Kenapa Berhenti Kerja? #FBLive
Sudah seminggu lebih aku berhenti kerja dan ramai dah tanya aku kenapa aku berhenti kerja terutama kawan-kawan dan keluarga. Tidak dinafikan kerja adalah fitrah manusia yang mana semua orang kena buat. Dia kaya ka, miskin ka, semua orang wajib kerja. Tapi aku berhenti kerja dua minggu lepas.
Meletak jawatan sebagai pereka grafik sepenuh masa di salah sebuah syarikat yang kecil di Pandamaran, Klang, aku memang berhenti dikala waktu tu masih puncak. Syarikat kedua dalam tempoh kurang dari 4 tahun. Aku sempat bekerja selama 2 bulan sebelum berhenti kerja awal bulan kelmarin.
Peningkatan gaji hampir 30% semenjak aku melompat dari sebuah syarikat media runcit di PJ menyebabkan aku dikatakan rugi melepaskan peluang sebagai pereka grafik. RM 3000 gaji terakhir yang sempat aku rasa sebelum aku berhenti. Kerja dalam industri yang penuh cabaran ni semangat dia lain macam.
Aku betul-betul berhenti dikala tengah mencanak naik. Bak kata bos printing aku, “You are still young and has opportunity to do mistake. Go for it”. Paling buruk pun, aku masuk semula dalam industri. Apa ada hal?
Jadi kenapa aku melepaskan peluang yang sangat cerah dalam industri tadi?
Malam ni aku akan menjawab semua soalan yang bermain dalam kepala otak sesetengah orang. Pukul 9 malam dekat FB page ghafarnawi.com. Korang tanyalah apa yang nak ditanya malam ni.