Cemburu pada mereka yang riak
Aku buka satu tweet pagi tadi yang mengundang emosi yang entah tak tahu apa. Kepala aku serabut akan pelbagai masalah yang menimpa-nimpa terutamanya bab duit. Aku tak ada mood nak selesaikan kerja dan dalam masa yang sama nak selesaikan assignment yang menggunung ni. Tapi nak buat macam mana?
Tambah-tambah bila ramai dari kalangan rakan-rakan di media sosial sibuk menayangkan anak-anak mereka yang comel tu. Aku dengan wife cuma ada Puyen, kucing berbelang putih-oren untuk dijadikan teman. Low cost dan low commitment buat masa ni.
Kami tak fikir lagi nak anak buat masa ni. Itu kata kami dimulut atas pelbagai faktor. Antaranya adalah sebab aku masih belajar dan belum habis lagi. Itu adalah faktor utama kalau ikutkan. Masalahnya sekarang mulut je cakap macam tu, tapi kat hati kami lain. Tapi yeah~… Ada sebab kenapa Allah tak bagi kami lagi. Aku sangat sibuk. Aku harap sangat aku dapat habiskan master ni dengan cermerlang dan cepat. Dah banyak sangat aku korban untuk master ni.
Ramai dah kawan-kawan nasihatkan pasal sambung belajar ni. Ramai juga suruh aku amek cuti. Tapi tak ada bezanya kalau aku amek cuti atau tak. Sebab cuti cuma 6 bulan. 6 bulan punya traction dia lain macam. Aku dah mula rasa pressure sebab dah hujung sem. Kalau pressure terok, aku terus shut down semuanya dan tidur seharian. Same as always benda yang aku buat dari diploma dan degree dulu. Pening sebab tertekan, aku tido terus.
Masalahnya kalau tidur terus, kerja masih tak jalan lagi.
Kawan-kawan media sosial yang dok tayang anak tu aku terus unfollow diorang. Up untill aku ade kuasa untuk follow diorang balik. Buat masa ni tak kuase….
Tu belum yang dok tayang pre-wedding dengan gambar post-wedding hari-hari. Ape la punya perangai. Annoying terok, aku terus unfollow. Pandai2 la nanti aku request follow balik. Aku tak suka virus-virus ni. Lebih baik kongsikan benda-benda yang kelakar atau meng-inspirasi-kan orang dari kongsikan benda-benda macam ni. Tak terinspirasi langsung aku. Sekali dua, boleh la. Ni dah berliyun kali.
Dalam ramai-ramai tu, aku suka follow sorang sahabat aku ni. Dia dah kahwin bertahun, baru je dapat anak. Jadi aku memang faham la perasaan dia. Setiap kali dia post gambar anak, dia takkan kongsikan kosong. Dia akan kongsikan bersama caption yang sangat padu. Tips-tips kesihatan, kesuburan, keagamaan dan macam-macam lagi. Content macam tu yang aku cari.
But yeah… Aku membebel dalam blog. Waifu pun tak tahu aku aktif blog. Aku blog cuma bila aku emo.
LOL!… Hahahahah!
Cio~