Platform Alternatif Untuk Freelance Designer
Aku baru mendapat whatsapp pertanyaan dari salah seorang pembaca blog ni berkenaan apakah platform alternatif untuk freelance designer dalam Malaysia selepas beliau membaca dari post ini. Jadi tanpa membuang masa, aku akan kongsikan beberapa platform yang popular dan aku selalu gunakan untuk mencari atau outsource segala kerja design. Nampak cliche kan? Tapi kalau aku terlampau sibuk, of course aku akan outsource segala job design yang ada. Jadi artikel ini akan membincangkan beberapa platofrm alternative yang korang boleh guna untuk mencari freelance designer.

Platform alternatif untuk freelance designer yang terbaik di Bantu.my
Sini adalah tempat lepak ramai freelancer dalam Malaysia. Nama tempat ini adalah Bantu.my yang mana korang boleh cari bukan setakat freelance designer sahaja, tapi macam-maca freelance lain. Ade freelance accounting, editor, proof reader dan macam-macam lagi. Aku pun lepak tempat ni. Korang boleh tengok sendiri dalam website tu perkhidmatan lain yang ditawarkan. Kalau tak jumpa, mungkin korang boleh request.
Tapi aku nak cerita platform freelance designer kan?
Dalam tu pun ada juga. Aku pun ada sekali. Kot2 jumpa, boleh halo-halo.
Facebook Group
Ini adalah salah satu platform kegemaran aku yang paling senang untuk aku cari freelance designer. Tetapi ada beberapa set-back yang korang perlu tahu. Antaranya adalah facebook group ni fokus kepada pereka grafik tempatan dalam pelbagai platform. Ada DTP, ada web, ada motion, ada advertising dan macam-macam lagi. Korang kena pandai cari dan saring untuk dapatkan freelance yang korang perlu untuk selesaikan masalah korang. Korang kena post job yang korang nak dan insyaAllah akan ada yang respon dan offer. Jangan lupa minta portfolio diorang sebelum korang decide nak upah. Ni untuk elak kena kencing.
Ini adalah salah satu sample. Tapi ada lagi satu group for invitation only iaitu Grafik Malaya. Ini adalah 100% orang dalam industri grafik, sama ada buyer atau seller. Diorang berkumpul sebab nak selesaikan masalah atau nak offer solution kepada masalah. Nampak tak yang sebenarnya dunia grafik ni meluas. Bukan sembarangan orang dapat masuk dalam group ni. Aku dapat masuk pun sebab ada member sekerja approve dan kami memang dalam industri grafik.
GhafarNawi.com
Ini adalah cadangan aku yang baik untuk korang semua ikut. Just Whatsapp aku untuk minta solution. Kepakaran aku dalam DTP, tapi aku dah berjinak-jinak dengan new media punya artwork. Minta tolong design iklan banner untuk facebook, instagram atau twitter bagai, boleh lah. Nak aku designkan website pun boleh. Boleh cuba tengok kat ghafarnawi.com dan tengok sendiri dalam ruangan portfolio tentang artwork yang aku pernah buat.
Kesimpulan
Ini adalah beberapa platform alternatif untuk freelance designer. Walaupun tak banyak, tapi dari sini aku rasa korang boleh gali lagi. Tapi sebelum korang gali lebih dalam, baik korang gali dulu apa masalah grafik yang korang nak freelancer tu selesaikan. Katakanlah benda tu melibatkan sekadar business card, stationary set, banting atau banner, boleh terus korang usha kat tempat sebetulnya dan tanyakan yang berkaitan. Ini untuk elak korang dari merapu dan tak fokus ketika mencari penyelesaikan kepada maslah yang diperlukan.
Harap membantu, kalau tak Whatsapp aku dan tanya. I’m gladly to help.