Be The Change – Gandhi
Tak pernah nak recall apa-apa yang dipraktik selama ni ada kaitan dengan benda yang lain. Apa yang dibuat banyak berkisar pada benda yang aku panggil ‘self-consciousness’ atau dalam bahasa kampungnya ‘common sense’. Karana wujudnya benda-benda yang aku tak suka nilah aku menjadi lebih baik dari mereka.
Contohnya pensyarah ‘irrational’ yang gagal untuk mendidik.
Aku memang nak jadi pensyarah. Tapi malangnya belum berkesempatan untuk menjadi salah seorang warga pendidik dalam mana-mana institusi yang berprestij. Antara platform yang menjadi tunjang kepada wadah so called ‘pendidikan’ aku adalah blog ini dan media sosial aku sendiri. Suka aku ingatkan, penggunaan tatabahasa dan bahasa aku dalam media sosial tidak rasmi dan bahasa bukanlah perkara yang aku mahu ketengahkan dalam setiap post. Tapi idea mengatasi penggunaan bahasa tu sendiri.
Pernah aja aku kena sound sebab tidak menggunakan tatabahasa yang betul ketika menulis. Mungkin yang sebenarnya orang yang ‘komen’ tu terlepas pandang apa yang aku nak highlightkan sebenarnya. I don’t give a fuck about it tho, now move on to the next topic.
Baru-baru ini aku dan waifu dijemput untuk hadir majlis makan malam atas tiket ‘alumni’ Kelab Penerbitan di Intekma UiTM Shah Alam. Lama aku tak pergi mana-mana event dalam UiTM atas tiket alumni sebab tiada jemputan dan rata-rata kami alumni tak tahu apa aktiviti yang ada dalam UiTM, terutamanya melibatkan aktiviti kursus masa zaman degree dulu.
Kelab Penerbitan adalah sebuah kelab kecil dalam Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dibawah kelolaan tenaga pengajar MC225 atau kursus penerbitan. Aku salah seorang naib pengerusi batch 2013/2014 dahulu. Nak lantik jadi pengerusi tak boleh sebab aku dah nak habis belajar time tu. Jadi tahun tu member aku, Izwan Syafiq jadi pengerusi.
Now Izwan dah jadi ejen Coway yang berjaya. Aku masih macam ni. Kah kah kah.
Dipendekkan cerita, aku dengan waifu akan pergi majlis makan malam tu. Tak mahal pun bayaran. Kami berdua merupakan bekas alumni juga. Jadi kalau tak pergi, agak rugi la. Ye lah… Nak buat networking dengan senior2 dan junior2 lain. Tambah2 aku memang bergantung kerja dengan jaringan macam tu. Dah boleh jatuh hukum wajib kena pergi, kalau tak pergi tak ada business.
AJK pelaksana jemput kami melalui whatsapp dekat nombor waifu. Aku pun panjangkan dekat clasmate kami yang lain. Rata-rata tak dapat hadir atas pelbagai kekangan. No bother, kami faham. Tapi ada satu isu yang aku nak tergelak.
Ada seorang alumni sentap sebab dipanggil ‘awak’ ketika dijemput untuk hadir majlis tu. Aku dengan waifu tergelak berdekah-dekah. Aduhai… Move on please…
Zaman ‘ketuanan’ senior ni dah tamat. Kita perlu move on dari sistem kasta yang dibuat ketika zaman belajar. Mungkin dia sentap sebab ‘kasta’ dia tinggi sikit. Maklumlah, dulu zaman belajar dia Brahmin dan sekarang nak naik lagi tinggi dari Brahmin sebab digelar ‘pensyarah’.
Now see… This is the idea.
Bila digelar pensyarah, tidak bermakna kita dah ‘Brahmin’. Aku masih ingat kata-kata Dr Rahmat Ghazali, salah seorang pensyarah aku masa zaman belajar.
“Kau dengan aku tiada beza, cuma umur sahaja,” – Dr Rahmat.
Stay humble. Aku pantang betul orang mengotorkan status ‘pensyarah’ ni. Aku nak jadi tak dapat, tapi orang lain yang jadi, ini dapatnya? Aduh… Siapalah yang interview dia sampai tak boleh nak filter sikap macam ni?
What was he thinking?
Buang sahaja sifat ego dalam longkang. Tiada guna dalam field education nak ada ego melangit macam tu. I’m not saying I’m perfect, tapi at least tiadalah meroyan sebab panggilan ‘awak’ tadi.
The real issue with him?
Respect maybe. Dia nak rasa dihormati. Hormat adalah perkataan yang sesuai dengan isu ini. Pada aku, If you want to be respected, you must earn it. Dia pun tak kenal kita, macam mana rasa hormat tu nak timbul. Earn their respect and trusts. Setakat meroyan sebab isu remeh, blurgh~ Move on please.
Dan sekarang bila aku meroyan macam ni, aku tahu apa benda aku tak suka kan?
Tahu tindakan aku apa?
Ni dia:
“Jadilah perubahan yang anda inginkan”
Ghafar Nawi,
#GhafarNawi
#PengurusDanaPusaka
#RiskPlanner
#Designer
#WebsiteDesigner
#TshirtPrinter
#ShengetStudio
#AgenJujur
#Takaful
#ITQON
#KacakNakMati
#HensemAbadi
Ps: Terima kasih pada bos Fuad Aziz sebab ingatkan pasal quotes ni. Those people that I’ve mentioned have my respects.
Mentaliti Penetapan Harga dalam sesebuah produk sebelum dijual
December 3, 2017 @ 10:58 am
[…] avatar’ adalah perincian yang sehabis boleh diberikan kepada seorang pelanggan ideal. Aku ulang balik… SEORANG. Jadi tidak wujud range umur 40-50 tahun misalnya kerana tiada […]