Freelance Graphic Designer kat Puncak Alam
Lama betul aku tak menulis. Post ni mungkin simple, aku cuma nak cerita yang bermula November 2017 ni aku akan memulakan kerja sebagai freelance graphic designer kat Puncak Alam secara sepenuh masa. Memang graphic design ni passion aku. Aku pun suka buat sales & marketing. Jadi amatlah sesuai untuk aku meneruskan kerja sendiri sebagai pereka grafik sepenuh masa.
Kenapa? Bukan kau baru tukar kerja ke?
Kawal Gaji Sendiri
Yup. Aku baru tukar kerja September lepas. Ada beberapa masalah yang aku perhatikan menjadi sebab kenapa aku berhenti dan decide untuk jadi freelance graphic designer kat Puncak Alam, tempat aku duduk semenjak tahun 2015. Antaranya adalah:
- Jauh. Dulu semasa aku pergi interview, pejabat tempat kerja baru kat Bandar Botanic. Pada aku not bad-lah sebab jarak masanya lebih kurang sama tempat kerja lama. Aku tak ada masalah pasal tu. Masalah terjadi pada tengah bulan 9 bila bos nak pindah. Masa interview juga dulu ada dibagitahu. Aku on je sebab rasanya macam tak jauh. Namun sangkaan aku meleset. 10-15 minit jauhnya dari Bandar Botanic. Jumlah masa aku bazirkan kat atas jalan kini adalah 2 jam sehari. Jauh kot!
- Pernah kena tahan sampai pukul 11.30 malam. Aku bukan kerja agensi kreatif atau agensi iklan, aku cuma graphic designer in house kat satu syarikat buat H&B products je. Jadi sepatutnya isu balik lambat ni tiada. Tapi nasib aku tak baik last month, aku kena stay up. Paling terkilan adalah aku terpaksa ponteng kelas Master aku sebab nak siapkan kerja kat pejabat.
- Working hours tak masuk akal. Aku bukan kerja kilang. Jadi sepatutnya hari Sabtu tak kerja. Sudahlah waktu pejabat 8.30 pagi sampai pukul 6 petang, tambah lagi kerja Sabtu minggu pertama dan ketiga. Dalam sehari working hours boleh cecah 510 minit, seminggu 2,550 minit bersamaan 42 jam. Lagi mahu 4 jam 30 minit tambah 2 kali sebulan. Wow… Tak mampu aku. Badan tak larat dan ada keluarga dah. Ni tak masuk 2 jam aku bazirkan atas jalan ye.
- Sakit. Aku dah nampak mcm sintom darah tinggi. Kepala pening2 ape semua. Co-workers aku dalam opis ni dia kabor, semenjak kerja sini, darah tinggi dia makin susah nak kawal. Well, sebelum aku menjadi lebih teruk, baik aku blah. By the way, dia duduk Presint 14 Putrajaya. Hari2 sejam lebih dari rumah.
- Office facilities yang kurang sikit. Ye lah, aku tak tahu sangat sebab baru pindah. Aku tak ada lokar berkunci dalam pejabat ni. Barang-barang aku semua taruk atas meja. Aku tak boleh jadikan opis ni ‘rumah kedua’ aku. Barang-barang opis lama aku ada tersimpan kat rumah. ‘Sense of belonging’ tak wujud dalam pejabat sekarang.
Cukuplah lima ni dulu. Ikutkan aku, boleh je aku nak cari kerja lain. Tapi sebab alasan kat atas ni mungkin terjadi dekat tempat kerja baru, aku rasa lebih baik aku bekerja sendiri jadi freelance graphic designer kat Puncak Alam berbanding kat tempat lain.
Iklan!
Kalau perlukan khidmat freelance graphic designer kat Puncak Alam, boleh picit link ni:
>>>http://bit.ly/Whatsapp_Ghafar<<<
Aku reply secepat yang mungkin. Atau boleh tengok website aku kat ghafarnawi.com untuk tahu kepakaran aku apa.
October 10, 2017 @ 8:25 am
aku x tahu camne nak keluar dari zon selesa tu camne, tp aku sangat mengagumi kesungguhan ko ghaffar sumber inspirasi aku.
October 11, 2017 @ 10:29 am
Alahai… Aku biasa-biasa je… Tiada apa yang unik… Apa yang aku buat, semua orang lain boleh buat…
Bulan Terakhir Sebelum Jadi Fulltime Freelance Designer di Puncak Alam – Blog Slumb3rStory
October 28, 2017 @ 1:26 am
[…] freelance designer di Puncak Alam, oooh yeah. Sememangnya aku sudah lama merancang untuk berhenti kerja dan menjadi fulltime freelance designer di Puncak Alam. Nampaknya fasa-fasa pertukaran kerjaya semakin menjadi kenyataan. Fasa pertama sudah selesai iaitu […]