
4 Fasa Asas Pengurusan Kewangan Peribadi
Perbincangan melibatkan kewangan peribadi meliputi banyak aspek yang perlu diteliti dan dikenalpasti, untuk memastikan setiap individu dapat manfaat yang maksima dengan kos yang minima. Artikel ini akan membincangkan beberapa fasa pengurusan kewangan peribadi yang menjadi teras dan perkembangan idea dalam pengurusan peribadi.

- Fasa SimpananFasa ini adalah fasa permulaan yang paling utama. Fasa penyimpanan adalah perkara tunjang yang menjadi mantera kepada para pelabur mega dalam dunia. Simpanan yang ‘gemuk’ menunjukkan kematangan pengurusan kewangan peribadi yang mapan. Ianya diperlukan dalam banyak fasa pengurusan kewangan peribadi seterusnya disamping menjadi legasi kepada keturunan kita yang akan datang.
- Fasa PerlindunganPerlindungan dibuat apabila kita sudah mempunyai sedikit simpanan yang susah untuk dikumpulkan. Pada fasa ini melihatkan individu memindahkan risiko yang akan mengambil simpanan tadi, kepada satu organisasi lain. Organisasi ini dipanggil syarikat insurans atau takaful.Risiko seperti sakit adalah menjadi punca terbesar kehabisan dana simpanan yang dibuat tadi. Ini adalah kerana kos-kos yang tidak dijangka akan hadir ketika kita sakit. Pindahkan risiko tersebut kepada organisasi yang lain dengan sedikit caruman bulanan/ tahunan yang menguntungkan dikemudian hari. Apabila musibah berlaku, simpanan akan kekal dan tidak terusik.
- Fasa PelaburanFasa ini dilakukan apabila sejumlah simpanan telah cukup untuk dilaburkan. Pelaburan berfungsi untuk menambah simpanan sedia ada. Ia melibatkan pengurusan portfolio pelaburan yang dikawal oleh kita sendiri. Namun, jika simpanan masih ‘kurus’ jangan berani untuk melabur dalam akaun yang mempunyai risiko yang besar.Antara pelaburan yang popular adalah saham dan hartanah. Kedua-dua jenis pelaburan ini mempunyai risiko dan peluang untuk menggandakan pelaburan dengan cara tersendiri. Namun sebelum bergerak ke fasa pengurusan kewangan peribadi ini, moleklah sekiranya kita lengkapkan dengan ilmu disamping simpanan yang ‘gemuk’
- Fasa WasiatMengikut Prof. Datin Dr. Azizan Baharuddin dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), kira-kira sebanyak RM 60 bilion aset terdiri seperti hartanah dan wang dari pelbagai institusi kewangan masih tidak dituntut oleh rakyat Malaysia. Harta tersebut tidak bertuan dan masih tergantung, seriuskah masalah ini?Wasiat dibuat seseorang itu sebelum meninggal dunia supaya harta yang dikumpul dapat dijadikan legasi dan diwariskan kepada keturunan yang akan datang. Contoh terbaik adalah sultan-sultan dalam negara kita. Kekayaan mereka adalah hasil dari kekayaan nenek moyang mereka yang diwarisi. Keturunan mereka dihormati bukan setakat status sosial, tetapi kesanggupan nenek moyang mereka untuk mencipta legasi yang kekal sepanjang zaman.
Kesemua fasa di atas adalah fasa asas dalam perkembangan pengurusan kewangan peribadi. Ianya perlu diikuti secara tertib supaya keupayaan kewangan peribadi boleh dimaksimakan sehabis mungkin dengan kos yang minima. Penyesuaian kesemua fasa ini bergantung kepada kewangan individu yang berbeza mengikut keperluan, umur dan pendapatan.
2 Mentaliti Penetapan Harga yang Terbesar
Macam ramai dah tahu, aku dengan waifu dah fulltime kerja sendiri. Jadi kami sering kali brainstorm perkara-perkara business yang kompleks dan jarang dibincang oleh pasangan suami isteri. Antara topik kami bincangkan adalah Harga Murah vs Harga Mahal. Ini merangkumi 2 mentaliti penetapan harga yang terbesar dalam industri perniagaan.
Mentaliti bagaimana yang aku maksudkan kat sini?
-
Mentaliti Penetapan Harga: Murah
Waifu mencadangkan harga produk yang bakal dijualnya dengan harga murah. Ini menyebabkan produk dia laris terjual. Walaupun margin ciput, tapi kat sini waifu beranggapan yang kuantiti menjadi penentu untung dia. Ini adalah berdasarkan market survey yang telah dibuat oleh waifu semenjak setahun yang lepas.
–
Katanya, “Kebanyakkan komen dalam post jual barang tu complain pasal harga mahal,” dan dia mahukan produk yang murah supaya mereka yang komen dalam post itu dapat membelinya. Pemerhatian waifu juga menunjukkan golongan pelanggan sasarannya mahu membeli dalam lingkungan RM40 – RM 50 untuk satu barang.Siapa pelanggan sasarannya?
Cikgu sekolah, suri rumah, dan yang serupa dengan rakan-rakan waifu yang lain.
Margin rendah, tapi bila main volume, ianya bakal memberi pulangan yang besar. Tidak dinafikan ianya bernas dan workable.
-
Mentaliti Penetapan Harga: Mahal
Selaku antara pengiat aktif dalam dunia sales, marketing and advertising, pengalaman aku pula berbeza dengannya. Aku mempunyai idea berbeza yang menghasilkan output yang sama, iaitu keuntungan kepada si penjual. Kat sini ideologi aku lebih mikro berbanding kuantiti yang diberikan oleh waifu.
Dalam menetapkan sesuatu harga, banyak item yang perlu diambil kira. Antaranya seperti berikut:
– Kos pengeluaran
– Kos penghantaran bahan mentah
– Kos pemasaran
– Kos photoshoot produk
– Kos upah modeling (jika perlu)
– Kos masa untuk buat pemasaran
– Kos setup booth (jika perlu)
– Kos komisyen (kalau pakai agen)
– Kos operasi
– Margin pemborong
– Margin reseller
– Margin sendiri (untung)
– dan banyak lagi…Kos-kos diatas merangkumi kos untuk seketul item yang terjual. Ini kerana model business rancangan kami adalah berdasarkan penjualan kepada B2C atau business to consumer. <=Aku rasalah…
Jadi tidak releven kalau margin kecil untuk item yang dijual secara terus kepada pelanggan yang membeli barang tersebut dalam kuantiti minima, iaitu seunit. Model business releven untuk bermain dengan kuantiti adalah sekiranya perniagaan itu berurusan dengan perniagaan lain sebagai pelanggan, atau B2B.
Takkan dalam masa hadapan mahu menukar lagi dan lagi harga sekiranya:
– Mahu rekrut ejen?
– Mahu tawarkan diskaun?
– Mahu tawarkan diskaun kepada pemborong?
– Mahu tawarkan diskaun kepada peruncit/ reseller?
– Kos penganggkutan meningkat?
– Kos pengeluaran meningkat?
– Polisi kerajaan berubah? (GST misalnya)
– Atau apa-apa sahaja yang menyebabkan kos penghasilkan meningkat…
Nampak tak ada 2 mentaliti penetapan harga yang terbesar dalam mana-mana perniagaan yang wujud dalam dunia. Secara kasarnya idea yang menyokong harga murah dan idea yang menyokong harga mahal. Jadi antara 2 mentaliti penetapan harga yang terbesar tadi, manakah patut diapplikasikan?
Solusi
- Tetapkan ‘customer avatar’ untuk pelanggan ideal‘Customer avatar’ adalah perincian yang sehabis boleh diberikan kepada seorang pelanggan ideal. Aku ulang balik… SEORANG. Jadi tidak wujud range umur 40-50 tahun misalnya kerana tiada SEORANG pun mempunyai umur 40-50 tahun. Dia mestilah berumur 43 tahun, 50 tahun, 47 tahun. Mahu jawapan yang tepat.
Contoh terbaik dan praktikal untuk buat customer avatar Apa maklumat yang diperlukan?
– Nama avatar (Contoh: Makcik Intan)
– Umur
– Jantina
– Pekerjaan
– Gaji bulanan
– Lokasi kerja
– Lokasi tempat tinggal
– Status perkahwinan
– Berapa orang anak (kalau dah kahwin)
– Warna kegemaran
– Minat item apa
– Dan lain-lain.Customer avatar adalah bayangan. Bayangan tu diperlukan untuk menghalakan item yang nombor 2 di bawah. Mesti tepat. Tiada range-range… Tiada julat-julat atau anggaran. Tepat.
- Apakah wadah pemasaran yang terbaik untuk menjangkaui pelanggan ideal tadiSetelah item untuk ‘customer avatar’ sudah dipenuhi. Melalui maklumat tadi, pastikan segala ruang pemasaran dihalakan kepada ‘Makcik Intan’. Ini bagi memastikan ramai ‘Makcik Intan’ dapat dikumpulkan seterusnya menjadi prospek kepada produk.
- Go all out bila semua dah ada jawapan dan kaji semula bila perlu.Apa lagi mau tunggu? Jalan je… Mulakan sesi menjual bila semua sudah tersusun. Semudah ini sahaja.
Ini belum lagi cerita BMC. Mungkin dah lama-lama sikit aku kongsikan BMC pada korang.
3 Perkara Yang Dapat Dipelajari Dari Peristiwa Anis Hafiza, No. 2 paling susah nak buat.
Baru-baru ni ada salah seorang pengiat hartanah yang muda telah dikecam teruk oleh netizen gara-gara twitter beliau yang tidak di tapis isinya. Beliau pula gagal membalas komen-komen negatif dengan cara berhemah dan hasilnya, naah… Viral secara negatif. Ini adalah kes viral di sosial media berkenaan isu Anis Hafiza dan kisah banyak rumah-rumah beliau.
Terus terang aku katakan yang sebenarnya ini adalah ujian kepada orang berilmu. Aku tak nak mengulas berkenaan isi kandungan viral yang telah menjadi barah. Banyak ibrah (pengajaran) yang boleh kita belajar dari peristiwa ini.

-
Hormati semua orang dan pendapat mereka.
Memang setiap hari akan ada haters yang memberikan kata-kata kejian dan makian. Malah tidak dinafikan mereka ada pendapat mereka dan prinsip mereka sendiri yang tidak dapat diterima kita. Kata dasarnya adalah ‘hormat’. Apabila rasa hormat wujud dalam diri, secara automatiknya rasa rendah diri akan wujud dalam setiap dalam tindak tanduk kita.
Dalam kes ini, saudari Anis Hafiza mungkin terlepas pandang mengenai rasa hormat dan terus terhambur kata-kata yang berwajah ‘riak’. Namun begitu, sepatutnya adab dan adat menegur pula perlu ada dalam setiap diri induvidu yang dikenali sebagai ‘Melayu’. Jangan atas dasar emosi, semua orang kena sembur.
Stay positive and humble.
-
Ketap gigi dan usah pedulikan respon negatif
Kita harapkan pelbagai respon dapat diberikan oleh para pembaca, namun perlu diingat yang setiap respon itu kadang-kala tidak selalu positif. Respon negatif ini adalah respon juga tapi secara negatif. Itu adalah fitrah.
Fitrah juga bagi kita sebagai peluah pendapat ini menjadi marah apabila disuakan dengan pelbagai respon negatif tadi. Apabila hakikat ini sudah diterima, dalam masa depan nanti tidaklah kita sendiri menerima kejutan budaya sehinggakan respon tadi menjadi topik utama perbualan yang sepatutnya tidak difokuskan.
Menerima respon tersebut bukanlah bermaksud kita sendiri menggunakan setiap cadangan yang diberi. Ianya lebih kepada menerima hakikat yang diluar sana juga terdapat pelbagai pandangan berbeza dengan kita. Susah nak buat ni sebenarnya.
-
Tegas dengan pendirian/ prinsip yang dibawa
Ini adalah teras kepada segala idea yang kita lontarkan. Apalah guna jika setiap idea yang kita luahkan tidak serupa bikin? Tegas adalah sifat yang terpuji namun meluahkan ketegasan perlu kena pada keadaan. Bagaimana?
Terima idea dan hormatilah idea orang lain. Kita tidak semestinya betul dan dalam masa yang sama, Haruslah menerima segala teguran walaupun sinis. Namun dalam keadaan menerima, haruslah tegas dengan pendirian tadi. Terima tak bermaksud menggunakan. Janganlah pula sampai menghina.
Kita berada dalam satu kelas berbeza dengan mereka yang lain, jadi jangan jatuhkan kelas tersebut dengan bertekak dengan mereka yang tidak mahu menerima idea kita.
Tidak perlu risau sekiranya ada diantara sahabat kita yang menentang arus idea yang kita bawa. Itu fitrah. Terima sahaja tetapi anda juga ada hak untuk mengikut atau tidak. Bak kata pepatah,
“Dengar boleh, ikut jangan,”
Ghafar Nawi,
-Adik-adik baru nak up-
Be The Change – Gandhi
Tak pernah nak recall apa-apa yang dipraktik selama ni ada kaitan dengan benda yang lain. Apa yang dibuat banyak berkisar pada benda yang aku panggil ‘self-consciousness’ atau dalam bahasa kampungnya ‘common sense’. Karana wujudnya benda-benda yang aku tak suka nilah aku menjadi lebih baik dari mereka.
Contohnya pensyarah ‘irrational’ yang gagal untuk mendidik.
Aku memang nak jadi pensyarah. Tapi malangnya belum berkesempatan untuk menjadi salah seorang warga pendidik dalam mana-mana institusi yang berprestij. Antara platform yang menjadi tunjang kepada wadah so called ‘pendidikan’ aku adalah blog ini dan media sosial aku sendiri. Suka aku ingatkan, penggunaan tatabahasa dan bahasa aku dalam media sosial tidak rasmi dan bahasa bukanlah perkara yang aku mahu ketengahkan dalam setiap post. Tapi idea mengatasi penggunaan bahasa tu sendiri.
Pernah aja aku kena sound sebab tidak menggunakan tatabahasa yang betul ketika menulis. Mungkin yang sebenarnya orang yang ‘komen’ tu terlepas pandang apa yang aku nak highlightkan sebenarnya. I don’t give a fuck about it tho, now move on to the next topic.
Baru-baru ini aku dan waifu dijemput untuk hadir majlis makan malam atas tiket ‘alumni’ Kelab Penerbitan di Intekma UiTM Shah Alam. Lama aku tak pergi mana-mana event dalam UiTM atas tiket alumni sebab tiada jemputan dan rata-rata kami alumni tak tahu apa aktiviti yang ada dalam UiTM, terutamanya melibatkan aktiviti kursus masa zaman degree dulu.
Kelab Penerbitan adalah sebuah kelab kecil dalam Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dibawah kelolaan tenaga pengajar MC225 atau kursus penerbitan. Aku salah seorang naib pengerusi batch 2013/2014 dahulu. Nak lantik jadi pengerusi tak boleh sebab aku dah nak habis belajar time tu. Jadi tahun tu member aku, Izwan Syafiq jadi pengerusi.
Now Izwan dah jadi ejen Coway yang berjaya. Aku masih macam ni. Kah kah kah.
Dipendekkan cerita, aku dengan waifu akan pergi majlis makan malam tu. Tak mahal pun bayaran. Kami berdua merupakan bekas alumni juga. Jadi kalau tak pergi, agak rugi la. Ye lah… Nak buat networking dengan senior2 dan junior2 lain. Tambah2 aku memang bergantung kerja dengan jaringan macam tu. Dah boleh jatuh hukum wajib kena pergi, kalau tak pergi tak ada business.
AJK pelaksana jemput kami melalui whatsapp dekat nombor waifu. Aku pun panjangkan dekat clasmate kami yang lain. Rata-rata tak dapat hadir atas pelbagai kekangan. No bother, kami faham. Tapi ada satu isu yang aku nak tergelak.
Ada seorang alumni sentap sebab dipanggil ‘awak’ ketika dijemput untuk hadir majlis tu. Aku dengan waifu tergelak berdekah-dekah. Aduhai… Move on please…
Zaman ‘ketuanan’ senior ni dah tamat. Kita perlu move on dari sistem kasta yang dibuat ketika zaman belajar. Mungkin dia sentap sebab ‘kasta’ dia tinggi sikit. Maklumlah, dulu zaman belajar dia Brahmin dan sekarang nak naik lagi tinggi dari Brahmin sebab digelar ‘pensyarah’.
Now see… This is the idea.
Bila digelar pensyarah, tidak bermakna kita dah ‘Brahmin’. Aku masih ingat kata-kata Dr Rahmat Ghazali, salah seorang pensyarah aku masa zaman belajar.
“Kau dengan aku tiada beza, cuma umur sahaja,” – Dr Rahmat.
Stay humble. Aku pantang betul orang mengotorkan status ‘pensyarah’ ni. Aku nak jadi tak dapat, tapi orang lain yang jadi, ini dapatnya? Aduh… Siapalah yang interview dia sampai tak boleh nak filter sikap macam ni?
What was he thinking?
Buang sahaja sifat ego dalam longkang. Tiada guna dalam field education nak ada ego melangit macam tu. I’m not saying I’m perfect, tapi at least tiadalah meroyan sebab panggilan ‘awak’ tadi.
The real issue with him?
Respect maybe. Dia nak rasa dihormati. Hormat adalah perkataan yang sesuai dengan isu ini. Pada aku, If you want to be respected, you must earn it. Dia pun tak kenal kita, macam mana rasa hormat tu nak timbul. Earn their respect and trusts. Setakat meroyan sebab isu remeh, blurgh~ Move on please.
Dan sekarang bila aku meroyan macam ni, aku tahu apa benda aku tak suka kan?
Tahu tindakan aku apa?
Ni dia:
“Jadilah perubahan yang anda inginkan”
Ghafar Nawi,
#GhafarNawi
#PengurusDanaPusaka
#RiskPlanner
#Designer
#WebsiteDesigner
#TshirtPrinter
#ShengetStudio
#AgenJujur
#Takaful
#ITQON
#KacakNakMati
#HensemAbadi
Ps: Terima kasih pada bos Fuad Aziz sebab ingatkan pasal quotes ni. Those people that I’ve mentioned have my respects.
The Hell Week
Aku tak tahu apa yang jadi sebenarnya minggu ni. Minggu ni aku rasa lama. Dari awal aku berhenti kerja awal bulan haritu, ni dah lebih tengah bulan. Aku tak rasa aku bekerja. Ini adalah sebabnya ye.
Kerja pada definisi aku adalah sesuatu perkara yang dilakukan untuk menambah pendapatan. Tak kiralah full time atau part time, tapi apa sahaja tindakan kita yang bakal menambah harta, aku kategorikan ianya sebagai kerja. Tapi tak semua kerja itu berproduktiviti tinggi. Ianya berbeza mengikut industri atau kelas pekerjaan seseorang itu.
Kalau korang tanya aku apa rutin aku, aku lebih kepada prospecting sebelah pagi dan buat call. Tengah hari sama ada aku pergi appointment atau aku buat kerja grafik. It’s up to me actually. Now… Ramai orang sangka aku duduk depan PC tidak bekerja. Tapi hakikatnya itulah kerja aku.
Menulis pun adalah sebahagian dari kerja rutin yang mana memerlukan konsentrasi yang tinggi. Aku hanya produktif menulis sebelah pagi berbanding sebelah petang. Sebelah pagi memang aku akan sibuk. Kurang gangguan dan banyak menyelesaikan masalah dengan mental sebelah pagi.
Masuk sahaja tengah hari, rutin aku adalah action. Pergi jumpa prospek, client atau observe bagai, tapi tu lah. Kalau ikutkan ramai melihat sebelah pagi aku tidak bekerja. Definisi bekerja pada mereka mungkin berbeza dengan aku. Aku kelas kan produktiviti = kerja. No produktiviti not kerja.
Kan… Nampak, aku pun dah merapu tulis macam ni….. Mix language.
Anyhow, semalam aku jumpa dengan sepupu aku. Abang Ayem. Pada yang tahu dia siapa, tak perlu aku terangkan lagi. Tapi pada yang belumt tahu, dia adalah sepupu aku yang aku banyak tanya dan kongsikan banyak perkara terutama tentang perniagaan. Semalam aku pergi rumah dia kat Hillpark.
I do know him since my childhood. Dia duduk dengan arwah nenek dulu sebelum dia merantau pergi KL. Selalu bila musim cuti sekolah bila balik kampung, mesti dia ade. Aku dengan arwah adik memang rapat dengan dia.
Dia kongsikan satu buku. Namanya ‘Rahsia Bapa Viral Kebangsaan” dari Thukul Bersekutu. One of my favorite publisher. Dulu Thukul Cetak, tah kenapa dia tukar nama. Dia buat aku mencari buku tu. Ape tah misterinya kan?
Aku dengan dia banyak engage audience kat FB dengan cara menulis cerita. Tak kesah cerita apa, tapi ceritalah. Dan dah hujung tahun 2017 ni kan aku pun berbincang dengan waifu pasal cara dia buat post engagement. Likers and comments are one of the form of engagements actually. Jadi dia cerita FB friend dia kebanyakan adalah strangers. Dia kenal atau dia friend request melalui FB sifu dia yang lebih banyak audience aktif. Salah satu cara nak dapat engagement yang primitif, but it works tho~
Aku takut nak guna FB sebagai tempat untuk berkawan dengan strangers. Tapi dah hujung tahun ni, aku terpaksa pecahkan kurungan tu. Aku kena juga berkawan dengan strangers. Ini adalah untuk mendapatkan engagement seperti yang aku katakan tadi. Tapi buat masa ni biarlah aku rangka post story aku dahulu. Koman2 sebulan sebelum aku buat perkara lain.
I do have faith with this move… Hope so…
Nak tulis story susah woih, tapi tak mustahil. Aku tengok ramai dah buat, aku pun boleh buat.
Naah… Don’t think too much… Just do…