Struggle is real bij!
Secara kolektifnya, kalau kita bergerak secara berseorangan hasilnya tidak seberapa. Walaupun ikutkan kita memang akan makan untung 100% tapi itu tidak menjamin “continuity” sesebuah perniagaan. Contohnya aku buat freelancing design.
Sehingga sekarang aku tak dapat payment seperti dijanjikan iaitu RM 500 untuk bulan Disember 2017. Sekarang dah masuk bulan Februari 2018. Gantung lebih kurang 2 bulan payment. Semenjak aku tahu payment aku sangkut, tak ada mood dah aku nak buat kerja freelance tu. Bukan sikit2. Gabung 2 bulan tu mau 1k kot. Banyak tuu…
Tu cerita freelance design. Cerita freelance writing lebih kurang sama. Payment delay. Bulan Disember punya baru dapat minggu lepas, hujung bulan 1 kot. La ni hujung bulan 2 dapat untuk Januari punya. Delay 60 hari lot payment. Sanggup tunggu?
Disember punya payment untuk writing dapat RM 119. Zeehek… Sikit giloooo…
So, bertahan dulu sementara ada ni. Aku pulu je sebab nak bertahan sebulan ni pun dah rasa sesak. Jadi freelance design dah tak buat aku fokus 100% kat takaful. Tu pn cabaran.
Patut dari awal bulan 11 haritu aku dah fokus 100% kat takaful. Tapi masa tu aku percaya pada sistem freelance. Selepas dikhianati oleh syarikat yang ‘don’t give a fuck’ kat life kau, rasanya macam mana?
Tadi aku baru aktif menulis semula dalam FB. Lebih kurang sebulan aku tak post apa2 sebab fokus 100% pada takaful. Kalau dari awal aku fokus… Haish…
Bila post gambar sendiri, konfem ramai yang like. Tu algorithm yang bangang aku terpaksa main dengan platform FB. Kalau aku dalam kawasan FB, memang kena ikut siatem diorang je lepas ni.
Moga2 aku istiqamah dalam mempercayai sistem pendapatan takaful ni. Cukup2 aku dah kena khianat dengan sistem freelance design dulu. Bazir masa dan tenaga aku je… fakoffff…