Tanam Benih, tuai 6 bulan lepas ni
Lepas sesi meeting semalam aku sedar sesuatu yang dinamakan komitmen dan disiplin.
Aku ada masalah dengan komitmen aku terhadap takaful. Dalam masa yang sama aku nak kena habiskan belajar 6 bulan lagi. Pada mereka ini adalah peluang untuk aku naikkan personal branding aku selama 6 bulan ni. Fasa menanam benih diorang katalah.
Komitmen aku sekarang memang fokus nak habiskan master dalam jangka masa yang cepat yang boleh. Aku juga struggle untuk menjana pendapatan untuk keluarga aku dengan bantuan ramai orang termasuklah mak aku, mak mertua aku dan yang lain-lain.
Terdetik dalam hati untuk aku bekerja semula makan gaji, tapi itu bukan pilihan dah selepas mendapat tawaran dari Akmal dan Togei tentang kolaborasi kami untuk jangkamasa 6 bulan akan datang. Paling tidak, dalam jangkamasa 6 bulan nanti aku menanam inisiatif ‘personal brand’ supaya hasilnya aku dapat tuai dan fokus 100% selepas 6 bulan dari sekarang.
Kenapa 6 bulan?
Sebab masa tu dah habis belajar.
Semalam argument dan bukti aku boleh memberi komitmen sekiranya aku fokus memang dah ada. Aku usulkan kerja dan komitmen aku berkarya dengan Vlog selama 155 hari. Lepas tu perhatian aku berubah lepas dah mula sibuk untuk belajar dan kerja.
Apa yang berlaku dalam pembikinan vlog selama 155 hari tu?
Aku bangkit awal, steady upload secara istiqamah selama 155 hari tu walaupun terkincit banyak kali. Aku berjaya buktikan yang aku mampu fokus apabila aku dah habis belajar nanti. 155 hari tu aku bangun seawal 4.30 pagi untuk edit vlog dan upload pada pukul 8 pagi hari hari. Tak adalah hari-hari sangat sebab masa tu aku tak ada internet kat rumah. Aku kena upload masa aku ada kat office je.
Tapi shooting, hari-hari without fail selama 155 hari tu. 115 hari kalau diterjemahkan dalam bulan adalah 5 bulan macam tu. Alasan yang sama masa aku tak perform takaful dan yang lain-lain aku buat… Aku tengah fokus belajar.
Nak maintain pointer apa semua tu, makan masa dan perlukan perhatian luar biasa.
Aku berdoa aku akan teruskan momentum ni bila aku dah grad nanti. Aku akan terus pulun takaful 100% dan istiqamah dalam setiap kerja aku buat.
InsyaAllah~