Baru Dapat Dapat Part Time, Dia Punya Suka!
Cuti merdeka dengan cuti awal muharram ni aku spent masa dekat Ayer Hitam. Balik rumah bapak aku. Tapi kali ni tak stay rumah bak, stay rumah abg adik. Dia jatuh bumbung Jumaat lepas. Minggu ni saja tengok dia okay ke idak. Ada perkembangan yang bagus dari dia. Proses pemulihan nampaknya okay, tapi atas faktor umur mungkin agak perlahan sikit.
Tapi itu bukan isunya. Aku baruuuuu je buka mulut kat abang long aku yang aku akan jadi lecturer part time kat UiTM Shah Alam minggu ni, dah disebarkan kat adik beradik aku yang lain.
Ada abang yang banyak kabel ni menyebabkan urusan aku sedikit sebanyak berpaksikan dan berarahkan pendidikan sebagai hala tuju alam pakerjaan ni. Dia banyak bagi guide. Aku pun rajin bertanya dan mengambil peluang. kah kah kah!
Tapi macam biasa, perkhabaran tersebar cepat dekat adik beradik aku ni. Semua dah tahu aku akan mula mengajar kat UiTM Shah Alam Selasa dan Rabu ni sebagai tenaga pengajar separuh masa. First step kan, aku pun gementar. Esok aku nk kena roger En Razif untuk tanya dia pasal kelas petang tu. Dia cakap sebelum mula kelas, kena jumpa dia dulu tengok macam mana.
Azril pun dah pesan untuk berbaik2 dan buat networking yang boek dengan pensyarah2 yang ada ni. Macam biasalah, aku kena buat networking aku juga. Nak naik atas, kenalah mula daki dari bawah kan?
Aku masih boleh bayangkan muka Kak En, Kak Miah, Kak Yah, Abg Long dan Abg Adek bila aku cerita apa yang berlaku kat aku 2 minggu sebelum ni. Gila beb… Diorang berbakul2 ucap tahniah. Kak En siap cakap, “Akak doakan korang susah2 sekarang nanti lama-lama senang. Tak lama dah,”
Abang long aku cakap “It’s good. At least you have somewhere to start off especially in ITM,” sebab zaman dia mana ada UiTM. Zaman dia masih ITM lagi. Aku pun layankan je la. Dalam minggu ni juga aku nak kontek Cikgu (Dr) Sulaiman atau abang aku panggil Leman Cacing. Dia part timer kat Xiamen University, tempat yang sama lecturer grafik aku mengajar sekarang. Nama lecturer aku tu Sir Afiq Sukiman.
Dia inspired aku untuk jadi GD sekarang ni. Dengan penuh sabar dia ajar geng clasmate aku yang lain dalam kelas sampai aku dan lain2 jadi power. Aku tak pasti Sir Afiq dah ada Dr (PhD) ke belum sebab tak sempat sembang ape pun dengan dia. Dulu dia ngajar kat KDU rasanya, lepas tu pindah Xiamen awal tahun ni. But yeah, itu cerita diorang-diorang ni.
Kalau korang ada kabel bapak2, aku ada kabel abang2 dan kakak2 aku. Dalam masa yang sama, aku pun build network aku sendiri. Mudah je.
Kalau tak tahu tanya….
Orang2 macam kami ni suka je nak menjawab. Janji kau tanya.