RM 67,500 untuk anaknya.
Ade member aku tanya. Dia muda, umur baru 23. Isteri tak bekerja dan ada seorang anak baru lahir bulan 3 haritu. Dia datang kt aku mintak pendapat. Dia sangat sayangkan anak dia. Pernah dia tanya aku, “kau ada tak fikir nak hantar anak sekolah dekat mana?”
Aku jawab “tak pernah fikir la pulak, aku pun belum ada anak lagi,” dan dari situ aku nampak kerisauan seorang ayah. Dia nak anak tu hidup cemerlang, gemilang dan terbilang. Sentiasa mahukan yang terbaik untuknya.
Kerja dia tidaklah begitu mewah gajinya. Bagi memenuhi keperluan keluarga, aku selalu kabor kt dia yang pengurusan kewangan peribadi sangat penting. Simpanan dan perlindungan wajib ada untuk orang macam dia. Pelaburan? Nanti dululah, umur pun muda lagi. Utamakan simpanan dahulu, dah ada 30% simpanan dari 3 bulan gaji baru buat perlindungan.
“Kenapa? Dia tanya,”
Sebab perlindungan tiada fungsi ketara kalau tiada simpanan. Tujuan perlindungan adalah untuk lindungi simpanan. Seandainya ada krisis menimpa, tidak perlulah korek simpanan. Kau dan keluarga semakin kaya dengan simpanan baru boleh pergi ke peringkat seterusnya, pelaburan. Inilah yang dikatakan ‘orang kaya semakin kaya’
Dia ada sedikit simpanan dan mahu mencarum untuk perlindungan anaknya secara bulanan. Amaun terhad katanya. “Berapa?” Aku tanya.
RM 100 extra sebulan. Rezekinya murah. Katanya ada yang mahu menjadi penaja. Aku tak tanya lebih.
Tak lama lepas tu aku cadangkan kat dia manfaat yang dia akan dapat sekiranya RM 100 disimpan dalam akaun khas perlindungan tadi seperti dalam gambar.

Whatsapp sahaja, dia tak datang pejabat untuk kami berjumpa. EL. Isterinya dan anaknya demam. Sayang betul dia dengan keluarganya.
Kita yang belum ada anak pulak macam mana?
Ghafar Nawi
0194046632