
Antara konsep zuhud dan kewangan peribadi yang ramai salah faham

Seseorang individu yang mempunyai perbelanjaan yang minima dan simpanan yang banyak sebenarnya bukanlah orang yang zuhud sebenar-benarnya. Jika terdapat orang yang sedemikian menjadi rasionalisasi kepada setiap tindak tanduk kewangan peribadi beliau, orang sebegini kita boleh gelarkan sebagai penyimpa/ penjimat dan bukannya zuhud. Jadi, apakah zuhud dan kaitannya dengan kewangan peribadi?
Zuhud adalah sifat hati yang seua orang boleh miliki dalam pelbagai keadaan kewangan sekalipun. Ianya tidak bergantung kepada status simpanan, pendapatan atau perbelanjaan individu. Maknanya kat sini, Zuhud adalah urusan hati. Hati disini bermaksid, hati yang tidak diterajui dan dikudakan dunia. Mereka tidak sedih jika ke hilangan barang materialistik dan juga tidak terlalu gembira jika mendapatkannya. Jadi hatinya diarahkan 100% pada ukhrawi dan bukan pada duniawi, begitu?
Tidak juga. Ianya bukan 100% kepada ukhrawi sehinggakan pelbagai urusan duniawi dilupakan. Ukhrawi dan duniawi perlu bergerak seiring dan tidak boleh lebih antara satu dengan yang lain. Fungsi kita sebagai khalifah Allah perlu melaksanakan tanggungjawab memakmurkan bumi Allah ini, jadi fokus kita tidak boleh ukhrawi sahaja.
Allah berfirman dalam Al-Quran bermaksud,
“agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kami, dan tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.” (Al-haddid:23)
Ianya diulas oleh Imam Ali bin Abi Tholib dalam Nahjul Balaghah:
“Keseluruhan zuhud ada pada dua kata dari Al-Quran, Iaitu ketika Allah berfirman
-Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kami, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu.-
Maka barangsiapa yang tidak menyesal atas apa yang hilang darinya dan tidak terlalu gembira dengan apa yang telah didapatkannya maka dia telah menguasai kezuhudan dari kedua sisinya.”
Konsep zuhud yang sebenarnya bukan bergantung kepada pendapatan yang tinggi, penjimatan dalam berbelanja atau simpanan yang tinggi. Jangan pula kita selepas ini menyalah anggap mereka yang selalu berjimat cermat ini golongan zuhud. Sesiapa sahaja boleh menjadi zuhud selagi dia mengimbangi urusan ukhrawi dan duniawi dengan baik.
“Tak beli kereta kenapa bang,” tanya Hamid. Karim membalas, “Zuhud bang,”
Jangan kita menyalahkan konsep zuhud tersebut hanya kerana kereta. Kereta bukan lambang ke-zuhudan kita, tapi keperluan. Belinya mengikut keperluan dan bukan kerana untuk bermegah-megah, riak dan ujub. Fokuskan hati kita untuk tenang dengan urusan dunia dan tidak bersedih atau menyesali apa yang kita hilang darinya.
Urus kewangan peribadi dengan lebih baik, insyaAllah akan buat kita lebih zuhud kelak.
Tak begitu?
Unproductive weekend
Malas betul aku bila musim cuti ni. Mungkin penat balik kampung belum hilang. Tapi itu kata aku lah. Masalahnya dekat aku. Ape je aku buat sampai aku sendiri kata tak produktif tu?
Mudah je.
Duduk kat rumah sambil main game. Game ape? BASEMENT. Kalau korang peminat tegar cerita Narcos atau Breaking Bad, game ini mmg untuk korang.
Alah. Game buat dadah je pun, bukan buat ape. Dari Sabtu dan aku berhenti kejap buat benda lain setelah penat bini aku membebel. La ni kami kat tepi padang sambil pekena cendoi…
Beli cempedak tadi dekat Puncak Alam Jaya. Bini aku nak makan, aku tak makan. Beli Pisang, pemukul lalat merangkap pemukul Puyen (kucing datang kt rumah kitorang) dan tong sampah. Pas makan ni sambung balik. Aku nak siapkan artikel untuk minggu depan. Lepas tu nk selah sikit assignment NPD yg aku bercita2 nak siapkan dari minggu lepas.
Allahuakbar… Cabaran!
Islam mengamalkan sistem ekonomi kapitalis, betul ke?

Agama Islam adalah syumul. Ini bermakna seluruh aspek kehidupan ada tatacara dan garis panduan yang telah ditetapkan sama ada berlandaskan Al-Quran atau hadis sahih. Namun begitu, ada segelintir pihak berpendapat ianya tidak cukup. Contohnya pada sistem ekonomi popular seperti sekarang iaitu sistem ekonomi kapitalis. Persoalan yang popular adalah, Islam mengamalkan sistem ekonomi kapitalis, betul ke?
Terdapat banyak pendapat yang mengatakan sedemikian. Ini bermakna, ya. Islam tidak mempunyai prinsip seperti kapitalis. Islam mempunyai konsep muammalah atau perniagaan yang terperinci berserta garis panduan yang wajib dipatuhi.
Muammalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia, dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti urus niaga, pinjam meminjam, sewa menyewa dan sebagainya. Ianya lebih kepada panduan sistem ekonomi sebagai alat meneruskan kehidupan. Itu tidak salah.

Pepatah Arab ada menyebut,
“Mann jadda wajada, man zara’a hasada, man yajtahid yanjah,” bermaksud;
“Sesiapa yang berusaha (insyaallah) akan mendapat apa yang diusahakan, sesiapa yang bercucuk tanam (insyaallah) akan menuai hasilnya, sesiapa yang berusaha (insyaallah) akan beroleh kejayaan,”
Terang dan jelas bahawa fitrah manusia akan berjaya setelah berusaha bersungguh-sungguh walaupun perjuangan dalam menuntut survivaliti pada masa kini.
Antara cerita popular yang sering dikaitkan dengan kisah ‘kapitalis’ ekonomi mengikut islam adalah cerita salah seorang sahabat Rasullullah S.A.W semasa peristiwa Hijrah. Ada seorang sahabat bermana Abdul Rahman Al-Auf yang berhijrah dari Mekah ke Madinah. Beliau telah dipersaudarakan dengan Sa’ad bin Rabi’ al-Ansari.
Melihat saudaranya datang berhijrah tanpa sebarang harta, Sa’ad bin Rabi’ al-Ansari tanpa segan-silu terus membahagikan separuh dari keseluruhan hartanya kepada Abdul Rahman al-Auf. Jika kita lihat dari sudut ekonomi dalam jangka masa pendek, ianya mewah. Tetapi pada ketika itu Abdul Rahman al-Auf menolak pelawaan itu dan memindata saudara barunya Sa’ad supaya menunjukkan dimana letaknya pasar dalam kota Madinah. Abdul Rahman al-Auf telah menjadi salah seorang peniaga yang berjaya dan sekaligus memecahkan monopoli orang Yahudi di Madinah.
Cerita ini adalah simbol kepada sistem ekonomi berlandaskan Islam. Jadi, adakah Islam sendiri mengamalkan sistem kapitalis atau memberi peluang kepada semua orang untuk berjaya juga?
Mari kita fikirkan bersama dan renungkan, apa yang kita telah lakukan untuk diri kita dan ummah segajat?
Kasyaf dan Mutant bakal keluar dalam pasaran
Just nice guys. Aku expect dapat case takaful, tapi Allah bagi rezeki lain. Aku dengan waifu dpt job untuk tolong Abang Khairi terbitkan buku dia. Yup. Rezeki yang tidak diduga. Alhamdulillah.
So, aku nak kena propose project timeline dengan kos-kos yang akan terlibat. Aku dah cakap kat Abg Khairi, mungkin dalam minggu depan baru aku dapat bagi sebab aku nak meting supplier juga untuk dapat quotation diorang.
Bukan nak ketuk atau apa, tapi aku bukan kenal Abg Khairi sebulan dua. Dia antara penulis yang aku rapat dari zaman aku intern kat Buku Fixi sampailah sekarang. Jadi, amatlah berbangga kalau terlibat bersama untuk menjayakan projek buku dia ni. Awesome juga.
Dia buat sneak peak kat novel dia, Mutant. Aku teruja sebab aku memang layan genre sci-fi ni. Buku2 macam Invasi, Zombijaya dan seumpamanya memang menjadi kegemaran aku. Aku harap buku dia akan jadi bersiri, ianya takkan cukup dengan hanya 3 buku ini, tetapi akan jadi bersiri macam Harry Potter terus.
But yeah… Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari…
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki, moga tidak sesat dalam perjalanan ini… – Malique
Apa pun, doakan je la projek ni terus terlaksana dengan jayanya. Demi segantang nasi.
Facebook sudah ditutup sementara
Bermula malam tadi, aku dah berhenti sekejap dari menggunakan FB. Korang tahu kan betapa sukanya aku dengan FB. 80% masa aku banyak habis kat FB je. Kalau tak berniaga, aku menulis. Kalau tak menulis, aku baca content orang lain.
Aku cakap kat waifu, tak boleh blah. Tak fokus. Padahal ini je masa yang aku ada untuk pulun buat takaful sebab kelas dah habis. Aku akan ada banyak masa untuk appointment takaful bila diperlukan. Kebanyakkan appointment wujud selepas pukul 5. Jadi kelas aku mula pukul 6. Memanf tak la aku nak berkejar. Kelas tu habis pulak pukul 9 malam. Tapi kebiasaannya lambat sebab aku bersosial dengan clasmate yang lain.
Sebenarnya ada juga clasmate aku jadi client takaful. Pada aku, tu masanya untuk aku build rapport.
Hari ni ikutkan ada 2 appointment. Tapi sebab nak hujan, aku kanselkan 1 appointment tu sebab hari ni aku dengan waifu pergi banyak tempat.
Keluarkan duit ASB buat upgrade laptop pagi tadi. Senang je sebab kat Saujana Utama ada BSN. Maklumlah, dividen dah dpt. Boleh korek2 sikit buat tambah RAM dengan pasang SSD kat laptop. Tambah produktiviti kalau ikutkanlah.
Ingat nak naik motor sebab senang kerja, tapi tak apalah sebab aku bergerak berdua dengan waifu. Ikutkan nak renew SSM kami, tapi pejabat SSM dah pindah dari PAS, malas nak bergerak.
La ni dalam KTM nk pergi jumpa Abg Khairi. Nak cucuk sikit bikin takaful dengan dia nak buat design buku yg dia nak publish sendiri. Cam boek je kan. Last jimpa dia hujung tahun 2016. Lama juga tak junpa.
Ape2hal aku update nanti. Tangan gian nak menaip, jadi blog ni je la tempat aku lepak.