Seorang yang bercita-cita tinggi. Hampir mencecah suku abad dan masih muda. Pengasas bersama Shenget Studio dan merupakan pereka grafik 'freelance' separuh masa berpengkalan di Puncak Alam. Graduan Ijazah Sarjana Komunikasi Visual dan Media Baharu di UiTM Shah Alam dan merupakan ejen takaful bertauliah dari ITQON Group, Damansara Intan. 'Minat', 'Bakat' dan 'Alat' adalah dua unsur yang berbeza.
28 Julai 2016 adalah hari sepatutnya aku pergi bekerja seperti biasa. Aku sudah sedia mental dan fizikal untuk pergi berkursus di Hulu Langat selama 2 hari, Sabtu dan Ahad. Namun perancangan Allah adalah yang terbaik. Aku hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan. Ditakdirkan 28 Julai adalah hari kami sekeluarga dikejutkan dengan berita atok (atoknya waifu) […]
Dah beberapa minggu ni aku aktif menulis. Menulis dan kemudiannya dimuatnaik kat blog ini. Blog ini merupakan cebisan website yang bernaung dibawah domain ghafarnawi.com. Kalau korang klik pada pautan tadi akan terus membawa kepada paparan muka hadapan website ini. Untuk blog pula, aku guna slumb3rstory.ghafarnawi.com. Seorang member aku pernah tanya, apa kepentingan website untuk pengusaha […]
Aku agak bengang juga dengan beberapa syarikat yang aku pernah pergi interview sebelum aku kerja sebagai pereka grafik sepenuh masa sekarang. Aku kena tulis supaya korang yang baru-baru nak bina syarikat ataupun dah establish lama sedikit sebanyak sedar apa kesilapan biasa dilakukan. Aku terus terang cakap, ini adalah post berbaur emosi. Dah lama aku tak tulis […]