Minggu Faktab Ultra
Isnin merupakan antara hari kegemaran aku sebab harapan pada hari Isnin adalah untuk menjadikan minggu tersebut lebih produktif. Tapi sebenarnya jadul sudah tersusun untuk minggu ni. Aku kategorikan kepada beberapa item. Item-item ini adalah penunjuk bahawa minggu tersebut aku akan jadi lebih produktif atau tak.
- Uruskan kes takaful yang kompleks.
- Ada 2. Dua-dua client aku ni dah ada penyakit sebelum carum takaful, seorang asa Asma sorang lagi ada gaut. Fuh, panjang ceritanya kalau ambil polisi takaful walaupun dah ada penyakit ni. Antara sanggup atau tak je nak layan. Macam aku, niat memang nak tolong client, jadi aku buat jugalah.
- Housing loan tahun 2015 – 2018 bermasalah
- Isnin petang nak dekat pukul 6 aku dapat call dari banker housing loan aku. Dia nak semak kelayakan aku meminjam rumah. Malangnya requirement dia tak ada pihak yang bagitahu awal-awal, jadi memang bermasalah nak uruskan pada fasa-fasa terakhir pembelian rumah aku ni. Selasa dan Rabu aku keluar ke PTPTN, Public bank Taman Melawati dan KWSP.
- Interview Inspedia (animation company) belum dapat approval
- Ni HEP fakulti AD bermasalah. Permohonan dah lama gila buat, tapi tak nampak bayang pun surat kebenaran membuat kajian. Company yang Nida (groupmate) dapat memang birokasi lebih. Diorang memang perlukan surat tu, untuk apa aku pun tak pasti. Kalau untuk rekod, aku rasa memadai kalau kami hantar selepas interview. Tapi tak ada kerjasama dari pihak diorang. Dah la dateline rapat gila nak submit, next week woi!!
- Follow up client tak bayar sumbangan takaful
- Ada 3 orang tak bayar. 2 daripadanya memang aku tahu ada masalah dengan debitcard mereka, tetapi lagi satu ni memang buat hal. Nak kena buat appoinment, tanya okay ke tak… Ke ada masalah lain yang luar kawalan mereka sehingga tak dapat nk bendung lagi.
- Siapkan website.
- Tinggal masuk produk dan copywriting je ni. Part-part lain minor adjustments je ni. Sikit lagi nak siap. Logo pun dah approve.
Aku la ni pun baru balik dari appointment dengan prospek takaful. Balik malam-malam demi mencari sekontena nasi. Kau urang apa tau?…