Strok Atok, ‘Wake Up Call’ untuk aku.
28 Julai 2016 adalah hari sepatutnya aku pergi bekerja seperti biasa. Aku sudah sedia mental dan fizikal untuk pergi berkursus di Hulu Langat selama 2 hari, Sabtu dan Ahad. Namun perancangan Allah adalah yang terbaik. Aku hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan. Ditakdirkan 28 Julai adalah hari kami sekeluarga dikejutkan dengan berita atok (atoknya waifu) terkena strok.
Pagi-pagi dalam pukul 6.30, waifu terima satu panggilan dari maknya. Atok sudah dikejarkan ke hospital. Ape lagi, kecohlah kami. Aku sepatutnya bergerak ke pejabat tetapi membatalkan niat kerana musibah ini. Namun sebagai seorang yang ‘cool’ (baca: bertenang), aku mengorak strategi seterusnya. Objektifnya cuma satu, mahu balik ke kampung dalam kadar segera. Sebabnya adalah, atok dan nenek tinggal berdua dikampung. Tatkala atok memerlukan kami, hanya keluarga Acik Zali yang paling hampir, Sabak Bernam.
Kami berdua bergegas mengemas dan bersedia untuk berangkat. Waifu pula menelefon kereta sewa. Kami mahu menyewa sebuah Alza. Aku pelik, kenapa. Rupanya kami perlu membawa Mak mertua, adik ipar, kakak ipar, Cik Mat (pakcik) dan Cik Dah (makcik) sekali ke kampung. Damn~… 7 orang satu kereta. Namun alhamdulillah, muat semuanya.
Oleh kerana hari Jumaat, kami agak lambat bergerak dari Selangor. Singgah rumak mak mertua di Kundang > ambil Cik Mat, Cik Dah dan kakak di KTM Sg Buluh > Solat Jumaat di mesjid Desa Coalfields > Makan di Kuala Selangor > Hospital Teluk Intan. Kami sampai dah petang. Atok okay kata nenek. Wadehek. Atok lemah, tak boleh buka mata dan separuh badannya sebelah kiri sudah lumpuh. Kami lihat depan mata. Sayu hati.
Ah sudah…
Dari hari Jumaat sampai Ahad kami berulang alik dari kampung ke hospital. Dah macam family reunion dah. Jiran katil sebelah katil atok semakin annoying dengan kami. Kecoh. Rasa macam raya belum habis. Jiran-jiran, saudara mara, kawan-kawan semua ramai lawat atok. Ini bukan kali pertama atok kena. Tahun 2010 atok pernah kena dan waktu itu dia dibawa ke Ipoh untuk pembedahan segera. Namun kali ini pihak hospital tidak mencadangkan perkara tersebut.
Kami bingung, namun kami faham. Atok sudah berusia 75 tahun dan kudratnya sudah tidak seperti kita yang muda. Dikhuatiri atok semakin teruk sekiranya pembedahan dilakukan. Kami redha.
Atok keluar pada hari Ahad. Kini atok ada di rumah mak mertua aku di Kundang. Sepanjang di hospital aku tak keruan mendengar dengusan ketidak selesaan para pesakit dalam wad. Maklumlah, kami bukan di hospital swasta. Sedikit tidak selesa. Kalaulah mereka ada mencarum takaful, dengan serendah RM 160 sewaktu muda, mampu merubah keadaan itu menjadi sedikit selesa di hospital swasta. Bilik bernilai RM 200 semalaman mereka dapat. Sedikit selesa dari keadaan sekarang.
Aku pun begitu. Berdengus sedikit. Kalaulah atok ada takaful sewaktu dia muda. Dia masih dilindungi sekiranya terkena strok. Pampasan bernilai bukan setakat puluhan ribu, ratus ribu pun mampu atok dapat. Sedikit sebanyak mampu membantu kami untuk menjaga atok.
Kalau mahu tahu serendah berapa caruman bulanan korang untuk dapat manfaat aku katakan tadi, bolehlah korang Whatsapp aku di 0194046632 untuk tahu lebih lanjut. FOC doh… Tak rugi jumpa aku.
Atok sudah ada perkembangan terbaru, tapi aku ceritakan nantilah. Dalam post yang lain.
Ghafar Nawi
0194046632
#RiskPlanner
#PengurusDanaPusaka
#KacakNakMati
#HensemAbadi