
Cemburu pada mereka yang riak
Aku buka satu tweet pagi tadi yang mengundang emosi yang entah tak tahu apa. Kepala aku serabut akan pelbagai masalah yang menimpa-nimpa terutamanya bab duit. Aku tak ada mood nak selesaikan kerja dan dalam masa yang sama nak selesaikan assignment yang menggunung ni. Tapi nak buat macam mana?
Tambah-tambah bila ramai dari kalangan rakan-rakan di media sosial sibuk menayangkan anak-anak mereka yang comel tu. Aku dengan wife cuma ada Puyen, kucing berbelang putih-oren untuk dijadikan teman. Low cost dan low commitment buat masa ni.
Kami tak fikir lagi nak anak buat masa ni. Itu kata kami dimulut atas pelbagai faktor. Antaranya adalah sebab aku masih belajar dan belum habis lagi. Itu adalah faktor utama kalau ikutkan. Masalahnya sekarang mulut je cakap macam tu, tapi kat hati kami lain. Tapi yeah~… Ada sebab kenapa Allah tak bagi kami lagi. Aku sangat sibuk. Aku harap sangat aku dapat habiskan master ni dengan cermerlang dan cepat. Dah banyak sangat aku korban untuk master ni.
Ramai dah kawan-kawan nasihatkan pasal sambung belajar ni. Ramai juga suruh aku amek cuti. Tapi tak ada bezanya kalau aku amek cuti atau tak. Sebab cuti cuma 6 bulan. 6 bulan punya traction dia lain macam. Aku dah mula rasa pressure sebab dah hujung sem. Kalau pressure terok, aku terus shut down semuanya dan tidur seharian. Same as always benda yang aku buat dari diploma dan degree dulu. Pening sebab tertekan, aku tido terus.
Masalahnya kalau tidur terus, kerja masih tak jalan lagi.
Kawan-kawan media sosial yang dok tayang anak tu aku terus unfollow diorang. Up untill aku ade kuasa untuk follow diorang balik. Buat masa ni tak kuase….
Tu belum yang dok tayang pre-wedding dengan gambar post-wedding hari-hari. Ape la punya perangai. Annoying terok, aku terus unfollow. Pandai2 la nanti aku request follow balik. Aku tak suka virus-virus ni. Lebih baik kongsikan benda-benda yang kelakar atau meng-inspirasi-kan orang dari kongsikan benda-benda macam ni. Tak terinspirasi langsung aku. Sekali dua, boleh la. Ni dah berliyun kali.
Dalam ramai-ramai tu, aku suka follow sorang sahabat aku ni. Dia dah kahwin bertahun, baru je dapat anak. Jadi aku memang faham la perasaan dia. Setiap kali dia post gambar anak, dia takkan kongsikan kosong. Dia akan kongsikan bersama caption yang sangat padu. Tips-tips kesihatan, kesuburan, keagamaan dan macam-macam lagi. Content macam tu yang aku cari.
But yeah… Aku membebel dalam blog. Waifu pun tak tahu aku aktif blog. Aku blog cuma bila aku emo.
LOL!… Hahahahah!
Cio~
Bulan Ramadhon Punya Projek
Aku kat luar ni. Baru lepas duduk dan jumpa Kukok. Dia dah berhenti kerja dan buat Public Mutual full time. Alhamdulillah sorang member lagi dah duduk dalam financial industry. Aku tak expect dia akan buat macam tu sebab sebelum ni dia memang aim untuk dapat gaji besar. Maklumlah, daam industri yang makan komisyen ni tak ada gaji yang tetap, apa yang ada hanyalah komisyen yang masuk.
Industri ni penuh dengan gula-gula. Aku dah rasa, dah setahun lebih. Tapi gula-gula ni belum cukup bagi motivasi kat aku. Aku ade bagitahu dia yang aku nak tangguhkan belajar sebab nak fokus kerja. Dia sokong. Tapi masalahnya tak lama. Ni dah nak hujung sem. Aku cuma kena tahan beberapa bulan je lagi.
Aku cakap kat dia, aku tak perform macam yang sepatutnya seorang ejen buat. Aku ni marathon runner. Tak dan nak pecut sebab aku tak anggap takaful ni alat untuk aku pecut. Kalau nak betulpecut boleh, tapi aku kena habiskan belajar dulu la.
Banyak betul cabarannya nak habiskan belajar Master ni. Ramai juga rakan seperjuanggan aku yang kecundang ditengah jalan. Ada juga yang masih bertahan. Mana yang bertahan tu, diorang bukan calang-calang orang. Semangatnya padu walaupun cabaranya kuat yarabbi.
Apa yang aku boleh buat, aku buatlah. Attention aku seminggu dua ni banyak habiskan kat cuti dan side projek yang aku mulakan dengan Togei. Ini semua setelah projek website aku dah selesai. Aku tolong Togei untuk marketkan EA Forex dia kat dalam media sosial dan juga web. Ada skill sikit-sikit, aku share je la kat dia. Beberapa hari lepas dapat la merasa hasil kami. Tapi aku masih merasakan aku tak fokus untuk projek dia. Mungkin sebab aku nak selesaikan banyak assignment yang dah tertunggak.
Itu pun satu hal. Aku dah nak masuk fas hujung-hujung sem.Projek jangan ceritalah. Padu teroxxxx…
Sem ni banyak skill. Aku dengan kak Ikin punya projek kena buat game, yang untuk kelas video dah on going. Tinggal nak animate je lagi. VO dah rakam dan edit. Tapi aku rasa masih panjang lagi VO aku. Tengok pergi macm mana nanti. Buat masa ni selesaikan apa yang ada depan mata. Aku pun tak tahu macam mana video aku tu pergi.
So far projek on going;
1. PruBSN Takaful
2. Takaful Malaysia Motor
3. Takaful Malaysia SME
4. Projek Togei EA Forex
5. Assignment kelas aku
Ini je aku mampu. Dari 5 tu, hanya 1 je aku paparkan dalam FB dan sosial media mainstrea yang lain. Hanya PruBSN Takaful je aku war-warkan kat orang gunakan FB.
Cukup je la jurnal aku sampai sini. Aku nak bergerak balik. Dah pukul 4. Nak hadap assignment pulak ni.
Cio~
Kenapa Takut Kena Ciplak?
Aku ada seorang member yang sangat takut artwork dia diciplak. Ada sampai satu tahap dia privatekan blog dia dari tatapan umum sebab takut kena ciplak. Katanya rugilah masa dia hasilkan sesuatu kalau ada orang lain sesuka hati je copy and paste tanpa sebarang kredit. Tetapi bila aku sendiri tanya dia;
“Kau tengok cerita kat movie ke atau download internet?”
Dia cakap dia download je.
Jadi dia dengan pengciplak karya dia tak ada beza sebenarnya. Apa yang kau cuba buktikan?
Dulu masa aku intern kat Buku Fixi, bos Amir Muhammad cakap pada dia ciplak mengciplak ini adalah lumrah. Kalau kau karyawan sejati, keep up producing good content. Kau pun tiru juga orang pada awal-awal berkarya. Jangan tipulah. Aku pun sama, tiada seorang pun yang 100% original.
Hujah aku dapat dipatahkan sebenarnya kalau ikutkan. Terinspirasi, parody dan meniru ada ciri-ciri yang hampir sama tetapi tidak serupa. Tapi aku tekankan juga, kau meniru. Tak kira apa kau buat, kau masih meniru!
Tapi cuba ingat balik…..
“Kalau karya kau sangat bagus, barulah orang tiru. Kalau karya ala kadar je, siapa je nak tiru?”
Betul tak?
Sekarang kau nak bangga kena tiru ke nak bangang, marah orang meniru?
Kau sendiri tentukan~
Contest April 2018 Tak Capai Sasaran
Bulan april bulan yang mencabar. Berbekalkan hanya lebih kurang 2 bulan lagi nai puasa, pening juga kepala macam mana nak cari duit untuk cecah bulan puasa ni. Oleh kerana itu, PruBSN Takaful ada buat contest, tapi belum rezeki aku nak sambut contest tu.
Bulan ni sahaja aku dah lost count berapa banyak appoinment dan presentation aku buat. Banyak sangat berbanding sebelum-sebelum ni. Mungkin aku dah terdesak. Maklumlah, kepala otak ni asik fikir macam mana nak dapatkan client. Oleh kerana itu juga, aku rasa momentumnya akan capai 3 bulan akan datang.
Itu yang aku nak sebenarnya.
Bulan April lebih agresif dari sebelum-sebelumnya. Pelan-pelan cuba untuk pecahkan malu nak approach orang. Tak sepenuhnya lagi, tapi ada peningkatan dari sebelum2 ni. Fuad banyak sokong dan aku selalu termotivasi dengan kata-kata dia. InsyaAllah, ini kerja aku tapi bab rezeki bukan urusan aku. Aku cuba je la yang terbaik walaupun payah.
Website kecil untuk takaful aku dah buat. Boleh tengok kat prubsntakaful.ghafarnawi.com kalau nak usha. Belum siap sepenuhnya sebab wife aku baru lepas cadangkan untuk edit. Ada masa aku ubah, tapi itupun perlukan masa untuk aku fokus.
Celah mananya nak fokus kalau semedangnya bergerak.
Esok banyak benda nak kena selesaikan. InsyaAllah semunya akan okay. Aku hanya mampu mencuba yang terbaik.
Takaful Motor dari Takaful Malaysia
Malam tadi balik lambat dari Bangi sebab menuntut ilmu takaful motor a.k.a takaful am dekat salah seorang associates kat sana. 80% prospek aku approach untuk PruBSN tanya aku;
“Takda buat insuran kereta ke bang?”
Dik, bukan abam taknak jual dik, abam jual tapi dalam sosial media ni abam lebih gemar dikenali sebagai orang yang expert bahagian takaful hayat sebab seumur hidup abang servis dengan individu tu. Bukan tugas senang dik, amanah tu. Ye lah… Mana-mana ajal dulu lah, kot tak abam, client abam. Servis sampai matilah katakan.
Tapi disebabkan insuran kereta tu wajib, kau cari juga dik. Kalau satu hari kerajaan wajibkan juga takaful hayat, mau menggelabah kau cari abam dik. Jangan juga kau anggap dua benda ni sama, lain tau dik. Lesen pun lain-lain.
La ni abam pulun mana yang datang dulu dik. Kalau kau tanya abam buat ke idak insuran kereta, abam buat dik. Lepas ni aku nak orang tengok aku sebagai orang yang pakar bab-bab takaful ni, bukan setakat takaful hayat, takaful am juga abam pulun. Jangan keliru, aku dah tukar taktik. PruBSN aku buat, Takaful Malaysia pun aku buat. Asal namanya takaful yang syariah compliant, aku balun semua.
Lagi pun, nak gemukkan semula saving yang dah digunakan. Macam yang aku cerita dalam post lepas.
Kepada client sedia ada, macam biasa aku akan serve korang. Cuma produk tambahan aku jual yang mana tidak terhad kepada takaful hayat sahaja. Ramai juga suruh aku mix antara takaful dengan unit trust, tapi aku tak berapa minat dengan unit trust, walaupun hakikatnya dalam industri yang sama.
Takaful Motor atau nama lainnya adalah takaful am adalah berbeza dengan takaful hayat. Nak lebih faham, takaful yang diletak selain dari manusia. Contohnya kau nak lindungi premis perniagaan atau kereta yang kau guna. Takaful yang direka khas untuk benda selain manusia. Itu yang utamanyalah.
Ada juga yang ajak aku untuk register sebagai agen berkait rapat dengan harta pusaka. Alah, aku tak ingat namanya, tapi kalau nak buat surat lantikan wasi pembahagian hibah, itulah agennya. Mekanismanya aku tak pasti sebab aku pun baru belajar beberapa minggu lepas.
Banyak plan dibawah takaful am ni, tapi aku terangkan satu persatu dalam beberapa siri post akan datang.