Mana patut kau beli dulu, kereta atau rumah?
Menarik perbincangan yang dimulakan Abang Harith Faisal. Aku tak berapa gemar panggil tuan-tuan dan puan-puan ni sebab tidak mesra. Panggilan ‘Abang’ atau ‘Kakak’ lebih mesra. Hormat aku pada mereka seperti keluarga sendiri… But back to story, pada 6 Julai yang lepas, beliau ada menulis berkenaan persoalan antara rumah dan kereta, mana satu patut beli dahulu.
Jadi aku terbuka hati untuk mengulas berkenaan isu ini. Bukan isu besar pun, kecil suda. Jadi kalau nak dijadikan cerita, ini adalah situasi kepada golongan yang dah cukup 2 asas kewangan peribadi. Sangat simple aku boleh terangkan. Pastikan selepas tamat belajar dan memasuki alam pekerjaan, jangan lupa untuk ingat asas kewangan peribadi. Konsepnya mesti ingat dan praktiskan. Ada 3 sahaja, tak banyak
- Simpanan
- Perlindungan
- Pelaburan
3 benda ini adalah teras kepada kekukuhan kewangan peribadi. Ini adalah konsep yang aku panjangkan dari pembacaan dan amalan aku selama memasuki alam pekerjaan semenjak tahun 2014. Jangan lupa. Ingat dan amalkan.
Selepas sudah faham ketiga-tiga daripadanya, barulah cari alat yang sesuai digunakan. Tapi, bagaimana nak applikasikan kesemua konsep ini?
Macam mana nak guna?
Mudah!
Kuatkan simpanan dahulu, cukupkan 3 bulan gaji. Agak-agak dah 30% dari simpanan 3 bulan gaji, ambil perlindungan. If shitz happen, kau boleh guna duit perlindungan tu untuk cover kerugian. Simpanan kau makin gemuk setelah cukup 3 bulan gaji, baru kau pergi ke nombor 3. Bila dah steady kat nombor 1 dan 2 ni baru kau fikir matlamat seterusnya. Nak beli kereta atau rumah misalnya. Selagi tiada dua ini, kau boleh lupakan nombor 3. Sebab apa?
Sebab kau masih muda dan lama lagi masa kau ada.
Antara rumah dan kereta
Sukahati kau nak pilih yang mana. Tapi beli biar bertujuan.
Beli rumah tak salah, tapi ramai beli rumah yang salah- Zaidi Ismail
Beli kereta tak salah, tapi ramai beli kereta yang salah- Zaidi Ismail.
Jangan serabut, senaraikan keperluan kedua-dua item itu. Kalau kau baca buku ‘Rich Dad, Poor Dad’, kau mesti dah faham dengan konsep liabiliti dan aset bukan? Kedua-dua item bakal kau beli ni boleh jadi aset kalau kau sendiri tahu macam mana nak guna dua-dua tu. Jangan lupa, boleh juga jadi liabiliti. Ambil peduli tentang kos-kos pengurusan terhadap dua item tu dan bezakan. Jangan serabut, Google alternatif kepada keputusan korang tu. InsyaAllah, ditemukan jawapan.
Cadangan aku
Sekiranya konsep nombor 1 dan dua sudah dibuat, adalah terbaik untuk explore kedua-dua alternatif. Cuba ajalah beli kedua-dua. Kalau ikut aku, aku memang tamak. Dua-dua aku nak serentak. Tak boleh? Mesti boleh punyalah.
Beli kereta untuk bina aset rumah, pun boleh jadi. Rebut je dedua. Buat Uber atau Grab (Kalau ada masa dan mampu) dan kereta boleh jadi aset. Tak salah bukan?
Beli rumah dan sewakan, lebihan sewa dari rumah boleh dibuat bayaran kereta. Win-win. Terpulang pada korang masa satu keutamaan.
Terima kasih sebab baca post ni.
Ghafar Nawi
#RiskPlanner
#PengurusDanaPusaka
#PenggunaMotorsikalTegar
#KacakNakMati
#HensemAbadi