2018 Paling Miskin Dalam Hidup
Setiap detik yang berlaku dalam tahun 2018 ni akan aku semat dalam minda. 2018 adalah tahun yang paling fuck up pernah aku hadap dalam hidup. Jobless, hutang Lebih RM 20k dan dalam masa yang sama menghabiskan master dalam keadaan aku seorang sahaja yang berkerja.
Mencabar beb. Tapi aku ingat apa Dr Mazlee Malik kabor.
What does not kill you, makes you stronger,
– Dr Mazlee Malik
2018 dah bagi aku pengajaran yang paling padu dalam dunia sebagai seorang anak, suami, pereka grafik, konsultan takaful dan seorang usahawan. Memang perit beb. Satu je sebabnya, duit. Kalau duit ada, lain tak ada masalah sangat. Bab duit inilah yang aku fail teruk.
Dulu masa aku dapat nasihat Zaidi Ismail, dia cakap buat apa sambung belajar? Pada dia tak ada keperluan pun untuk sambung belajar. Masa ni aku setuju sebab tahun tu dalam 2014/2015 aku baru sangat bekerja. Tak sampai 2 tahun. Jadi fasa waktu tu adalah mengarut kalau aku sambung belajar.
Tapi siapa yang tahan dengan godaan perkhabaran housemate lama di rumah sewa Ferum masa degree dulu. 3 orang daripadanya dapat tawaran untuk sambung belajar. Ada oversea beb!! Tercabar teruk aku. Diorang juga adalah academic rival masa Lendu dan Shah Alam. Sahabat aku, Azril, Firdaus dengan Najmi bakal sambung master mereka.
Aku apply juga. dari tahun 2014-2016 sebanyak 4 kali dan 3 kali daripadanya ditolak. 2 daripanya menggunakan biasiswa TPM (Tenaga Pengajar Muda) UiTM. Mereka bertiga dapat tawaran tu dan Azril dan Firdaus berjaya. Kini diorang dah jadi pensyarah kat UiTM Rembau. Najmi walaubagaimanapun menangguhkan hasrat untuk menggengam sebijik master tu. Kami tak tahu kenapa, tapi dari sesi temubual aku dengan dia, dia nak kahwin. Dah kahwin dah pun. Mungkin lepas ni sambung balik. Entah la.
All right~ Moving on…
Aku tak pernah cerita kat orang benda ni, tapi aku sambung master ni dengan hutang yang lebih 20k. Secara detailnya aku boleh ulas, tapi janganlah kecam aku kerana waktu aku ambil loan ni, aku tak tahu apa akan jadi kat aku. Aku cuma ambil dengan niat untuk merasa, apakah rasa kalau bekerja sendiri, apa rasanya kalau berhutang banyak-banyak, apa rasanya semua ni.
Ia dimulakan dengan kebencian. Ye… Kebencian.
Di MA (Company lama aku kerja dulu) aku rasa tak berguna langsung. Ada unsur-unsur yang menyuruh aku berhenti. Dari segi work load sememangnyalah. Entah dari mana tiba-tiba increment aku tidak seperti pa yang aku harap. Hanya kenaikan tak sampai 5% dari tahun sebelumnya. Tidaklah dapat aku merasa gaji RM3k dalam masa terdekat ni lakan? Bazir masa pada aku kalau aku letak komitmen dan sepenuh perhatian pada syarikat yang tidak langsung menghargai staff.
Aku tak heran, bos aku dulu yang bekerja dari tahun 2008 dahulu pun berhenti pada November 2018 ni sebab company culture dah lari dari dulu. Mereka nak ubah culture company. Ada yang boleh ikut, dan ada yang tak boleh. Pada yang boleh ikut, mereka dinaikkan pangkat bersama dengan tanggungjawab. Sayangnya, lebih ramai berhenti dari mengikut. Dengar cerita banyak orang baru. Orang baru ni bagus kalau nak serapkan culture baru. Ikut akulah. Mereka yang lama pun cuba mengasimilasikan diri dalam budaya kerja yang baru.
Berkesan?… Naaah…. Kalau berkesan, mesti banyak profit yang akan dibuat. Dalam berniaga, nombor yang penting. Dengan business model yang senang ditiru, kelengkapan dan kepakaran yang kurang, aku tak rasa mereka mampu bertahan dengan business model yang lama. Dengar cerita juga, dari meneroka retails advertising, mereka ada membuka syarikat baru untuk brand activation. Business model sedikit berbeza dari segi operasi, tapi pengurusan masih sama. Adakah mereka bijak? Belum tentu bang.
Sebelum aku berhenti dulu aku menguruskan projek yang sudah lebih 6 bulan masih diperingkat pre-production. Tidak terjual pun lagi, tetapi banyak modal dah keluar untuk “mockup” yang tak berkesudahan. Dari situ aku tahu yang aku kena game. Aku yang bergaji RM 2.2k++ diganti dengan insan bergaji RM3k++ hanya beberapa hari selepas aku memberikan surat perletakan jawatan. Tak rasa dikhanati ke?
Itu pun sorang staff MA yang lama dok PM aku kata MA nak cari orang bergaji RM3k++ untuk ganti aku. Aku tengok iklannya di Jobstreet, menyirap siak… It’s time for me to go. Bulan September 2017 adalah bulan terakhir aku di MA. Sedih meninggalkan mereka yang berbakat, tetapi tidak dihargai. Mereka yang lama diganti dengan “robot” yang tidak boleh berfikir dengan baik. Hanya tahu mengikut arahan. Bila nak risk management, tahu pula kerah “manusia” bukannya “robot” yang mereka cipta tadi. Mana yang bertahan, aku tabik. Aku tak setabah korang.
Aku diterima bekerja di salah sebuah syarikat di Taman Botanic, Klang. Syarikat H&B (Health and Beauty) dengan bergaji RM3k. Seronok tak terkata. Peningkatan 70%++ dari gaji asal, siapa tak nak kan? Malangnya aku hanya bertahan 2 bulan sahaja. Pada hujung bulan November 2017 aku berhenti atas 3 faktor.
- Company tu berpindah. Mak datok jauh gila kat Pandamaran, Klang. Mereka pindah ke kilang baru. Aku ada kelas di Shah Alam, memang senang nak bergerak dari sana. Tapi jaraknya dari office ke rumah tu yang aku tak tahan beb. Memerlukan lebih kurang 1 jam perjalanan menaiki motorsikal. Kalau naik kereta, mau2 2 jam bhai. Tak tahan aku!
- Working hours mix “kilang style” dengan “creative agency” style. Ada masa kau kena stay up, which is pada aku normal. Ada masa kau kena kerja hari Sabtu half day. But for what? Adakah aku lebih produktif begitu?. Tidak nampaknya. Ada hari yang aku bengang gila sebab aku kena tuang kelas sebab nak siapkan kerja. TIADA OT ye! Oh, by the way, OT hanya untuk non-executive. Macam aku ni executive, tidak ada OT pun. Cuma bos belanja Pizza Dominos je. Kan macam creative agency dah tu kan?
- Ada certain “forgery” task aku kena buat. Aku tak selesa sebab ia boleh melibatkan nyawa. Ingat kerja Graphic Designer (GD) ni tak melibatkan nyawa? Kah kah kah… Tak perlu aku ulas detail, nak tahu kita boleh tea time nanti.
So, bye bye… Aku blah dari situ dan fulltime entrepreneur as takaful agent dan part time freelance designer. Ada banyak juga projek dalam masa setahun aku urus. Ramai client aku jumpa mahu dari segi takafulnya, atau designnya. Dua-dua aku sapu. Tapi… Disinilah silapnya aku.
Oleh kerana aku sambung belajar, keutamaan aku letak pada belajar. Banyak tak fokus untuk kerja. Kiralah, dari tahun 2014-2017 aku try mohon, 4 kali kot nak masuk. Aku takkan sia-siakan peluang yang ada. Aku cuma ada setahun je lagi time tu nak habis. Tak lama. Jadi pada bulan November 2017 sehingga sekarang aku masih freelance GD dan takaful consultant.
It’s fun… Tapi tiada pendapatan tetap. Akibatnya, hidup aku miskin teruk. Teruk kaw kaw punya. Elak pergi family gathering, kenduri, lepak2 dan seumpamanya. Habiskan masa kat rumah atau jumpa client je banyaknya. No fun. Tiada cuti, jarang balik kampung, hilang disiplin. Hilang disiplin yang paling aku kesal. Disiplin aku hanya fokus siapkan assignment dan datang kelas je. Disiplin waktu buat kerja semua ke laut beb.
Dulu ada working hours dari kul 8 pagi ke 6 petang, tapi bila dah freelance, 24 jam working hours. Kengkadang kul 3 pagi baru sampai rumah dari jumpa client. Esok nak bangun pagi, rabak. Last2 bangun tengah hari. Haru betul! Tak sihat sungguh. Makan aku pun tak jaga, sibuk kerja sampai tak bersenam. #GemukAbadi.
Sejujurnya, dah setahun lebih aku kerja sendiri, aku tak boleh tahan. Kalau nak belajar, jangan berkerja. Kalau nak bekerja, jangan balajar. Ini SERIUS beb! No fixed income, are bad. Really-really bad guys… Bersyukurlah dengan kerja yang korang ada sekarang. Melainkan korang bujang, duduk rumah family. Boleh la survive. Ataupun, berkahwin dan laki bini kerja sambil duduk rumah mertua, yup… Boleh laaaaaaa….
Sebagai lelaki sejati, aku biarkan wife tak kerja dan duduk dalam rumah asing dari family sendiri dan mertua. Aku tak malu… Tapi risau… Fasa ni aku kumpul hutang jahat.
- Hutang kad kredit max RM 5k++
- Hutang kat mak RM 8k++
- Hutang loan rumah tertunggak RM 2k++
- Hutang kat wife RM 7k++
- Hutang bil utilities tertunggak RM 800++
- Tunggakkan Takaful wife + aku punya RM 1.5k++
Aku perlukan kurang2 6 bulan nak recover balik ni. 6 bulan atau lebih. Ni anggaran, tapi nampak hutang tu macam berlonggok-longgok, aku tak tahu. Lepas ni keutamaan untuk kumpul duit dan selesaikan hutang-hutang yang ada ni. Aku rasa 6 bulan tak cukup ni, mau-mau setahun juga ni. Tapi entahlah.
Alhamdulillah juga sebab aku dikurniakan kesihatan yang baik. Ini harta aku yang tak ternilai. Anggota badan pun cukup sifatnya untuk aku buat kerja. Ini anugerah yang tak ternilai. Orang-orang yang aku sayang macam mak aku dengan waifu tak sakit teruk2 sampai perlukan belanja yang besar. Overall, 2018 ni neraka bagi aku… FINANCIALLY!
Akhir kalam, aku tak menyesal pilih jalan untuk bekerja sendiri ni. Tapi Januari 2019, aku bekerja semula masuk dalam industri kreatif. Makan gaji. Nak stabilkan kehidupan semula dan selesaikan hutang-hutang yang ada ni. Aku muda lagi, baru 28 tahun. Ada masa nak recover. Koman-koman aku tak menyesal… Tak menyesal mencuba…
Adios~
May 13, 2019 @ 1:11 pm
Bro kerja makan gaji ke start tahun 2019 ni?
June 1, 2019 @ 9:05 am
Makan gaji balik… Gaji ciput, tapi hasil setahun menanam kepercayaan, 2019 ni menuai hasil. Alhamdulillah, dapat la recover pelan-pelan. Adjust strategy balik dan muhasabah kenapa tahun 2018 business tak boleh go. Kalau bro nak TT, kita boleh lepak.