Minggu Pertama Ijazah Sarjana Komunikasi Visual dan Media Baharu UiTM Shah Alam
Dah minggu pertama aku bergelar pelajar Ijazah Sarjana Komunikasi Visual dan Media Baharu di UiTM Shah Alam. Aku rasa aku tak boleh datang kelas awal la. Paling lambat aku sampai pukul 6.45 petang. Macam minggu pertama ni aku rasa macam tak belajar sangat. Kelas habis awal kot.
Oh lupa, hai geng!
Ramai member2 master ni tak ramah lagi. Mungkin malu-malu. Aku tak tahu apa yang diorang fikir, tapi aku rasa sambung master bukan takat kau nak lulus je. Aku rasa lebih kepada networking dan sharing knowledge. Bab-bab sharing ni aku suka. Siapa tak suka dengar cerita kan. Story telling bak kata orang putih.
Kelas campur-campur. Tak semestinya orang-orang muda. Macam kelas aku baru tadi, ada student tua. Aku respek la kat pakcik ni. Dia bila datang konfem akan duduk dekat belakang. Dah tua pun berani nak sambung belajar kan. Awesome betui.
Aku belum balik lagi. Walaupun kelas dah habis sebelum pukul 8 tadi, aku melepak dengan bangku besi depan pintu fakulti. Makan kejap tadi, lepas tu menaip blog. Macam Dr. Ruslan kata tadi, apa yang ada dalam kepala otak aku, aku kena luahkan dalam bentuk tulisan. Well, I’m ahead of my classmates.
Secara teorinya memanglah bagus, tapi setakat tulis tidak cukup untuk aku bergelar pelajar Ijazah Sarjana Komunikasi Visual dan Media Baharu kat UiTM Shah Alam ni. Aku kena juga buat. Bak kata omputih, ‘walk the talk’.
Semuanya baik-baik belaka. Aku jumpa seorang pensyarah tadi. Dia member kelas aku. Kolej dia kerja kat Ipoh. Jauh dia datang tinggalkan anak bini dia demi mencari ilmu. Aku respek sama brader ni. Kolej dia bagi cuti 2 hari untuk dia belajar sebab kelas tengah minggu. Senang kerja dia.
Aku pun macam rasa nak tukar industri la. Rasa macam nak jadi pensyarah pulak. Tapi belum masanya lagi sebab aku rasa panjang langkah aku untuk tukar industri. Portfolio aku pun tak update lagi, macam mana nak hantar pergi interview kan.
Apa-apa pun, aku sentiasa mengharapkan yang terbaik. Aku dah nak chow, walaupun timer aku belum bunyi menandakan 15 minit telah berlalu, tapi aku akan tamatkan tulisan tu kat sini. Aku tak biasa taip formal ni. Biasa aku main taram je macam aku taip kat twitter. Hahahah!!
Tapi masa dah berubah, aku pun kena berubah. Dulu blog guna blogspot, sekarang dah kena tukar sebab aku dah boleh buat website sendiri. Takkan nak guna lagi domain blogspot tu. Memalukan betui la.
Jangan lupa tengok blog aku. Banyakkan masa aku menaip, buat vlog, edit vlog dan macam-macam side project yang aku buat. Nasib baik waifu faham minat aku macam mana. Mindset aku bukan mindset mencari duit sangat. Aku lebih kejar elimen ‘seronok’ tu sendiri. Kalau nak kejar duit, dah lama aku berhenti kat MagiqAds tu.
Bai gais!
Cita-cita Untuk Menjadi Seorang Pereka Grafik – Blog Slumb3rStory
July 3, 2017 @ 6:12 am
[…] bersama-sama mereka portfolio yang gempak, besar disamping berpakaian yang bersesuaian untuk ditemubual. Tatkala namaku dipanggil, aku berdebar-debar untuk berkongsi hasil kerja aku sepanjang bergelar […]
Isu Branding: Harta Intelek (Jenama) – Blog Slumb3rStory
July 10, 2017 @ 6:22 am
[…] juga nak ingatkan, isi kandungan dalam artikel ini aku gunakan untuk menulis tugasan dibawah subjek Issues in Contemporary Art and Designs (AMT 708) master […]