
Selesai sebahagian
Agak malas aku nak menulis kat FB beberapa minggu ni. Tak ada mood ye juga, tak ada modal pun ya juga. Tapi modal takkan habis selagi aku berjumpa orang. Seperti biasa, hari ni pun aku berjuma orang. Tapi hari ni jumpa banker dari Public Bank. Haduh, tension pulak.
Ada kesusahan untuk lepaskan loan rumah aku ni. Jadi aku memang nak kena tulis dalam blog sebagai rujukan akan datang. Mana tahu pihak lawyer nak bukti, jadi sini boleh jadi jurnal aku.

Sepatutnya aku jumpa dia dalam pukul 11 pagi sebab aku dah janji, tapi aku penat gila. Semalam aku punya appoinment habis lewat. Pukul 2 pagi aku baru sampai rumah. Lepas subuh, aku lelap balik. Bangun2 aku setup barang2 nak bawa pergi appoinment dengan banker tu, pun dah lewat. Banyak benda nak kena print dan semak. Aku call dia pukul 10, cakap aku lambat. Lepas lunch baru aku jumpa dia dalam pukul 2 lebih.
Pn. Mar tu pun sibuk, dia kena cover kerja kawan dia, dia pun request lepas lunch. Jadi, dalam pukul 2.30 sampai. Nak dipendekkan cerita, urusan selesai pukul 3.30 mcm tu. Aku buka laptop dan tulis artikel untuk dihantar kat portal Cari.my.
So, ada benda aku kena tambah. Antaranya $$ untuk MRTT. Sepatutnya cover 3 tahun, tapi masa sudah mau tamat, jadi aku pun iyekan je la. Aku belum sempat contact Abg Ayem lagi inform bersama lawyer aku pasal ni. Penat betul ni, belum rehat apa pun. Betul-betul aku baru sampai rumah.
Dah, nak rehat…
Minggu Faktab Ultra
Isnin merupakan antara hari kegemaran aku sebab harapan pada hari Isnin adalah untuk menjadikan minggu tersebut lebih produktif. Tapi sebenarnya jadul sudah tersusun untuk minggu ni. Aku kategorikan kepada beberapa item. Item-item ini adalah penunjuk bahawa minggu tersebut aku akan jadi lebih produktif atau tak.
- Uruskan kes takaful yang kompleks.
- Ada 2. Dua-dua client aku ni dah ada penyakit sebelum carum takaful, seorang asa Asma sorang lagi ada gaut. Fuh, panjang ceritanya kalau ambil polisi takaful walaupun dah ada penyakit ni. Antara sanggup atau tak je nak layan. Macam aku, niat memang nak tolong client, jadi aku buat jugalah.
- Housing loan tahun 2015 – 2018 bermasalah
- Isnin petang nak dekat pukul 6 aku dapat call dari banker housing loan aku. Dia nak semak kelayakan aku meminjam rumah. Malangnya requirement dia tak ada pihak yang bagitahu awal-awal, jadi memang bermasalah nak uruskan pada fasa-fasa terakhir pembelian rumah aku ni. Selasa dan Rabu aku keluar ke PTPTN, Public bank Taman Melawati dan KWSP.
- Interview Inspedia (animation company) belum dapat approval
- Ni HEP fakulti AD bermasalah. Permohonan dah lama gila buat, tapi tak nampak bayang pun surat kebenaran membuat kajian. Company yang Nida (groupmate) dapat memang birokasi lebih. Diorang memang perlukan surat tu, untuk apa aku pun tak pasti. Kalau untuk rekod, aku rasa memadai kalau kami hantar selepas interview. Tapi tak ada kerjasama dari pihak diorang. Dah la dateline rapat gila nak submit, next week woi!!
- Follow up client tak bayar sumbangan takaful
- Ada 3 orang tak bayar. 2 daripadanya memang aku tahu ada masalah dengan debitcard mereka, tetapi lagi satu ni memang buat hal. Nak kena buat appoinment, tanya okay ke tak… Ke ada masalah lain yang luar kawalan mereka sehingga tak dapat nk bendung lagi.
- Siapkan website.
- Tinggal masuk produk dan copywriting je ni. Part-part lain minor adjustments je ni. Sikit lagi nak siap. Logo pun dah approve.
Aku la ni pun baru balik dari appointment dengan prospek takaful. Balik malam-malam demi mencari sekontena nasi. Kau urang apa tau?…
Risiko yang terpaksa aku hadapi
Demi mengejar impian aku, aku boleh katakan yang tahun 2017 dengan 2018 ni adalah tahun kejatuhan aku. Aku buat banyak kerja dalam satu-satu masa dan hasilnya aku tak nampak lagi buat masa ni. Adalah nampak sikit, tapi tak sepenuhnya.
Macam aku terangkan dalam post beberapa bulan lepas, aktiviti aku adalah:
- Sambung belajar Master Visual Komunikasi dan Media Baharu di UiTM Shah Alam
- New recruit full time takaful agent based in Petaling Jaya
- Husband to my waifu
- The only left son of my mother
- The youngest siblings among my elder brothers and sisters
Dan lain-lain.
Aku paling takutkan adalah aku membawa nasib dan masa depan isteri aku sendiri. Hakikatnya walaupun dia menyokong apa yang aku buat, tapi kami berdua masih belum nampak apakah yang aku kejar ini akan dapat atau pun tidak.
Bulan Februari, aku down gila babi sebab saving dah habis dah kalau ikutkan. Bulan Februari jugalah tiba-tiba entah dari lubuk mana dapat rezeki yang mampu membuatkan kami bertahan sebulan lagi ini. Sekarang bulan Mac, dah tiba dipenghujung. Masih belum nampak sinar untuk kami meneruskan kehidupan pada bulan April.
Aku pesan kat waifu, aku buat sehabis baik dengan segala kudrat untuk pastikan keperluan asas untuk hidup ada. Sekarang nampaknya keadaan dah nak jadi macam bulan lepas. Takaful dan business design je buat aku fokus sekarang. Nak tak nak, kena juga teruskan hidup.
Aku dari bujang memang suka menyusahkan diri. Hidup berdikari, tak duduk dengan mak bapak, paling jarang gila mintak duit dengan diorang berbanding arwah adik dulu. Hustler gila babi. Apa yang aku perlukan dari orang tua aku cuma DOA.
Cuma dah kurang separuh, sebab doa seorang ayah dah tak ada. Apa yang tinggal doa seorang mak. Doa seorang mak mertua dan atuk nenek di kampung pun aku pulun sekali. Aku dengan waifu tahu, doa diorang ni power padu teruk!
Kept me thinking, how long am I able to do this?
Aku janji dengan waifu, paling last nak struggle sampai hujung tahun ni sahaja. Tu je la janji aku kat dia….
Moga-moga dipermudahkan. Beberapa bulan je lagi nak survive sampai hujung tahun, suku tahun pertama dah habis, nak masuk suku tahun kedua dah. Sale takaful alhamdulillah makin meningkat. Tapi masih belum mencapai target yang sepatutnya.
Paling teruk, aku langgar pantang larang sifu kewangan aku….. Apo nak jadi kau ni Gapo?
Kumpul appoinment Takaful sehabis mungkin
Hari ni aku belajar banyak benda baru dan dapat tarik beberapa pengalaman baru juga. Hari ni aku dengan beberapa rakan takaful lain berjaya menghabiskan sesi DA di sekitar Damansara. DA adalah salah satu kaedah untuk mencari pelanggan takaful yang antara paling efektif untuk mencari client. Tak semua orang rajin dan cekap buat DA, aku pun pertama kali tadi.
Balik je office semula, pulun buat kerja lain. Malam ni ada appoinment lain pula nak kena urus.
Kami naik Grab dari Damansara Intan ke ape tah nama tempat leader aku bawak tadi. Bila dah sampai, pecah pula jadi 2 group. Katanya nak lebih efektif. Aku ikutkan aje. Tapi yang sebenarnyaada je banyak teknik lain boleh buat, bukan ni je. Apa yang kami buat adalah salah satu je daripada pelbagai teknik lain.
Kalau ikutkan, aku lebih gemar approach orang sekeliling aku. Tapi masalahnya lokasi diorang ni jauh antara satu sama lain. Nak dipendekkan cerita, tak semua aku approach lagi. Ada yang approach, tapi diorang reject, biasalah. Ikutkan boleh je aku approach lain-lain dulu, especially mana yang bersepah kat KL ni.
Plan takaful serendah RM 100 pun tengah ada promotion sampai hujung bulan 3 ni. Mana yang ada nak tahu pasal plan ni, boleh tekan link ni.
>>> http://bit.ly/Tanya_Takaful<<<<
Free je, aku reply ASAP kot…
Banyak benda lagi aku kena belajar dalam industri ni. InsyaAllah boleh punyalah!
Struggle is real bij!
Secara kolektifnya, kalau kita bergerak secara berseorangan hasilnya tidak seberapa. Walaupun ikutkan kita memang akan makan untung 100% tapi itu tidak menjamin “continuity” sesebuah perniagaan. Contohnya aku buat freelancing design.
Sehingga sekarang aku tak dapat payment seperti dijanjikan iaitu RM 500 untuk bulan Disember 2017. Sekarang dah masuk bulan Februari 2018. Gantung lebih kurang 2 bulan payment. Semenjak aku tahu payment aku sangkut, tak ada mood dah aku nak buat kerja freelance tu. Bukan sikit2. Gabung 2 bulan tu mau 1k kot. Banyak tuu…
Tu cerita freelance design. Cerita freelance writing lebih kurang sama. Payment delay. Bulan Disember punya baru dapat minggu lepas, hujung bulan 1 kot. La ni hujung bulan 2 dapat untuk Januari punya. Delay 60 hari lot payment. Sanggup tunggu?
Disember punya payment untuk writing dapat RM 119. Zeehek… Sikit giloooo…
So, bertahan dulu sementara ada ni. Aku pulu je sebab nak bertahan sebulan ni pun dah rasa sesak. Jadi freelance design dah tak buat aku fokus 100% kat takaful. Tu pn cabaran.
Patut dari awal bulan 11 haritu aku dah fokus 100% kat takaful. Tapi masa tu aku percaya pada sistem freelance. Selepas dikhianati oleh syarikat yang ‘don’t give a fuck’ kat life kau, rasanya macam mana?
Tadi aku baru aktif menulis semula dalam FB. Lebih kurang sebulan aku tak post apa2 sebab fokus 100% pada takaful. Kalau dari awal aku fokus… Haish…
Bila post gambar sendiri, konfem ramai yang like. Tu algorithm yang bangang aku terpaksa main dengan platform FB. Kalau aku dalam kawasan FB, memang kena ikut siatem diorang je lepas ni.
Moga2 aku istiqamah dalam mempercayai sistem pendapatan takaful ni. Cukup2 aku dah kena khianat dengan sistem freelance design dulu. Bazir masa dan tenaga aku je… fakoffff…