Apa yang lebih penting dari pembiayaan Amanah Saham Bumiputera?

Alhamdulillah kita dah nak habis puasa dan beberapa hari lagi dah nak raya. Siapa tak suka kan raya. Aku suka tulis pasal kewangan peribadi bila-bila nak masuk musim perayaan. Kali ini ada yang bertanya berkenaan pembiayaan Amanah Saham Bumiputera. Aku lebih menulis untuk berkongsi. Anggapkan apa yang aku akan cerita ni macam aku berada kat depan kau. So, kali ini mari kita ulas berkenaan keutamaan selain pembiayaan Amanah Saham Bumiputera.

Aku minta maaf dahulu kerana aku malas nak mengulas apakah ciri-ciri alat kewangan yang diberi nama pembiayaan Amanah Saham Bumiputera ni. Untuk itu, korang boleh la cuba Google dan definisikan sendiri apa yang dimaksudkan dengan pembiayaan Amanah Saham Bumiputera (ASB) ni.

Kelmarin aku ditanya oleh seorang sahabat berkenaan ASB ni. Dia tanya,

Apa akan jadi kalau kita ambil pembiayaan ASB dan rolling dividen untuk bayarkan installment bulanan kat bank, tapi dividen ASB tu kurang dari sepatutnya. Bukan itu dah rugi?

Yup. Rugi. Memang betul. Sepatutnya kalau ikut teknik rolling guna dividen, memang boleh cover dah tu. Tapi pulangan ASB rendah kan untuk tahun lepas, tak mustahil tahun-tahun berikutnya juga akan rendah. Tapi kena ingat, ASB adalah alat pelaburan dan dia ada jatuh naik. Tak mustahil juga tahun depan juga akan meningkat. Betul tak?

Okay, kalau ikut akulah persoalan pertama aku akan bagi kat dia adalah;

Kenapa mahu ambil pembiayaan ASB?

Macam ada seorang lagi sahabat aku nama Muiz, dia kata dia ambil untuk kumpul duit beli rumah untuk lima tahun akan datang. Aku tak nafikan, kalau matlamat dia macam tu dan alat yang sesuai bagi kebanyakkan orang adalah ASB. Tapi Muiz ada masalah lain. Gaji asas beliau kecil dan menyukarkan beliau untuk membuat pembiayaan ASB. Dengan kata lain, ASB tidak sesuai untuk dia.

Jadi apakah alat kewangan yang sesuai untuk Muiz pada ketika ini?

Asas kewangan peribadi untuk setiap individu bukanlah ASB, Unit Trust (UT), Takaful atau apa-apa alat kewangan yang lain. Asasnya disini selalu orang silap.

Sumber: http://www.asnb.com.my/v3_/img/funds/funds-logo/asb.png

Simpanan lebih penting dari pembiayaan Amanah Saham Bumiputera.

Yup. Kau pergilah tanya mana-mana sifu kewangan peribadi dan kebanyakkan mereka akan menjawab yang pembiayaan ASB tidak penting selagi kita tiada simpanan. Tingkatkan simpanan, baru fikir untuk melabur. Banyak perkara yang lebih diperlukan oleh seorang individu sekiranya mahu bebas kewangan, alat kewangan lain akan membantu. Tetapi asasnya adalah simpanan itu sendiri.

Sekiranya mahu membuat pembiayaan ASB, seorang individu sepatutnya mempunyai simpanan sebanyak RM15,000. Simpanan tersebut dibuat untuk membayar ansuran kepada pihak bank selama setahun. Ini adalah untuk pembiayaan ASB sebanyak RM200,000. Kalau tiada RM15,000 tu, baik kau menyimpan dalam Tabung Haji atau buat simpanan biasa dalam ASB tanpa membuat pembiayaan.

Kenapa?

Sebab kau akan bertenang dan ada backup cash sekiranya ‘ketahian’ berlaku. Misalnya kau hilang upaya sementara disebabkan kemalangan dan tak dapat membayar pembiayaan tersebut. Kes ni selalu berlaku kalau peminjam merupakan seorang peniaga yang bekerja sendiri. Kalau nak tahu macam mana nak elak risiko ini, boleh klik sini untuk whatsapp dan tanya aku. Aku akan terang lebih terperinci nanti.

Solusi?

Macam inilah. Aku pun tak buat pembiayaan ASB, aku tak tahu nak rekomen kat korang macam mana. Tapi kalau nak tahu, korang boleh jumpa sendiri sepupu aku, Abang Ayem untuk tahu lebih lanjut. PM dia dan cakap kau terbaca blog aku ni dan minta dia terangkan lebih lanjut berkenaan pembiayaan ASB. Adakah ianya sesuai dengan matlamat kewangan korang atau pun tidak.

Kalau minta pendapat aku, pembiayaan ASB ini bagus kalau digunakan dengan ilmu. Jangan membuta tuli mengikut, nanti terjerat sendiri lagi parah.