Pensyarah separuh masa UiTM, yes dah dapat!

Aku dah dapat peluang jadi pensyarah separuh masa UiTM yang dah lama aku idam-idamkan dari lepas habis master dulu. Kah kah kah! Lama gila aku tak menulis untuk blog ni weh, tapi kali ni aku nak kongsikan satu benda paling penting. Jangan putus asa dengan rahmat Allah.
Well, aku tahu kalau post kali ni keluar dekat blog, aku tak rasa kawan-kawan aku akan baca sebab blog ni tak best pun. Aku cuma kongsikan benda-benda ringan dan aku rasa bermanfaat untuk kebanyakkan orang je. Aku pun sampai satu tahap rasa yang aku perlu kongsikan macam mana aku dapat peluang jadi pensyarah separuh masa uitm ni.
Secara kasarnya aku jadikan beberapa prinsip aku bawa dan menjadi identiti aku sepanjang aku hidup dalam dunia ni yang menghalakan aku arah menjadi pensyarah separuh masa uitm sekarang. Aku harap orang yang ikut, akan dapat hasil yang sama macam aku. Walaupun agak cliche, tapi inilah apa yang aku praktikkan.
- Hidup ini penuh dengan pilihan (Alternatif)
Mudah je. Aku boleh cakap apa yang terjadi dekat aku sekarang adalah atas pilihan aku sendiri. Aku tak boleh kawal external factors, contohnya macam cuaca, ekonomi dunia, politik dan orang lain. Kau sendiri ada pilihan untuk hidup. Mudah je. Kalau lapar, makan. Kalau mengantuk, tidur. Kalau nak kaya, kena kumpul duit. Mudah kan?
Aku tak boleh nak cakap dengan lembut bab ni sebab benda yang aku praktikkan ni bukan untuk semua orang terutama yang berhati tisu dan emosi terlebih-lebih. Sebab prinsip ni banyak berkisar berkenaan logik. Ini antara senario yang aku praktikkan. I’m still surviving with this thoughts. Like I said, this principle are not for everyone.
Here it goes…
I can control myself, so I control myself first. Kes pertama, larangan merokok kat restoran. Aku selalu juga bising bila ada orang merokok sekitar aku kat mamak atau kat mana-mana. Dekat sini aku ada beberapa alternatif. Pertama aku boleh hadap tanpa merungut dan stay je kat situ sampai habis makanan. Kedua, aku boleh marah orang merokok tu. Akibatnya belum tentu asap diorang akan hilang dari kawasan tempat makan aku tu. Tapi pilihan alternatif ketiga ni konfem akan menyelesaikan masalah tu. Kenapa tidak aku makan cepat-cepat dan angkat kaki blah, atau aku tak payah makan terus kat kedai tu? Obviously aku akan blah dari kawasan kejadian. Why? Because I only control myself of not being there. Mudah kan?
Lagi kes. Aku nak kaya. Kat sini banyak alternatif aku boleh buat. Apa yang pasti, merungut bukan salah satu caranya. Aku boleh berjimat atau tambah pendapatan. Aku pilih untuk buat dedua berbanding menyalahkan kerajaan, salahkan bos, salahkan semua benda kat sekeliling.
What if kalau aku nak tukar kerja jadi pensyarah? Aku tak tahu, jadi aku tanyalah orang yang tahu. Antaranya adalah tahu apa requirement jadi pensyarah. Aku kena ada master. Abang long aku cakap benda yang sama. “Talk to me when you have a Masters,”. Mudahkan? So, aku amek master. Lepas satu checklists, so set target, work on you teaching skills, get networks and the most importantly, APPLY the jobs!
Kan aku cakap, aku hanya boleh kawal diri aku, aku tak boleh kawal orang lain kan? Inilah ape aku buat. Tukar mind set dulu, baru senang. - Build relationship and trusts. Don’t burn bridges.
Lesson ni aku kena setepek. Dah banyak kali kena kat batang hidung sampailah sorang senior aku, Nordin pernah sound aku, “Don’t burn bridges bro,” Aku tak tahu maksud, so aku Google. Banyak video motivasi aku jumpa dan Alhamdulillah aku praktikkan dari tahun 2014 dulu sampai sekarang.
Be good to all the people. Kau tak tahu masa depan nanti dia akan jadi siapa. Mana tahu budak hingusan yang kau kutuk tu jadi menteri ke, pengarah kat jabatan mana tah. Kau bukan boleh ramal. Contohnya, housemates aku ada dah jadi pensyarah. Padahal diorang tu ada perangai tak macam pensyarah pun. Aku kagum ngan diorang. Siapa nak sangka housemates aku juga aku pi mintak cop pengesahan sijil-sijil akademik aku sebab dia pegawai kerajaan kumpulan A kan?
Aku pun masih baik lagi dengan ex-collegues dan ex-bosses. I’ll like to keep my networks. Aku tak tahu masa depan nanti aku perlukan bantuan mereka juga dan dalam masa yang sama aku pun boleh tolong diorang. Jaga hubungan dengan Allah, Allah pun jaga kita. Ececece… Ingat tu… hahahaha! - Receiving process dalam law of attraction keeps me motivated.
“Gapa, Allah sentiasa ada rancangan lebih baik untuk kau,” ayat yang selalu aku bagi kat diri aku kalau aku cemburu dengan kejayaan orang lain. Dari sudut lain, kalau aku nak dapat sesuatu benda, aku kena lalu laluan yang spesifik untuk sampai ke destinasi.
Contohnya aku nk jadi seorang pensyarah separuh masa UiTM ni, aku nak kena ada master, banyakkan membaca, pengatahuan semasa kena sharp atau dengan erti kata lain, aku kena ada ciri-ciri seorang pensyarah dulu sebelum aku boleh jadi pensyarah.
Ini terbukti bila aku interview semua rakan-rakan dan kenalan aku kerja sebagai pensyarah. Aku sedar diorang ada satu ‘traits’ atau ciri-ciri yang sama. Frankly speaking semua sama ye guys. Antaranya adalah KASH atau Knowledge, Attitude, Skills and Habits. Ini knowledge aku dapat time weekly meeting takaful. HAHAHA!
Aku just observe and follow traits KASH seorang pensyarah. Mudah. Aku eloborate details kalau ade masa. Buat masa sekarang aku mengantuk. Good nite peeps.