Risiko yang terpaksa aku hadapi

Demi mengejar impian aku, aku boleh katakan yang tahun 2017 dengan 2018 ni adalah tahun kejatuhan aku. Aku buat banyak kerja dalam satu-satu masa dan hasilnya aku tak nampak lagi buat masa ni. Adalah nampak sikit, tapi tak sepenuhnya.

Macam aku terangkan dalam post beberapa bulan lepas, aktiviti aku adalah:

  1. Sambung belajar Master Visual Komunikasi dan Media Baharu di UiTM Shah Alam
  2. New recruit full time takaful agent based in Petaling Jaya
  3. Husband to my waifu
  4. The only left son of my mother
  5. The youngest siblings among my elder brothers and sisters

Dan lain-lain.

Aku paling takutkan adalah aku membawa nasib dan masa depan isteri aku sendiri. Hakikatnya walaupun dia menyokong apa yang aku buat, tapi kami berdua masih belum nampak apakah yang aku kejar ini akan dapat atau pun tidak.

Bulan Februari, aku down gila babi sebab saving dah habis dah kalau ikutkan. Bulan Februari jugalah tiba-tiba entah dari lubuk mana dapat rezeki yang mampu membuatkan kami bertahan sebulan lagi ini. Sekarang bulan Mac, dah tiba dipenghujung. Masih belum nampak sinar untuk kami meneruskan kehidupan pada bulan April.

Aku pesan kat waifu, aku buat sehabis baik dengan segala kudrat untuk pastikan keperluan asas untuk hidup ada. Sekarang nampaknya keadaan dah nak jadi macam bulan lepas. Takaful dan business design je buat aku fokus sekarang. Nak tak nak, kena juga teruskan hidup.

Aku dari bujang memang suka menyusahkan diri. Hidup berdikari, tak duduk dengan mak bapak, paling jarang gila mintak duit dengan diorang berbanding arwah adik dulu. Hustler gila babi. Apa yang aku perlukan dari orang tua aku cuma DOA.

Cuma dah kurang separuh, sebab doa seorang ayah dah tak ada. Apa yang tinggal doa seorang mak. Doa seorang mak mertua dan atuk nenek di kampung pun aku pulun sekali. Aku dengan waifu tahu, doa diorang ni power padu teruk!

Kept me thinking, how long am I able to do this?

Aku janji dengan waifu, paling last nak struggle sampai hujung tahun ni sahaja. Tu je la janji aku kat dia….

Moga-moga dipermudahkan. Beberapa bulan je lagi nak survive sampai hujung tahun, suku tahun pertama dah habis, nak masuk suku tahun kedua dah. Sale takaful alhamdulillah makin meningkat. Tapi masih belum mencapai target yang sepatutnya.

Paling teruk, aku langgar pantang larang sifu kewangan aku….. Apo nak jadi kau ni Gapo?