Alternatif Lain Selain Menggaji Pereka Grafik Bawah RM 1 900
Macam yang aku cakapkan sebelum ni, aku akan bagitahu cara-cara untuk win-win situation dalam menggaji seorang pereka grafik. Pereka grafik sendiri ada masalah iaitu mahu mencari pendapatan dan syarikat pula mahu membuat material promosi untuk kempen pemasaran (contohnya). Jadi dua-dua ini berpasangan. Jangan anggap sebelah pihak sahaja yang untung. Jadi aku akan kongsikan beberapa cara lain untuk korang sebagai owner ataupun bakal buka syarikat untuk mencari seorang pereka grafik.
- Kenal pasti tahap keperluan untuk mengupah seorang pereka grafik professional. Kau tahu kan sekarang ni banyak benda yang kau perlu mulakan dahulu sebelum kau ada seorang pereka grafik sepenuh masa. Persoalannya, perlukah? Adakah khidmat dia akan diperlukan secara rutin? Adakah dia akan fokus 100% pada grafik dan penghasilan material untuk pemasaran yang lain?
Soalan macam ni sepatutnya ditanya sebelum mencari seorang pereka grafik professional. Perlukah?
- Kalau tidak perlu mengupah fulltime, korang boleh consider untuk mengupah seorang pereka grafik secara freelance (maaf, aku tak tahu apa freelance dalam BM). Kau tahu kan platform macam Bantu.my yang mana kau boleh cari sendiri pereka grafik serendah RM 50 untuk setiap servis mereka. Rasa mahal? Contact aku kat 019-404 6632 dan aku sendiri akan jumpa korang untuk consultation khidmat grafik.
Aku akan bantu korang untuk selesaikan masalah grafik dengan harga yang berpatutan. Hanya 20% skill design dan kreativiti, 80% lagi bergantung pada skill komunikasi yang seorang designer ada. 20% skill tu dah banyak tutorial kat facebook, tapi 80% skill lain tu tak ramai boleh master.
- Duga skill pereka grafik kalau nak rasa berbaloi upah seorang pereka grafik sepenuh masa. Tak susah pun nak duga. Kau bagi task, dia akan susun cara kerja dia sendiri (bagi yang berpengalaman, dia tahu soalan apa yang perlu ditanya) untuk mencapai result yang dikehendaki.
Soalan tu akan berbeza jawapan untuk setiap orang, sebab cara kerja berbeza-beza. Kau pilih sendiri mana cara kerja designer tu yang kau suka. Kau bayangkan macam nak beli henfon. Ada macam2 spec, kualiti, brand dan fungsi. Aku jamin kau akan beli fon yang banyak beri manfaat dan boleh membantu kau dalam kehidupan sehari-harian. Sama juga macam designer.
- Takut tersilap langkah dalam memilih pereka grafik? Berikan masa kepadanya 3 bulan. Bayar RM 1 900 keatas dan jangan bawah. Sebab pada aku gaji macam tu dah cukup berbaloi untuk menjadi seorang pereka grafik. Untuk 3 bulan tu sahaja kau hanya ‘bazir’ RM 5 700 kemudian nilaikan semula kerja yang dihasilkan. Adakah nilainya sama atau kurang atau lebih.
Bab nilaikan ni terlalu subjektif. Tapi nasihat aku, bebankan dia dengan tugasan grafik back to back supaya kau dapat perah keringat dia kaw kaw punya. Cuba sesekali bagi job last minit dan kau tengok respon dia macam mana.
Let say pemalas, bagi cubaan sampai 3 kali. Kalau pemalas lagi, kau boleh bagi notis 24 jam terus untuk berhenti. Si lembik tu tak patut jadi designer, dia patut jadi pondan.
- Belajar skill grafik sendiri dan hasilkan apa yang kau nak tu sendiri (kalau plan nak bayar rendah dari RM 1 900) dan kau akan tahu kenapa aku kata RM 1 900 tu harga par. Fresh grad degree memang macam tu. Kau akan dapat bezakan attitude RM 1 900, RM 1 500, dan RM 1 200 macam mana.
Aku pernah jumpa designer RM 1 200 hanya tahu menerima arahan dan execute tanpa memikirkan end product. Kalau typo, typo la juga dia design. Kalau distort, distort la jadinya. Dia tak reti dan takda inisiatif nak betulkan semula supaya artwork tu berkualiti dan terbaik. Kerja dia guna fizikal, tanpa otak. Aku admit, ada yang superb dengan gaji RM 1 200, tapi terus terang aku cakap, kau underpaid bro…
Pada yang gaji RM 1 500 (biasanya lepasan diploma) kerja dia lebih teliti dan ada sedikit knowledge dalam apa yang dibuat. Dia tenang dan sedikit teratur dalam menyusun kerja. Dia juga dapat bezakan antara hasil kerja yang positif dan ada inisiatif untuk buat artwork tu lebih cantik dan puas hati.
kalau korang plan nak bagi gaji RM 1 900 keatas, designer tersebut haruslah mempunyai ciri-ciri seperti seorang
demigoddesigner yang professional. Dia tahu urus krisis dengan berhemah, mempunyai inisiatif untuk membantu. Antara key attitude yang kau boleh ambil designer dengan gaji macam ni ada dua. Pertama minat dia terhadap grafik, kedua inisiatif dia untuk belajar sesuatu yang baru dan betulkan kesilapan yang lama. Skill belajar tu mahal bang… Mahal…
Kesimpulan
Kau nampak apa yang aku bagi tu bukan setakat klu kepada towkey atau owner syarikat, tetapi untuk para designer yang lain. Aku yakin hanya 20% skill dan 80% tu attitude, management, experience dan modal insan yang lain. Designer tak boleh nak harap gaji besar kalau kau tak deliver value yang syarikat mahukan. Macam aku cakap awal-awal tadi, ini win-win situation. Kau bagi value, syarikat bayar kau.
Kalau kau nak minta nasihat atau apa-apa pendapat dan pandangan, boleh contact aku dengan tekan butang “Hubungi” kat sini. Katakanlah kau nak tengok dan tempah khidmat aku dekat Bantu.my, boleh la tengok profil aku kat page profil Ghafar Nawi ni.
Nanti aku sembang benda lain pulak. Emo aku…
Adios~
Ghafar Nawi
-Designer Cabuk-
Platform Alternatif Untuk Freelance Designer – Blog Slumb3rStory
June 4, 2017 @ 3:10 pm
[…] platform alternatif untuk freelance designer dalam Malaysia selepas beliau membaca dari post ini. Jadi tanpa membuang masa, aku akan kongsikan beberapa platform yang popular dan aku selalu gunakan […]