#Cerkon
Mungkin jin atau aku tak cukup tidur? #Cerkon
Aku tak tidur malam tu kerana menyiapkan gadjet-gadjet dalam tapak kem. Rasanya aku sempat lelap dalam 1 atau dua jam. Hakikatnya lama gila. Aku bangun pagi tu aku tengok ada yang dah siap pintu gerbang, semua. Aku jadi panik sebab bivuovac aku tak siap lagi. Aku tengok Aik Kian, Tuck Man dan ramai lagi baris calon pengakap raja dah siap. Aku?
Pemeriksaan pagi dilakukan dengan pantas pagi itu. Aku kemaskan tapak kem, menyusun barang-barang dan mengosongkan beg. Ala-ala tentera punya pemeriksaan. Aku rasa pada saat itu aku adalah seorang bangang berpakaian lengkap pengakap berdiri bagai orang bodoh depan pondok buruk. Itu semua aku rasa selepas aku melihat tapak kem orang lain teratur dan kemas.
Lagi parah apabila bivouac yang aku buat itu beratapkan batang pisang atas ikhsan jiran sebelah tapak kem aku. Asalnya aku memakai buluh sahaja. Bangangnya rasa. Satu persatu tapak kem idividu seluas 10 kali 10 kaki agak-agak aku itu diperiksa. Mula dari hujung sekali. Aku kira-kira aku adalah orang terakhir diperiksa pagi itu untuk bakal pengakap raja. Kem kami jauh sedikit daripada kawasan kem lencana maju dan jaya.
Lagi takut bila aku tengok tapak kem pertama didatangi oleh 2 orang pembantu daerah membawa sebaldi air untuk menguji kekukuhan atap bivouac. Syarat utama dalam kawasan kem kami mestilah 90% daripada alam. Itu antara mengapa aku tidak menggunakan kanvas sebagai atap aku. Calon pengakap raja dikehendaki baring atas bivouac dambil berdoa air tidak keluar banyak menimpa mereka.
Sampai tapak kem aku, seperti yang dijangka aku lenjun kerana atap yang aku buat hanya menahan lebih kurang 20% sahaja dari air yang dicurahkan. Lenjun. Itu yang aku boleh katakan.
Aku adalah antara yang terakhir diperiksa pagi itu. Apabila semua ahli kem berkumpul di tapak berkumpul untuk istiadat pagi, aku yang paling lambat sampai. Kenapa lambat sampai? Kerana aku basah. Oh yeah…. Malunya.
Selepas itu kami ada aktiviti ujian sistem bes atau ‘Base System Test’ yang mana setiap checkpoint akan dibahagikan kepada pemimpin yang dikehendaki menjalankan ujian kawad kaki, kawat tongkat, pertolongan cemas, orienteering, ikatan dan lain-lain. Semua ujian berbentuk praktikal kerana ujian teori malam tadi sudah dilaksanakan. Checkpoint akan berubah apabila wisel ditiup.
Aku tiada cerita menarik untuk dikongsi pada masa itu kerana pada sebelah pagi, hanya aktiviti itu sahaja kami lakukan. Selepas solat Zohor, aku terpaksa untuk menyerahkan model menara yang telah siap diikat kepada Tuan Arol untuk diperiksa dan diberi markah. Terus terang aku katakan yang model menara yang aku ikat semuanya tidak kemas dan rupanya sangat teruk pada aku. Walaubagaimanapun, aku tetap memberikan kepada Tuan Arol.
Sebelah petang kami ada aktiviti backwood cooking. Acara masak memasak secara alamiah. Ini tidak berapa aku gemari sebab aku tak reti memasak. Kami dipanggil untuk berkumpul, dihadapan junior sekolah aku, model menara aku dilempar. Brengsek punya Arol. Nasib baik ikatan aku kemas dan kukuh, tak terburai. Bangga sekejap depan junior aku.
Apa yang menarik yang berlaku untuk hari itu adalah pada sebelah malam. Ramai yang tidak lepas ujian bes siang tadi, jadi pada malam itu, ramai kena ulangi sistem bes mereka. Aku pun tidak terkecuali mengikut.
Aku pergi ke checkpoint kawad tongkat. Chekpoint itu diantara kawasan surau dengan dewan. Kawasan disitu gelap dan cuma diterangi oleh cahaya samar-samar dari surau dan tapak kem. Aku tak sedap hati malam tu.
Sedang aku tunggu giliran untuk diuji, aku duduk dibawah pokok mangga depan surau. Aku menyendiri kerana dalam 9 orang calon pengakap raja daerah Hilir Perak pada masa itu, hanya aku seorang sahaja Melayu. Ramai diantaranya Cina yang lebih gemar bergaul sesama mereka.
Aku kurang tidur malam semalam. Jadi aku duduk seakan-akan mahu tidur. Tiba-tiba aku terpandang jauh dalam lebih kurang tujuh kaki disebelah kiri ku satu objek. Objek tersebut tinggi lebih kurang 1 meter lebih agak-agak tinggi sedikit dari aku. Mula-mula aku ingatkan tiada apa-apa kerana objek tersebut hanya berdiri mengintai disebalik satu pokok kekabu besar. Mukanya tidak pula kelihatan. Aku biarkan sahaja.
Kemudian bunyi dedaun kering sedang dipijak sesuatu. Seolah-olah ada yang sedang memijak dedaun kering untuk menuju kearah aku.
Aku tenung lama objek itu. Lama-kelamaan objek itu melompat perlahan-lahan kearah aku. Aku dah agak, ini pocong. Ada dua ekor ditempat itu. Lama aku tenung yang seekor datang kearah aku tadi. Aku menunggu pocong tadi rapat. Aku nak tahu apa betul yang aku lihat ini atau sekadar gambaran minda separa sedar aku yang digabung dengan badan yang tidak cukup tidur.
Benda itu tak berani rapat sebab ada samar cahaya diantara aku dengan dia. Mungkin dia tak berani dekat kerana cahaya. Mungkin. Aku tenung lama juga untuk menanti mukanya. Tah kenapa aku rasa berminat untuk menunggu. Aku tidak berganjak walaupun sedikit. Dia berdiri dalam jarak tiga kaki dihadapan aku.
“Kalau dia datang lagi dekat, mesti punya aku lari,” kataku sendiri. Dadaku berdebar sambil peluh menguasai ketiak dan dahi. Tanggan dan kaki aku sedia untuk berlari. Bunyi dedaun dipijak semakin hampir ketika itu. Apa aku nak tunggu dia depan aku baru nak cakap ‘hai’?
Kemudian nama aku dipanggil. Selepas aku menoleh kepada tuan yang menjaga checkpoint itu aku lihat balik, dua ekor makhluk tadi tiada. Misteri betul.
PS: Semua gambar google je..
(Bersambung… Mungkin kali terakhir untuk versi kem batu 8 ini)
Bau hamis disekolah agama rakyat. #Cerkon
“Aduh… Siapa pula melepaskan gas pemedih mata dan hidung time time ni?” keluh aku sendirian.
Ustaz Saiful yang memimpin bacaan tahlil malam itu berhenti setelah mendengar jeritan tadi. Sedang dia mahu bangun untuk melihat apa yang berlaku, seorang abang dari unit pengakap kelana datang kearah ustaz. Mereka berbisik.
Kerana bengang pasal bau kentut tu, aku pun ketuk lutut Fadli, junior sekolah aku yang mengambil lencana jaya dalam kem tu.
“Wei cibei, apesal kau kentut takda bagi salam?”
“Alah… Kongsi-kongsilah”
Bengkek je aku dengan si Fadli ni rasanya. Ikutkan hati nak aja aku suakan punggung aku depan muka dia lepas tu kentut sepuas-puas hati siap dengan cirit sekali. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.
Ustaz bangun dan menyuruh kami kembali menyambung bacaan Yassin. Aku dah agak dah perkara ini akan terjadi. Seram jugalah dengar orang histeria ni. Setiap kali kem, mesti ada kes-kes ni.
Sehingga selesai membaca Yassin, ustaz tak naik-naik lagi. Aku tahu tempat tapak kem ini keras dan berpenunggu. Mana tidaknya, kawasan ini kawasan sekolah lama, Sekolah Rendah Sungai Buluh Batu 8 Teluk Intan. Sekolah ini ada 2 blok. Satu blok dewan yang kami buat aktiviti, satu lagi macam pejabat guru lama yang dah menunggu masa nak rebah sebelah itu. Kami pengakap menggelarkan tapak kem itu sebagai Kem Intan Batu 8.
Tuan Arol kat bawah dewan bersedia hendak naik bersama beberapa orang pemimpin pengakap yang lain. Tuan Arol ini adalah ketua unit pengakap remaja daerah pada ketika itu. Dia juga sebagai AJK keselamatan kem pada kali ni. Dia beri arahan kepada seorang ahli kami untuk memanggil semua ahli pengakap berkumpul. Dalam masa 3 minit, seluruh warga kem sudah berada dalam dewan berunifom separuh atau half uniform. Cukup dengan memakai skaf pengakap tergantung di leher sudah memadai.
“Saya tak tahu kamu semua blablabla…” Tuan Arol dah mulakan sesi ceramah dia. Aku dah banyak kem dah pergi tahu perangai Tuan Arol ini. Dekat kem daerah sahaja dia menunjuk belang dia, bila datang kem negeri menikus. Satu perangai dia yang aku tak suka sebab dia kasar. Ish! Menyampah rasanya dengan dia.
Kami diberi taklimat keselamatan kem. Aku dah muak dengar maka aku pun perlahan-lahan keluar ikut pintu belakang dewan terus pergi kesekolah agama hadapan dewan tadi. Cukup senang dalam kem itu kerana guru besar sekolah agama rakyat membenarkan kami menggunakan kemudahan sekolah itu untuk kem kami. Aku pun pergi ke tandas untuk membasuh muka. Sesekali menjeling kebelakang kalau-kalau ada yang mengikut.
Setibanya di tandas, bau hamis kencing menusuk hidung. Bila aku bukak sahaja pintu jamban, kelihatan tahi-tahi bergelimpangan seperti kalah perang tak sempat dipam. Ah sial! Aku tak jadi hendak buang air, aku terus basuh muka.
Tiba-tiba salah seorang sahabat pengakap aku tiba dengan membawa baldi untuk mengisi air. Sambil aku duduk di tangga surau yang berhadapan dengan tandas sempat juga aku bersembang dengan dia mengenai kejadian tadi.
“Aik kian, lu tau ka apa jadi tadi?” kataku sambil membuka kasut.
“Tak tahulah, aku rasa ada budak kena sampuk. Helpers daerah kot. Aku tak tengok lagi, ni pun nak isi air untuk lap badan,”
“Dah berapa gadjet kau buat? Aku baru siap pagar tadi, sempatlah tebas-tebas lalang sikit tadi,”
“Baru tiga, banyak la nak kena buat, mereka kata yang wajib ada 10 wajib kena buat,”
Kami beredar selepas air dalam baldi Aik Kian penuh. Aku pun berjalan semula ke dewan. Aku sempat jugalah melihat kawasan tapak perkhemahan pra-pentarafan. Dah kelihatan rangka pondok sementara peserta lain. Pondok sementara itu dikenali sebagai bivouac yang wajib dibuat oleh kami bakal pengakap raja.
“Macam mana ni? diorang semua dah siap, aku aje belum. Sempat ke siap?” keluh aku sendirian.
PS: Gambar cuma google sahaja
![]() |
Bivouac |
(Bersambung…)
Pengalaman Berpengakap Zaman Sekolah #Cerkon
“Cikgu, saya rasa saya tak boleh bawalah sebab rasa macam berat sangat,” kata aku kepada Cikgu Nazim dan Cikgu Raof. Dua orang insan yang sangat aku hormati dalam kalangan cikgu-cikgu yang berada di Sekolah Tun Abdul Razak. Aku tahu yang Cikgu Nazim ni tak boleh pakai kerana selalu kencing ramai pelajar dalam kelasnya. Aku tak tahu kenapa dia berkelakuan bangang seperti itu. Dari situ aku belajar yang cikgu itu hanya manusia biasa, mereka bukan nabi.
“Kamu boleh buat punyalah, cikgu percaya,” Kata-kata Cikgu Raof memberi semangat pada aku yang pada ketika itu hanya berbekalkan semangat untuk menjadi pengakap raja pertama dalam tempoh beberapa belas tahun sekolah aku tidak dibintangi seorang pengakap raja.
“Saya dah penat la cikgu, banyak dah saya buat tapi apa pasal rasa tak cukup lagi ni cikgu?”
Pengakap raja adalah anugerah yang tertinggi dalam ilmu kepengakapan yang diberi kepada seorang individu yang berumur kurang dari 17 tahun. Anugerah itu diberi oleh sultan negeri yang diduduki. Sijil pengakap raja itu ditandatangani oleh semua sultan dalam Malaysia ini dan diberi kepada individu yang berjaya menjalani pelbagai ujian untuk ke tahap itu.
Antara ujian yang pada aku mengarut adalah perkhemahan yang banyak tak terkira. Aku cerita sikitlah pasal perkhemahan yang aku maksudkan. Masuk sekolah menengah secara automatik akan masuk unit Pengakap Muda. Masa itu korang akan menjalani perkhemahan sijil usaha dalam sekolah selama dua hari satu malam kalau tidak silap. Kemudian ke tahap seterusnya iaitu lencana maju dan jaya. Kedua perkhemahan itu dianjurkan persatuan pengakap daerah masing-masing. Selepas habis lencana jaya, individu akan memakai rambu pengakap muda, hijau warnanya. Maka habis dalam unit Pengakap Muda.
Masuk pula dalam Unit Pengakap Remaja, Ambil lima lencana tertinggi. Dari lima itu, rasanya dua yang perlu berkhemah iaitu lencana ekspedisi dengan lencana kemahiran. Tapi biasanya dirumpunkan semua itu dan buat semasa kem pra-pengakap raja anjuran persekutuan pengakap daerah.
Kesemua buku log untuk sampai perkhemahan pentarafan pengakap diraja aku rasa dalam 11 yang wajib dan enam elektif. Ada 17 semuanya. Buku nota sekolah aku pun tak sampai 17. Palat rasanya nak siapkan semua buku itu. Semua perkhemahan yang aku kata itu ikut persekutuan pengakap daerah tempat korang duduk itu.
![]() |
Contoh sijil pengakap raja |
“Macam mana nak siapkan semua ini cikgu? Kem pra pengakap raja minggu depan, konfem punya tak siap cikgu,”
“Kamu buat setakat kamu mampu,” Kata Cikgu Nazim memberikan aku semangat.
Dalam minggu itu aku bertungkus-lumus menyiapkan buku log yang diminta. Aku tak dapat siapkan apa yang disyaratkan sebelum kem pra-pengakap raja daerah. Rasa bersalah pula rasa untuk melangkah gerak ke kem itu.
Aku terpaksa juga pergi selepas didesak oleh Cikgu Raof. Aku tahu aku membawa nama Sekolah Menengah Tun Abdul Razak Selekoh atau lebih popular dengan STARS. Walaupun bukan seperti STAR Ipoh, tapi aku bangga bawa nama sekolah aku.
“Cikgu, saya takutlah,” kata aku pada Cikgu Nazim. Hanya Cikgu Nazim sahaja aku dapat meluahkan perasaan gusar aku kerana Cikgu Raof itu sangat tegas dan garang. Mungkin kerana beliau merupakan cikgu disiplin sekolah, terpaksalah membawa perwatakkan begitu.
“Takda apalah, perasaan kamu tu berkecamuk mungkin sebab tak biasa pergi kem macam ni,”
“Ape cikgu merepek? Dah berapa banyak kem dah saya lalui, takda maknanya kem kali ini saya kecut perut,” kataku kepada Cikgu Nazim sambil memunggah segala keperluan berkhemah peserta sekolah aku yang turut bersama mengikuti kem lencana maju dan jaya sekali. memang jadi rutin untuk pengakap daerah tempat aku untuk mengumpulkan kem maju, jaya dan pra-pengakap raja sekali gus.
Malam itu aku rasa tak sedap hati seperti akan ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Maghrib berlalu dan peserta muslim dikehendaki berada di dewan untuk sesi tahlil ringkas dan bacaan yassin bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini terjadi.
Sebelum masuk waktu Isyak kira-kira dalam pukul 8.45 malam, aku lihat pengakap raja, abang dan kakak unit Kelana yang menjadi pembantu daerah berlari-lari kesana kemari. Apa yang diresahkan aku tidak tahu. Serentak itu, aku dengar satu jeritan datang dari arah tempat masak di sebelah dewan makan pemimpin daerah.
Kami terkejut. Tidak semena-mena kami jadi panik, lampu dewan kelip-kelip tiba-tiba dalam dua hingga tiga minit. Satu bau kurang senang mula menusuk dalam hidung aku pada waktu yang sama….
(Bersambung…)
Kucing Kuasa Dua #Cerkon
ni popular dalam kalangan penduduk Kampung Matang Kunda. Kemana saja dia pergi,
pasti ada kesannya. Di sofa, kerusi, meja, tiang, pasu bahkan di longgokkan
guni baja sawit orang kampung pun ada kesannya. Ya kawan-kawan, kesan KENCING!
iaitu kencing merata, beliau juga otai dalam hal hal pergaduhan merebutkan
Minah, kucing Pak Manan Jawa dan banyak kucing betina lain. Banyak sudah kucing
jantan lain tumpas ditangannya. Dia sangat hebat sehingga boleh mengumpulkan
gangster-gangster kucing Matang Kunda dan membentuk satu persatuan kongsi gelap
bergelar “Gagasan 1 Kucing” atau lebih popular dikenali G1K. Beliau ‘claim’
yang idea 1 Malaysia itu mereka punya dan bukan Pok Jib. Nasib baik Pok Jib
bukan sebangsa dengannya, kalau tidak pasti rabak dikerjakannya.
oleh Nen Tiger, Mat Labu, M. Jibeng, S. Kilau dan kucing-kucing gangster yang
lain kerana kebodohannya satu hari di tepi masjid. Kejadian itu merupakan titik
hitam bagi Sha Atom, si kucing gangster.
beri makan kepadanya. Pak Harun sakit perut akibat cirit birit selepas
kenduri Pak Manan Jawa semalam. Sha Atom
tahu sebentar lagi tuannya akan pergi solat Jumaat di masjid depan rumahnya.
Biasanya beliau diberi makan sebelum tuannya pergi ke masjid. Tekaan beliau tepat.
Pak Harun segera memberinya makan dan bergegas untuk ke masjid.
menjilat bulunya. Dia mempunyai satu ‘port’ tidak jauh dari rumahnya iaitu di
bawah bangku taman dalam kawasan masjid. Tanpa berlengah, dia pun bergegas
kesitu. Direbahkan dirinya di bawah bangku tersebut. Sejuk rasanya kerana
kawasan itu dekat dengan air pancut.
berani.
ditangannya. Sha Atom tahu itu teknik tipikal seorang Meleis untuk menunjukkan
kebodohan memanggil kucing.
apa, tapi dia berlu membuangkan kutu-kutu dan kotoran baring tadi. Tak ‘hygine’
dia rasa.
rasa sakit. Tapi rasa sedap. Sedap macam mana, susah digambarkan. Mungkin sedap
rasa seperti malam pertamanya bermain tindih-tindih dengan Minah. Iya. Tindih
tindih sedap… Wow! Kerana sedap dia membenarkannya.
Manja bukan main Sha Atom. Dibelai-belai, usap-usap. “Gerr… Ger… Gerrrrriooowww
” itu yang keluar dari mulutnya.
mengambil peluang membersihkan bulunya. Dijilat bulunya bermula dengan ekornya.
Kemas jilatannya. Dijilat juburnya. Walaupun sedikit kelat, dia tahu dia tidak
boleh beristinjak dengan baik kerana dia bukan manusia. Lidah Sha Atom macam
berus. Bayangkan berus membasuh jubur anda. Sakit bukan? Tetapi tidak Sha Atom,
nikmat rasanya.
kesayangannya ditusuk lidi dari budak-budak kurang ajar tadi. Sejurus itu
kedengaran jeritan “Woi Korang! Apahal korang buat gangguan seksual dekat
kucing tu?”
berlari meninggalkan kawasan itu bersama-sama lidi di juburnya. Sesekali
bergesel dengan tanah lidi itu, ngilu rasanya. Vibrator lidi.
Kucing #Cerkon
kat Masjid. Masjid kampung aku ni biasanya ramai orang. Bongok juga aku ni, dah
nama solat Jumaat mestilah ramai orang. Ramai pelajar sekolah. Budak-budak
lelaki akil baligh wajib pergi solat Jumaat kecuali ada sebab-sebab dibernarkan
syarak.
sendiri kerana motor aku ada dalam rumah. Tumpang motor adik. Sampai di masjid
dah khutbah. Biasalah imam kampung tua, khutbah yang aku faham,
dua.
berapa nak muda sangat kumpul di tapak parkir motorsikal. Aku ingat nak sama
lepak, tapi mengenangkan depa dok bersembang kat situ aku pun blah. Lagha semua
tu. Luluh pahala Jumaat.
sambil jelas nampak muka khatib dari pintu. Sandar dekat pemegang tangga dan
acah-acah nak tido seperti sorang pakcik dekat dengan aku ni. Power punya tido
pakcik ni sampai tak ramai spot dia tido. Pakai sunglass hitam dalam masjid.
Kalah orang buta. Siot betul pakcik ni.
tahun melepasi aku. Kecil lagi. Belum capai akil baligh. Diorang dok lepak kat luar. Lepak dekat kerusi
taman luar masjid. Tak jauh dari tangga nak masuk. Jelas dan terang aku boleh
dengar diorang gelak-gelak. Salah seorang dari mereka jumpa kucing sedang
landing baik punya bawah bangku tu diorang lepak tu.
tu.
kucing tu. Tangannya buat cara pegang duit. Aku rasa budak ni bebal kot. Kucing
mana layan semua tu. Lagha.
acah-acah ada makanan tu. Bergesek kucing
kat budak tu. Baik punya landing.
besarnya diantara 3 orang tu
jentik jentik scrotum kucing tu.
tengok aku rasa macam scrotum aku depa jentik. Laknat punya budak-budak ni.
Senak beb.
atas bangku mereka. Yang besar tu mungkin dah boleh fikir rasanya. Dia tak ikut
perangai budak-budak kecik tu. Dia belai-belai kucing tu tadi manakala 2 orang
kawannya tadi dok usha bontot kucing tu sambil beberapa kali mengusik scrotum
kucing itu sambil terkekek-kekek ketawa. Aku yang tengok makin senak rasanya.
dibawah bangku tu. Aku tak pasti lidi atau rumput kering yang dijumpainya. Dia
ambil benda tu di cucuknya dalam jubur kucing tu. Lahanat betul.
kucing tu. Aku dah hilang sabar dah. Aku bangun terus sergah budak-budak tu.
tu?!”
Dompet #Cerkon
“Cuma ada tiga ringgit ni makcik” kata Faris kepada makcik ‘paksa’. Kenapa ‘paksa’? Sebab makcik tu paksa beli barangannya. Ramai pelajar Unisel dan UiTM Shah Alam jadi mangsanya. Faris tahu dia terpaksa tipu makcik tu. Pernah Faris beli keropok ikan makcik itu. Lemau semua ketika buka dirumah. Petrol diisi dengan cepat. Hajatnya mahu lepas dari cengkaman makcik ini.
“Tolong la makcik nak. Makcik tak dapat jualan lagi satu hari ni. Tak beli banyak satu pun jadilah.”
Makcik itu memujuk Faris untuk membelinya. Faris terpaksa tolak lagi. Bermacam-macam alasan dia bagi. Duit belanja minggu ini dia dah terlebih guna buat beli Utusan. Katanya nak tunggu artikelnya keluar akhbar itu. Dia terpaksa menipu.
“Tak percaya, tengok dompet saya ni makcik.”
Dikeluarkan dompetnya. Kosong. Satu sen pun takda. Kalau ada pun, bukannya laku. Makcik tu berlalu dengan riak kecewa. Padanya itu pujukkan tapi pada Faris itu sudah kira memaksa. Rasa mengjengkelkan kalau makcik itu ada. Nasib baik Faris sembunyikan dalam poket seluar duitnya, kalau tidak, habis kena paw makcik tu.
Dia berlalu pergi menaiki motornya dan singgah di satu mesin ATM. Agak jauh dari peradaban ATM itu. Kerana jauh itulah ATM itu menjadi pilihan Faris. Tak ramai menggunakannya. Faris mengeluarkan dompetnya untuk dikeluarkan kad ATM. Dompet dipegang dengan cermat tidak mahu terjatuh.
Dompet itu bergerak sendiri tiba-tiba. Faris terkejut lalu dicampaknya kebawah. Masih bergetar-getar dompet tu. Terkuak sedikit daun domet itu. Seolah-olah sesuatu benda yang mahu keluar daripadanya. Faris cuak bukan main. Berpeluh-peluh dahi,muka dan badannya terutama diketiak. Perlahan-lahan dia ingin mengambil semula dompetnya yang masih bergetar macam ikan atas darat.
ZAAAZ!
Tak sempat Faris ambil dompetnya satu objek melekat di dahi. Kad ATM dia cantik terbenam terus dalam dahi. Separuh kad itu dalam kepalanya. Pandangan Faris kabur. Dia terkulai tidak bernyawa depan mesin ATM itu. Mayatnya dijumpai esoknya bersama not-not seringgit tak terkira banyak sekeliling Faris dalam berlumuran darah dan bau keropok ikan sedap.
Lari #Cerkon
gerak awal dari kampung untuk kebandar Kuala Lumpur. Dia tahu dia diburu polis
untuk kejadian 3 bulan lepas. Kejadian pembunuhan 5 orang pekerja TM di Pekan
Lama Selekoh. Tak boleh tangguh dah. Hari ni dah masuk 2 hari Hamid duduk bawah
titi depan rumah tok penghulu. Tok penghulu tidak berminat untuk membantu
penjenayah sepertinya. Dia tahu risiko tunggu disitu. Hanya titi itu sahaja
tempat dia berlindung sementara. Nasib baik air di parit itu kering.
kalau-kalau tok penghulu tengah skodeng dia. Kalau anak tok penghulu si Mira
skodeng, takpa lah. Walaupun bersaiz 32 B dan berkulit sedikit hitam, janji
perempuan. Terangkat adik kecil Hamid dalam seluar tu ketika membayangkannya.
Termenung dia membaca SMS dari Johan.
datang rumah tanya pasal kau.’
gerak bersama. Mereka harus keluar dari Malaysia. Lari dari Polis dan sekutu
dengannya. Hamid tahu dia kena gerak sekarang juga. Bekalan makanan yang dibawa
sudah hampir habis.
keluar dari tempat persembunyiannya. Berlari-lari anak dia ke tepi jalan besar.
Tercungap-cungap.
awam tak kena tahan. Macam orang dulu-dulu kata, tempat paling bahaya adalah
tempat paling selamat” monolog hamid.
pelepah kelapa kalau-kalau ada babi tengah projek. Karang mengganggu susah pula
hamid. Bila dipastikan tempat itu selamat baru dia mencangkung. Hamid keluarkan
telifon bimbitnya dan menaip SMS untuk dihantar pada Johan. Dia meminta Johan
untuk bersiap sedia setibanya di Kuala Lumpur. Mereka perlu gerak ke Johor
untuk ke Padang, Indonesia. Dari situ mereka boleh mengkoordinasi laluan mereka
seterusnya.
menanya Hamid untuk gerak naik apa dari situ ke KL. Hamid balas ‘Naik bas la
mangkuk. Aku bukan ada kereta ke ape’
barang keperluan dan duit bersamanya. 2 bungkus maggi besar,1 botol air masak 1
liter dan duit RM500 berada didalam begnya. Dia berkira-kira masa untuk tiba di
KL. Harapannya bekalan itu cukup sehingga tiba di Padang nanti. Ambil masa 1
jam dari tempat itu ke KL kalau naik bas dan tambang dalam RM12.50. Tak Mahal.
Maggi itu pun tahan 4 hari kalau ikutkan. Dia bukan makan banyak. Makan sekadar
untuk hidup. Yang jadi masalah, cuma air. Dia kuat berpeluh maka dia perlukan
air.
apa ada sekarang. Lagi satu, masa kau cabut dari rumah dulu aku sempat masuk
maggi dengan air aje. Kalau kau bawa semua tu, macam mana nak makan? Bukan ada
cerek nk masak air. Mangkuk pun takda. Kau nak tadah guna mulut ke?”
Hujan. #Cerkon
sesi fotografinya di Pekan Ayer
Hitam, Johor. Jam menunjukkan pukul 4 petang. Dia perlu segera pulang kerumah
kerana esoknya dia perlu balik Sabak Bernam. Projek bersama jurufoto terkenal, Saifal
Ning perlu dia teruskan. Dah 2 bulan projek itu tertangguh. Ini mungkin akan
menggangu reputasinya selaku jurufoto perkahwinan profesional dan reputasi syarikat fotografi yang
diusahakan bersama Najmi.
balik cepat ni. Hari macam nak hujan. Silap-silap kita terkandas kat sini.
Kawasan sini aku tengok berita selalu banjir. Tambah-tambah dekat dengan
kawasan Batu pahat. Kau kata nak ikut jalan dalam kan?” Tegur Najmi kepada Azam
ketika azam sedang asyik mengemas alatan fotografinya yang bernilai ribuan
ringgit.
cepat la ni. Besok si Saifal Ning tu bukan nak tunggu kita. Dia bising dah tu
suruh kita cepat siapkan projek cerita ‘mayatmu dibahu jalan’. Dah tangguh lama
sangat. Lama-lama KNY Photography boleh tutup. Rosak reputasi beb”
mengganguk. Dicepatkan susunan barang kamera dalam beg bersama tripod.
bersalaman dengan Haji Kudin, ayah kepada Hamid. Hamid adalah pengantin lelaki
yang melangsungkan perkahwinan untuk kali kedua selepas menduda 10 hari atas
kematian isteri pertama bernama Mira akibat tercekik mempelam. Hamid tahu
bahawa KNY Photography adalah yang terbaik dan termurah untuk majlis
perkahwinan kali keduanya.
Kalau Jatuh, bangun sendiri” Pesan Haji Kudin kepada Azam dan Najmi.
Kami balik dulu. Dah nak hujan dah ni”
meneruskan perjalanan ke Sabak Bernam dengan perasaan risau kerana awan mendung
yang berarak bawa tangis bawa basah sudah nak menumpahkan kuahnya. Azam
teruskan bawa kereta Kancil mereka yang dinamakan ‘Betty’ dengan tenang. Azam
masih teringat dahulu ketika ‘Putih’ kereta Saga lamanya sebelum menukar ‘Betty’.
Besar jasa kereta itu. Walaupun ‘Betty’ tidak sebesar ‘Putih’ tetapi tetap sama
jasanya seperti ‘Putih’.
Kenapa la kau rosak dulu. Kalau kau elok sekarang mesti aku tak susah hati nak
gerak masa hujan lebat” Kata Azam sendirian.
Zam? Putih tu dah takda. Usah dikenang. Karang makin teruk.” Tegur Najmi sambil
mencapai tuil disebelah kiri bawah tempat duduknya untuk menurunkan tempat
duduknya supaya senang hendak baring.
difahami oleh Najmi. Suka menamakan sesuatu barangan tidak bernyawa dengan
namanya sendiri seolah-olah ianya bernyawa. Bila ditegur, emosi sangat si Azam
ni. Kalah bapuk kekar dan gay sekitar Dataran Pahlawan, Melaka.
Mie”
Najmi hendak lelapkan mata, Azam berhenti dibahu jalan.
kali ni Zam? Kata nak cepat balik. Yang kau pergi berhenti kat sini kenapa?”
makan kenduri tadi. Aku dah lapar. Jom makan kejap”
ni?”
Parit Sulung. Dah lepas Batu Pahat dah ni. Aku nak singgah Melaka kejap hantar
album kat client. Ikut jalan dalam senang.”
Zam. Aku bukan tahu jalan kat Johor ni. ”
dari kereta dan berjalan menuju ke sebuah warung tak jauh dari tempat letak
kereta di pinggir jalan. Kelihatan ramai orang-orang tua disitu minum dan lepak
sambil main dam aji. Harmoni rasanya. Yang peliknya. Tiada kelibat seorang
wanita pun disitu. Semuanya lelaki. Mungkin awek-awek disitu tak lepak
dekat-dekat nak maghrib kot. Mereka duduk di meja kosong sambil mendengar
perbualan pakcik-pakcik dan mat-mat rempit disitu.
kerajaan Korup. Empangan buat tak betul, duit habis songlap. Kalau buat betul
aku rasa dah lama kampung kita ni tak banjir. Ni dah gelap. Konfem lepas ni
hujan lebat lepas tu banjir” Kata seorang pakcik memakai kopiah putih ada lambang
hijau tompok putih diatasnya.
Itu satu kali mari, saya punya lembu banyak mati. Tahun lepas semua habis. Kalu
lembu itu Sarizord mati, lagi bagus” Sambung lagi seorang mat rempit yang memakai baju biru
bulan terbelah dua coraknya dengan nada India.
depa punya sebab. Diorang takda kena mengena dalam hal ini. Kerajaan tak boleh
buat apa pun.” Tegur pakcik sedang tekun menolak buah damnya.
tu pulak pakcik. Pakcik apa tahu? Main
dam je pandai.”
tak tahu apa-apa. Aku memang pandai main dam ni saje. Tapi betul ke tak kalau
aku cakap yang banjir tu puncanya dari air sahaja.”
tergelak kecil mengangumi hujah orang tua itu. Dipanggilnya taukey kedai itu untuk memesan makanan.
Tak puas hati #Cerkon
“Jaga kau kejap lagi” Kata Hamid sambil mengeluarkan rokok dunhill cap kaki dari poketnya..
“Jangan ingat perbuatan kau orang aku akan diam. Aku tunggu Masa”
Dah 30 minit tunggu dalam kereta yang di parkir seberang jalan. Hatinya marah tidak terkata. Kalau ikutkan hati, dah lama dia tetak Pekerja kedai tu. Duitnya habis ditipu Mereka.
Hamid perhatikan sekeliling dari tadi. Ada beberapa pelanggan masih berada dalam kedai tu. Parang tapik arwah emaknya tersimpan dalam sarung di bonet belakang. Siap sedia dikeluarkan bila perlu. Lama dia tunggu saat ini. Dah 3 bulan dia tunggu.
Dia nekad kali ini mahu serbu tanpa bincang. Kerja gila. Dah la sorang je. Bukan berkumpulan. Memang kerja gila.
Hamid buka laci dashboard sebelah tempat duduk pemandu. Dikeluarkan revolver yang masih boleh digunakan dari laci tu. Dicampak atas seat pemandu. Hamid masih mencari-cari lagi 6 butir peluru dalam laci tu. Terkebil-kebil mulutnya menyumpah-nyumpah.
“Mana pula aku punya peluru ni. Takkan tak da kot. Semalam baru cek takkan dah kena gigit dgn Johan. Aku dah bagitahu benda tu bukan kacang”
Johan teman serumahnya. Kalau ikut rancangan asal, memang sekarang mereka bersama meneruskan misi. Tapi semalam Johan berak-berak makan cekedis dari kenduri Peah, bekas tunangnya. Johan agak, Peah masih marah sebab dia tinggalkan Peah dulu selepas jumpa Leha. Peah tahu dia tak lawa. Mungkin cekedis tu dah kena sumpahan Peah si sakit hati.
Lama Hamid cari peluru tu. Lama baru jumpa. 6 biji semuanya. Diambil revolver tah jenis apa yang dibeli di pasar karat Thailand masa ‘backpacking’ dengan Johan dulu. Murah senjata api kat sana. Cuma salah disisi undang-undang guna kat Malaysia.
Hamid masih lagi menanti peluang untuk menyerbu ke dalam premis TM seberang jalan. Matanya meliar memandang sekeliling. Kawasan tu bukan kawasan tumpuan sangat sebab kawasan baru. Rata-rata orang yang menjadi pelanggan TM itu orang yang kaya-kaya berdasarkan kereta mereka bawa ke kedai tu. Hamid tahu kedai tu mesti untung besar.
Berpeluh hamid tunggu. Jam dah dekat pukul 1. Nanti tutup pulak diorang rehat. Nak taknak Hamid kena pergi juga. Tiada kelibat pelanggan kelihatan. Mungkin mereka tahu kedai TM ni tutup pukul 1. Inilah peluang dia nak serbu.
Pistol revolver siap diisi peluru dicapai. Dibuka bonet belakang dan terus mencapai parang tapik arwah emaknya. Tangan kiri memegang parang, tangan kanan pegang revolver. Ditutup bonet. Dengan tenang dia berjalan ke kedai TM tadi.
Pintu dibuka.
Mira, penyambut tetamu disitu tak perasan revolver Hamid. Dia cuma nampak parang hamid. Mungkin Hamid sorok dekat belakang. Mira tak syak apa-apa.
“Err… Selamat datang. Maaf Encik, kami nak tutup dah. Lunch break.” Sapa Mira di pintu.
Hamid acukan revolvernya ke kepala Mira.
“Aku tak puas hati ni! Apesal internet kat rumah aku dah 3 bulan tak boleh guna?!”
Mira terkejut. Terus menjerit dan berlari ke dalam kedai. Hamid menekan picu revolvernya.
Baam!
Tepat kena kepala Mira. Berlubang. Darah membuak-buak keluar. Tak sempat sampai kedalam lagi. Terkulai tidak bernyawa. Menggelupur dia di muka pintu.
Terdengar bunyi tembakkan tadi, 3 orang pekerja TM keluar dari kaunter dalam dan terus ke pintu.
“Apehal ni?! Mira!!” Teriak salah seorang pekerja kedai TM tadi.
Baam!
Baam!
Baam!
3 das dilepaskan. 2 tepat dikepala, satu lagi kena mata. Bersepai biji mata tu. Bukan berlubang macam yang lain-lain.
“Lain kali jangan suka hati je bagi servis internet mcm puki! Kan dah kena. 3 Bulan aku ulang alik sini internet masih tak boleh guna. Bazir 180 ringgit je bayar internet 3 bulan. Langsung tak boleh pakai. Macam bagi duit free dekat korang. Tahulah aku kerja kampung je, duit susah tau nak dapat”
“Ka… Ka…Kami tak dapat buat apa-apa bang, tu line problem”
Ada satu suara lagi dari dalam. Ketar-ketar bunyinya.
“Ah! Aku tak kira la siapa punya masalah!”
“Mana boleh mac…..”
Baam!
Tak habis lagi cakap, Hamid dah tekan picu.
“Pergi mampus semua, puas hati aku!”
Perlahan Hamid berjalan ke keretanya. Dihidupkan enjin dan berlalu pergi.
Ps: Cubaan untuk menulis. Tulis dr BB je sebab tunggu mak aku kat kedai ape tah ni lambat sangat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.