The Hell Week

Aku tak tahu apa yang jadi sebenarnya minggu ni. Minggu ni aku rasa lama. Dari awal aku berhenti kerja awal bulan haritu, ni dah lebih tengah bulan. Aku tak rasa aku bekerja. Ini adalah sebabnya ye.

Kerja pada definisi aku adalah sesuatu perkara yang dilakukan untuk menambah pendapatan. Tak kiralah full time atau part time, tapi apa sahaja tindakan kita yang bakal menambah harta, aku kategorikan ianya sebagai kerja. Tapi tak semua kerja itu berproduktiviti tinggi. Ianya berbeza mengikut industri atau kelas pekerjaan seseorang itu.

Kalau korang tanya aku apa rutin aku, aku lebih kepada prospecting sebelah pagi dan buat call. Tengah hari sama ada aku pergi appointment atau aku buat kerja grafik. It’s up to me actually. Now… Ramai orang sangka aku duduk depan PC tidak bekerja. Tapi hakikatnya itulah kerja aku.

Menulis pun adalah sebahagian dari kerja rutin yang mana memerlukan konsentrasi yang tinggi. Aku hanya produktif menulis sebelah pagi berbanding sebelah petang. Sebelah pagi memang aku akan sibuk. Kurang gangguan dan banyak menyelesaikan masalah dengan mental sebelah pagi.

Masuk sahaja tengah hari, rutin aku adalah action. Pergi jumpa prospek, client atau observe bagai, tapi tu lah. Kalau ikutkan ramai melihat sebelah pagi aku tidak bekerja. Definisi bekerja pada mereka mungkin berbeza dengan aku. Aku kelas kan produktiviti = kerja. No produktiviti not kerja.

Kan… Nampak, aku pun dah merapu tulis macam ni….. Mix language.

Anyhow, semalam aku jumpa dengan sepupu aku. Abang Ayem. Pada yang tahu dia siapa, tak perlu aku terangkan lagi. Tapi pada yang belumt tahu, dia adalah sepupu aku yang aku banyak tanya dan kongsikan banyak perkara terutama tentang perniagaan. Semalam aku pergi rumah dia kat Hillpark.

I do know him since my childhood. Dia duduk dengan arwah nenek dulu sebelum dia merantau pergi KL. Selalu bila musim cuti sekolah bila balik kampung, mesti dia ade. Aku dengan arwah adik memang rapat dengan dia.

Dia kongsikan satu buku. Namanya ‘Rahsia Bapa Viral Kebangsaan” dari Thukul Bersekutu. One of my favorite publisher. Dulu Thukul Cetak, tah kenapa dia tukar nama. Dia buat aku mencari buku tu. Ape tah misterinya kan?

Aku dengan dia banyak engage audience kat FB dengan cara menulis cerita. Tak kesah cerita apa, tapi ceritalah. Dan dah hujung tahun 2017 ni kan aku pun berbincang dengan waifu pasal cara dia buat post engagement. Likers and comments are one of the form of engagements actually. Jadi dia cerita FB friend dia kebanyakan adalah strangers. Dia kenal atau dia friend request melalui FB sifu dia yang lebih banyak audience aktif. Salah satu cara nak dapat engagement yang primitif, but it works tho~

Aku takut nak guna FB sebagai tempat untuk berkawan dengan strangers. Tapi dah hujung tahun ni, aku terpaksa pecahkan kurungan tu. Aku kena juga berkawan dengan strangers. Ini adalah untuk mendapatkan engagement seperti yang aku katakan tadi. Tapi buat masa ni biarlah aku rangka post story aku dahulu. Koman2 sebulan sebelum aku buat perkara lain.

I do have faith with this move… Hope so…

Nak tulis story susah woih, tapi tak mustahil. Aku tengok ramai dah buat, aku pun boleh buat.

Naah… Don’t think too much… Just do…