Aku selalu kongsikan cerita ni bila setiap kali aku jumpa client yang cakap dia dah ada takaful / insuran dari syarikat kat tempat dia bekerja. Kalau korang macam tu juga, eloklah kalau korang baca cerita pasal Uncle Chandran. Ini cerita seorang staff dekat syarikat lama aku bekerja.
Uncle Chandran ni baik orangnya. Sangat peramah. Walaupun dah tua, tapi dia masih boleh masuk dengan kami yang muda-muda. Nak dijadikan cerita, Dia dah bekerja dekat syarikat tu semenjak awal penubuhan dia. Aku masuk dalam syarikat masa ulang tahun ke 8 dia. Jadi uncle ni aku kira dah 8 tahun la kerja kat situ.
Dalam hujung tahun 2014 kalau tak silap, tiba-tiba dia jatuh sakit. Dia kena strok dan separuh badan dia lumpuh. Syarikat pada mulanya bagi MC sebelum ni sebab dia check up jantung dia banyak kali. Pada aku, itu normal la. Perbelanjaan MC masa tu boleh claim. Kau pergi klinik, bawa semula resit dan claim kat syarikat. Tu benefit yang semua orang dapat.
Tapi selepas beberapa minggu dia MC, syarikat rasa sudah tiba masanya untuk tidak menyambung kontrak kerja dengan dia. Sepatutnya dia menjadi aset pada syarikat, tetapi kini dia hanya menjadi liabiliti. Kerja tak siap, staff yang cover kerja dia sudah mula merugut sebab lama sangat.
Lepas tu, Operation Manager dan supervisor pergi melawat dia sambil membawa saguhati ikhsan dari syarikat. Dengan keadaan yang sakit, jobless dan hilang punca pendapatan, kau rasa tindakan syarikat itu betul atau salah?
Kalau kau lihat dari mata syarikat, pada aku itu adalah satu tindakan yang betul. Kita patut cari aset untuk tambahkan pendapatan syarikat, bukan kumpul liabiliti dan bagi syarikat rugi. Uncle Chandran terpaksa diberhentikan walau macam mana pun.
Di mata kami sebagai pekerja, itu adalah kejam. Kita patut bantu dia yang dalam kesusahan. Kalau dia tidak boleh bekerja, kita bagi dia kerja ringan asalkan dia bekerja. Namun hakikatnya dia sudah lumpuh. Kerja apa yang dia boleh buat dengan kudrat yang 50% sudah tiada?
Setelah Uncle Chandran tidak disambung kontraknya, aku mula terfikir… Apa akan jadi pada aku dan keluarga aku kalau aku sudah tidak mampu bekerja?
Sebelum terlambat, baik korang picit link ni:
Kita lepak, dan mungkin korang boleh rancang untuk ambil insuran serendah RM 20 sebulan. Tak rugi carum.
Ambil semasa muda dan sihat. Murah dan mudah dari ambil semasa tua dan sakit.
Ps: Gambar atas tu adalah pasal manfaat kesihatan ditarik balik selepas korang tak mampu bekerja. Ini bukan syarikat calang-calang. Ini dari Pos Malaysia… Korang punya company macam mana?