Contest April 2018 Tak Capai Sasaran
Bulan april bulan yang mencabar. Berbekalkan hanya lebih kurang 2 bulan lagi nai puasa, pening juga kepala macam mana nak cari duit untuk cecah bulan puasa ni. Oleh kerana itu, PruBSN Takaful ada buat contest, tapi belum rezeki aku nak sambut contest tu.
Bulan ni sahaja aku dah lost count berapa banyak appoinment dan presentation aku buat. Banyak sangat berbanding sebelum-sebelum ni. Mungkin aku dah terdesak. Maklumlah, kepala otak ni asik fikir macam mana nak dapatkan client. Oleh kerana itu juga, aku rasa momentumnya akan capai 3 bulan akan datang.
Itu yang aku nak sebenarnya.
Bulan April lebih agresif dari sebelum-sebelumnya. Pelan-pelan cuba untuk pecahkan malu nak approach orang. Tak sepenuhnya lagi, tapi ada peningkatan dari sebelum2 ni. Fuad banyak sokong dan aku selalu termotivasi dengan kata-kata dia. InsyaAllah, ini kerja aku tapi bab rezeki bukan urusan aku. Aku cuba je la yang terbaik walaupun payah.
Website kecil untuk takaful aku dah buat. Boleh tengok kat prubsntakaful.ghafarnawi.com kalau nak usha. Belum siap sepenuhnya sebab wife aku baru lepas cadangkan untuk edit. Ada masa aku ubah, tapi itupun perlukan masa untuk aku fokus.
Celah mananya nak fokus kalau semedangnya bergerak.
Esok banyak benda nak kena selesaikan. InsyaAllah semunya akan okay. Aku hanya mampu mencuba yang terbaik.