Alternatif selain buat ASB Financing RM 25k
Aku menerima satu whatsapp dari seorang kenalan rapat. Beliau adalah rakan semasa belajar di UiTM Shah Alam dahulu. Dia ni sangat rajin bekerja. Banyak kerja part time dia buat. Pernah suatu ketika selepas tamat belajar, beliau tidak terus bekerja makan gaji. Beliau pernah berniaga. Namun atas kekangan ekonomi dan desakan pasangannya untuk berkahwin, beliau terpaksa pergi meninggalkan perniagaannya itu dan kembali semula makan gaji.
Whatsapp yang agak stright forward ditanya kepada aku. Pada waktu itu aku sedang duduk update blog-blog dan media sosial yang lain. Kebetulan pula hari tu tak banyak kerja sangat, bolehlah aku melayan segala pertanyaan yang diberi beserta fakta.
” Par, aku nak tanya ni. Kalau aku buat ASB Financing ni bagus tak?”
Tergamam aku. Aperhal pula mamat ni tetiba tanya macam ni? Opkoslah bagus. Tiada apa yang tak bagus dalam dunia ini. Isap weed pun bagus, ‘fly high without wings’ tapi untuk apa dan kenapa? Bertalu-talu soalan aku bagi. Antara soalan-soalan FAQ aku kat dia adalah:
- Untuk apa?
- Sudah ada simpanan?
- Sudah ada perlindungn?
Aku ulas satu persatu sebab aku tak mahu ulas panjang lebar dalam blog ini. Kes sebegini adalah berbeza setiap orang. Kau dan aku pun berbeza kemampuan dan matlamat kewangan. Apa lagi, aku terus buat panggilan kat dia. Whatsapp ni leceh. Lepas aku dah siap dail nombor dia, mari kita sama-sama lihat jawapan yang diberi.
Untuk apa?
Aku bertanya tujuan pembiayaan ASB dibuat. Katanya dia mahu menyimpan untuk hari tua. Aku terangkan semula, jila itu matlamat utamanya, banyak alternatif lain yang boleh difikirkan selain buat ‘simpanan paksa’ di ASB. Antara alatnya adalah Tabung Haji, Akaun-akaun bank, bawah bantal, dalam almari dan sebagainya. Pointnya adalah ‘return ASB stabil’. Yup, ini tidak dinafikan. ASB adalah penanda aras atau ‘benchmark’ kepada hampir setiap pelaburan yang ada dalam Malaysia kerana kestabilannya. Tapi itu tidak bermakna ianya adalah terbaik untuknya.
Aku korek punya korek, rupa-rupanya dia mahu membeli rumah PR1MA yang berharga RM 40,000 tetapi tidak dapat kerana permohonan bujang tidak layak. Keutamaan diberi kepada pasangan berpendapatan rendah dan sudah berkahwin. Dia mahu membuat pinjaman perumahan. Apa lagi, aku suruh la dia kahwin. Itu membawa aku kepada soalan seterusnya.
Simpanan dah ada?
Teragak-agak dia nak bagi jawapan. Katanya ada, lebih kurang 3 bulan gaji. Alhamdulillah. Tak ramai ada orang macam ni. Aku suruh la dia kahwin gunakan duit yang ada. Tergelak-gelak. Katanya belum bersedia. Berdas-das aku tembak fakta. Tapi aku taknak kongsikan pasal kahwin. sebabnya artikel ini untuk alternatif kepada ASB financing kan?
Apabila simpanan sudah ada, apa lagi yang aku tanya? Mestilah soalan ini:
Perlindungan sudah ada?
Tergelak-gelak dia jawab. “Ada, medical card tu kan?” Bagus bertul member aku ni. Celik kewangan peribadi. Tapi dia tak tahu, sebenarnya 90% rakyat Malaysia tidak mempunyai perlindungan lengkap takaful atau insuran. Medical card hanyalah sebahagian daripada ‘the big picture’ dan ianya adalah ‘rider’ atau pilihan. Sebenar-benar perlindungan adalah dari pampasan kematian, penyakit kritikal dan cacat kekal. Ada 3. Penyakit kritikal dan cacat kekal adalah pampasan untuk diri sendiri, tetapi pampasan kematian adalah untuk waris. Ini yang ramai terlepas pandang.
Pampasan kematian sepatutnya setiap individu adalah 10 kali ganda gaji tahunan sedia ada. Sekiranya korang bergaji RM 2000 sebulan, jadi sepatutnya setahun korang mempunyai gaji sebanyak RM 24,000. Pampasan kematian sepatutnya dapat bertahan selama 10 tahun dari hari kematian kita yang sepatutnya waris dapat. Kenapa 10 tahun?
Itu adalah ruang kelegaan optimum bagi sesebuah keluarga yang kematian ‘bread winner’ atau pemberi nafkah. Ianya memberi ruang kepada waris untuk menguruskan anak-anak (jika ada), selesaikan hutang piutang (jika ada) dan sebagainya. Maka jika setahun RM 24,000, 10 tahun bermakna sesorang individu yang bergaji RM 2,000 sebulan memerlukan pampasan sebanyak RM 240,000 dalam polisi takaful atau insuran mereka. Baru solid perlindungan.
Malangnya kawan aku yang sorang ni, perlindungan dia hanyalah RM 40,000 sehingga RM 50,000. Dia tak ingat berapa. Ini adalah satu masalah bila korang sendiri tak ingat jumlah perlindungan sendiri. Sebabnya 3 komponen utama kewangan peribadi adalah:
- Simpanan
- Perlindungan
- Pelaburan
Kawan aku ni sudah skip masuk ke nombor 3. Sepatutnya simpanan dan perlindungan bergerak seiring. Perlindungan digunakan sekiranya terjadi musibah dan tidak perlu mengambil dari simpanan yang ada untuk cover sakit, kematian atau sebarang musibah. Senang cerita, walau apa pun berlaku, simpanan tetap gemuk dan selepas itu baru kita boleh move on kepada pelaburan.
Orang-orang kaya kebanyakkan darinya sudah solid dibahagian simpanan dan perlindungan. Dia sudah boleh ‘all out’ untuk melabur waima apa pun risikonya. Kita yang picisan ini patutnya fikir begitu. Bak kata para pelabur, ‘high risk, high return’ baru dapat rasa ‘duit buat duit’.
Jadi apa alternatifnya?
Aku suruh ambil kad kredit. Rupa-rupanya setelah kami bersembang, dia point out sebenarnya dia nak ambil ASB financing untuk memberi rekod kepada pihak bank yang dia sebenarnya boleh membayar hutang dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan kadar ditetapkan. Dia takut tak lepas buat pembiayaan perumahan nanti.
First step dia adalah ambil kad kredit.
Kenapa? Nanti aku cerita. Kan aku cakap, kes macam ni berbeza antara satu sama lain. Panjang ceritanya. Kalau korang ada sebarang pertanyaan yang mahu diutarakan, boleh terus Whatsapp aku. Kalau malu-malu kucing, boleh email anonymous kat ghafar@ghafarnawi.com. Aku boleh bantu.
Ghafar Nawi
0194046632
#RiskPlanner
#PengurusDanaPusaka
#PenasihatKewanganPeribadi
#KacakNakMati
#HensemAbadi
Freelance Graphic Designer kat Puncak Alam – Blog Slumb3rStory
October 9, 2017 @ 10:41 am
[…] betul aku tak menulis. Post ni mungkin simple, aku cuma nak cerita yang bermula November 2017 ni aku akan memulakan kerja […]