Bulan Terakhir Sebelum Jadi Fulltime Freelance Designer di Puncak Alam
Fulltime freelance designer di Puncak Alam, oooh yeah. Sememangnya aku sudah lama merancang untuk berhenti kerja dan menjadi fulltime freelance designer di Puncak Alam. Nampaknya fasa-fasa pertukaran kerjaya semakin menjadi kenyataan. Fasa pertama sudah selesai iaitu pindah rumah dan mencari rumah di Puncak Alam yang mempunyai jaringan internet. Kalau tak susah nak jadi fulltime freelance designer kat Puncak Alam ni woi.
Ramai yang tanya kenapa aku mahu berhenti. Aku dah merancang untuk membuat satu sesi Facebook live yang dijangka dalam minggu kedua bulan 11. Kat situ aku akan bagitahu kenapa dan bagaimana langkah untuk aku mula berhenti kerja makan gaji kepada seorang bekerja sendiri. Topik tu sangat kompleks untuk aku terangkan dalam masa beberapa minit kat blog, jadi lebih afdhal kalau aku lumpsump bagi terus dalam FB live nanti. Aku akan umumkan kelak.
Bercakap pasal tu, aku ada merancang untuk buat FB live secara berepisod setiap minggu dan membincangkan 3 topik utama yang aku suka, design, takaful dan personal finance. Tiga perkara ini yang akan aku banyak post dalam page Ghafar Nawi tu. Aku nak fokus sebab mudah untuk aku tulis story pasal tu nanti.
Tapi sementara ni aku nak kena struggle lebih untuk tampung penghidupan aku dengan waifu. Dia tak kerja, dan aku ada tanggungjawab yang sangat besar nak mati ni. Simpanan ada, tapi terhad untuk beberapa bulan. Selebihnya aku dengan waifu kena struggle untuk dapat lebih. Pada aku benda boleh buat kan. Apa ada hal.

So guys. Rumah dah ada internet. Ini bermakna aku akan jadi lebih produktif demi sekontena nasi. Aku akan bayak buat perkara yang berkisarkan internet dan lain-lain platform berasaskannya. Aku ada juga merancang untuk setup ecommerce site KeropokKeju.com, projek yang on going waifu dan aku rancang nak buat.
Even tadi aku bercerita kat kelas New Product development pun pasal ni. Benda simple je sebenarnya. Aku merancang untuk menjual keropok keju yang bini aku buat ni secara atas talian. Ini bermakna aku dan waifu boleh masak, pack dan hantar kat client sepantas yang mungkin.
Tapi dah 2 hari ni aku sibuk. Aku tak sempat nak rancang. Execute aku boleh buat dalam masa belajar. Right before aku nak berhenti kerja makan gaji ni. What zee heck kan? Nak buat planning pun ade je hal. Macam tau-tau je aku sibuk gila.
Oh ye, lepas ni boleh call atau whatsapp aku nak tanya apa-apa pasal design, sebab aku dah boleh buat kerja ramai orang sebagai fulltime freelance designer kat Puncak Alam ni. Bulan depan. Dah ada banyak masa. Maklumlah kan…