aku jem betul sebab dalam perut lapar dan nak dinner ngan wife aku. Pukul 6.30 aku cakap ngan waifu untuk dinner, dia pelik. Aku cakap aku ade appoinment ngan Togei malam ni nak jumpa bos Russia dia kat Kampung Baru. Nasib baik dalam sakit2 waifu tu dia tak bebel banyak. Kami gi makan dan balik rumah dalam pukul 7. Memang tak dan nak gerak terus, lepas mandi-apo-semua baru gerak pergi rumah Togei kat Puhcong dalam kul 7.30 tu.
Alhamdulillah selamat sampai kat sana tepat pukul 9 malam.
Sampai je Kampung Baru aku ngan Togei jumpa mamat Russia tu 2 orang. Padu wei. Last time aku ade conversation dengan mat saleh masa kenduri Sha. Ade 2 orang German datang wedding dia, aku just escort mana mampu je. Lepas tu, ni memang direct aku jumpa mat saleh Russia ni. Aku support Togei present idea marketing dia. Alhamdulliah selesai meeting dan close the deal on the spot. Objektif kami malam tu tercapai.
Habis je meeting dan mat saleh 2 orang tu blah, Togei ajak lepak sambil menghabiskan ayam setengah ekor yang dia menyesal order sebab banyak. Dia offer aku untuk collaborate dengan dia buat seminar pasal Forex. Aku berfikir seminar pasal nak buat awareness je pasal ramai scammers forex dalam market ni dan macam mana nak bezakan antara scammer dengan real forex trader je.
Dengan berbekalkan sedikit elaun dari Togei berserta bonus sekiranya aku buat sales, aku pun setuju nak collaborate dengan dia sebagai pengurus seminar. Alhamdulillah rezeki.
Kaedah pairing Forex dengan projek video production house dan manfaatnya dengan takaful.
Aku dah cakap kat diorang yang aku still dengan takaful aku walaupun aku berkerjasama dengan diorang. Benda ni tak boleh tinggal. Jadi macam mana dan apa rancangan aku dan manfaatnya aku menerima pelawaan mereka ni?
1. Video production
- Ni adalah cabang network aku sebab bos Izmer tu adalah anak kepada CEO Kolej Islam Antarabangsa. Pergi google sendiri dia sapa, aku malas explain pepanjang.
- Network juga sebab Akmal adalah seorang peguam yang 100% sales firma guamannya bergantung kepada referral SAHAJA. Bila aku tanya kenapa, sebab rupanya ada undang-undang yang melarang mana-mana firma guaman mengunakan kaedah pengiklanan dalam Malaysia (mungkin dunia juga). Dan benda ni aku baru tahu. Patut tak pernah nampak iklan2 kat TV atau surat khabar yang mengiklankan mana2 firma guaman.
- Abg Lah (Penjaga Akmal) pun banyak networking dalam bidang pelaburan. Indicatornya selepas aku buka cerita kat dia yang anak buah aku kena scam Bitcoin RM 20k. Triggered terus orang tua tu pas tu tanya aku macam-macam.
- Network firma guaman Akmal yang aku desperately perlukan untuk meluaskan cable takaful aku, untuk dapatkan quality client. Client yang berkualiti takkan skip payment takaful dan bertanggungjawab terhadap komitmen yang diorang letakkan sendiri. Sebagai ejen, kitorang ada KPI yang mana kalau tak lepas KPI, lesen takaful boleh kena tarik. Apa KPInya?… Kena pastikan client subscribe takaful paling kurang 12 bulan. Aku nak cari yang ni.
2. Forex Trading
- Aku layan benda ni sebagai after sales takaful. Sebagai bentuk investment dan akan aku offer kat existing client takaful aku DAHULU. Macam mana aku filter client takaful aku? Senang, aku cuma educate diorang 4 benda ni:
- Ada simpanan (saving) *nak pastikan quality client
- Ada perlindungan (protection) *Diorang dah ada takaful covered dengan aku
- Ada pelaburan (investment) * Forex sebagai alternatif ASB, TH, KWSP, hartanah DLL
- Ada pengurusan harta pusaka (will) *Belum ready lagi nak venture benda ni, tapi akan
- Aku tak promote client untuk direct trading sebab aku tahu diorang tak ada masa dan trade dengan forex ni risiko dia sangat besar! Mudahkan kerja client dengan subscribe EA atau expert advisor Togei macam apa projek PakaRobot Forex dia tu. Tambah nilai kat situ, tambah komisyen aku jual servis EA Togei.
- Dalam Forex trading, aku yakin ramai yang skip 4 prinsip kewangan aku sebutkan tadi. Jadi, tak salah untuk aku pitch perlindungan pada trader forex yang aku bakal jumpa nanti.
- Dalam tu juga bukan setakat takaful hayat aku pulun, takaful am, takaful motor, SME takaful, travel takaful, semuanyalah aku akan pulun. ‘The Real TakafulMen’ la katakan.
- Wadah juga untuk aku explore market ‘bukan Melayu’ untuk takaful SME, motor dan life sebab ramai forex trader bukan Melayu yang kaya dalam Malaysia ni selain dari orang Melayu sendiri.
Buat masa ni lah rancangan aku. Network to find better and quality clients. Aku takut aku jadi macam kes yang Abg Pirol kongsikan minggu lepas,
“Jadi ejen 10 tahun tapi kena TERMINATE sebab sales dah kacau persistency (KPI) kerja,”
Kesian ejen tu punya client yang berkualiti tu, sebabkan orang lain dengan dia-dia sekali kena tukar ejen.
Naya woih~!
WORK FOR THE BETTER FUTURE!
Aku lega sebab masih ada yang percaya akan servis yang aku bawa dan aku takkan sia-siakan kepercayaan yang mereka bawa. Kalau betul la rezeki aku, lepas ni ada potensi yang sijil Master aku tu akan disimpan je dalam file. Tak tahu bila boleh guna. Kerja yang aku buat sekarang takyah ada master pun ikutkan, yang ada SPM pun boleh buat. Janji sanggup dan nak je.
Aku akan slowkan opening untuk job freelance lain untuk fokus pada takaful, seminar dengan video production aku ni je semasa cuti semester Master ni. Untuk job yang selit-selit boleh terus wasap ke 0194046632 untuk tanya