Faktor “Kenapa” aku menjalankan misi perlindungan.

Pada ketika ini aku menaip (4.50 pagi), seorang insan bernama Abdul Rahim Bin Nawi sedang bersiap-sedia untuk pergi ke rumah kakaknya di Johor Bahru pada tahun 2015. Selesai bersahur bersama ayahnya di Ayer Hitam, Johor, beliau mengemaskan barang-barangnya dan mahu bertolak menaiki sebuah motorsikal Yamaha 125cc. Tangan ayahnya dan ibu tirinya dicium sebelum melangkah keluar rumah. Ayahnya dan ibu tirinya melihatnya meluncur dan hilang dalam gelap malam.

Tiba di kawasan perumahan Iskandar, JB, pintu rumah kakaknya kunci. Kerana berulang kali mengetuk tetapi tiada orang jawab. Jirannya pula yang tersedar, kakaknya tak menyahut. Diambil telifon bimbit dan terus menghubungi abang keduanya. Merungut kata kakak tak bukak pintu.

Dah hampir pukul 6 pagi. Dia perlu ke pickup point untuk masuk kerja ke Singapura bersama-sama rakan sekerja yang lain dari Malaysia. Naik van ke pickup truck, aku tak pasti. Kakaknya masih tidak membuka pintu. Dia membuat keputusan untuk tidak pergi bekerja. Tidak lama selepas itu, pintu dibuka. Kakaknya kata tak dengar, tidur mati. Tidak mengapalah, dia pun masuk untuk solat dan tidur.

Dalam pukul 9 pagi, abangnya nombor 3 sampai kerumah. Mereka bertiga serumah. Baru melabuhkan punggung di sofa, ternampak adiknya si Rahim mahu keluar. Bila ditanya mahu kemana, dia jawab mahu menguruskan KWSP. Sambil bertanya bagaimana mahu kesana, si adik mengcongak laluan yang bakal ditempuhi. Nekad, mahu menguruskan hal pendaftaran KWSP dan perlu kesana. Ada urusan perlu diselesaikan.

Dia masuk ke bilik untuk solat Dhuha, kemudian bersiap sedia untuk keluar. Tangan kakak dan abangnya dicium. Dia mengajak abangnya untuk menemaninya. Oleh kerana baru sampai, abangnya kata malas nak ikut. Tak apalah, bukan dia tak tahu jalan.

Sempat juga tu meminta kakaknya untuk tidak memasak, kerana dia akan membeli lauk untuk berbuka bersama. Minta izin untuk membawa si Afiq, anak sedara mereka. Afiq adalah anak abangnya yang nombor dua, bekerja di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor. Mereka rapat semenjak si adik bekerja di Singapura dan tinggal di JB.

Motosikalnya diluncur ke arah jalan besar dan itulah kali terakhir kakak dan abangnya tadi mendengar celoteh dari mulutnya. Kali terakhir juga lihat mukanya dengan senyuman. Pukul 11, abang keduanya menerima panggilan dari telefon bimbit adik. Katanya itulah nombor terakhir dia telefon. Adik kemalangan dan meninggal dunia ditempat kejadian. Mayatnya ada dibawah lori berhampiran simpang nak ke bandar dekat tepi highway. Sempurna, tida cacat, pecah. Cuma calar sedikit, luka-luka.

Kami sekeluarga berduka. Mak masih makan ubat penenang sehingga kini. Aku ambil lebih kurang 6 bulan untuk sembuh. Pergi hospital Shah Alam dan ambil ubat juga. Sambil kerja sambil menangis. Bos sampai tegur aku okay ke tidak. Lama…. Lama mahu sembuh…

Dia yang pergi, biarkanlah…

Kami yang hidup kena teruskan walaupun pahit…

Sedih setiap kali melihat ni.
Laporan post mortem.

Selepas 2 tahun, aku buka semula Facebook dan scroll kat ruangan tab sebelah kiri untuk mencari butang “on this day”. Sudah 2 tahun adik pergi meninggalkan kami. Masa aku menulis ni air mata jatuh macam air terjun. Banyak kenangan kami bersama. Dengan keras kepalanya, kasarnya, lembut, kelakar, merapu, eh semuanyalah aku rindu.

Raya ke 4 yang lepas sebelah pagi aku pergi kat kubur adik. Dia dikebumi kat Ayer Hitam. Kalau aku balik sana, tak terlepas untuk ziarah kubur dia. Aku betul-betul rindu dia.

Selepas 2 tahun adik tiada

Jujur dan terus aku cakap, adik tidak mengambil apa-apa polisi takaful. Apa yang ada cuma cebisan dari manfaat beliau sewaktu belajar dahulu. Dia meninggal dunia ketika masih bergelar pelajar di UniKL MIMET Lumut. Takaful dari sana kami peroleh. Tapi kos pengurusannya boleh tahan lama. Banyak perkara perlu diurus sebelum duit takaful tu dapat.

Ini motor arwah semasa kemalangan

Bila meninggal seseorang tu, segala-gala hartanya akan dibekukan. Termasuklah motor arwah adik. Sehingga post ini ditulis, masih belum selesai proses penukaran nama atas masalah birokrasi yang memakan masa. Bila sudah masuk Amanah Raya, jangan mimpilah urusan mahu selesai segera. Segala duitnya dari simpanan dibekukan, sehingga waris terdekat iaitu mak pergi menguruskan dengan linangan air mata setiap kalinya.

Masih ada urusannya belum selesai. Wang polisi berjumlah RM 5000 belum dikeluarkan dari salah satu syarikat insuran dalam Malaysia. Ini adalah tuntutan dari insuran motorsikal yang ditunggang. Tatkala sampai dihospital JB untuk menuntut laporan¬†“ujian toksikologi” tempohari, pegawai bertugas bertanya pada aku, “ini mesti polisi insuran konvensional kan?” aku mengangguk tanda setuju. Dia membebel. Katanya selalu sahaja insuran konvensional ni bermasalah, elok ambil takaful. Aku hanya mampu senyum. Aku tahu ketahian proses ni. Setiap kali aku nak hadap sebarang urusan berkenaan arwah adik, aku menangis. Tak tahan. Dah 2 tahun, masih ada polisi yang sangkut. Kenapa?

Tiada agen tolong guide.

Kami tertinggal borang toksikologi yang mana diperlukan untuk melengkapkan tuntutan insurannya. Sebarang urusan melibatkan takaful sudah selesai setahun yang lepas. Cuma konvensional ni masih sangkut. Tak banyak pun, cuma RM 5000. Terlepas pandang laporan toksikologi tu sebab tidak diminta sebelum ini. Kami cuma sediakan apa yang diminta. Tetapi atas masalah komunikasi, perkara ini tertangguh.

Jauh untuk minta laporan itu. Kena pergi hospital di JB. Bila pergi hospital, diorang cakap laporan tu takda dalam simpanan sebab dibuat oleh jabatan kimia. Laporan sudah dihantar pada pegawai Inspektor yang bertugas. Kami pergi ke unit trafik JB pula untuk berjumpa pegawai yang bertugas, malangnya pegawai itu cuti pula. Pulang ke Puncak Alam dengan hampa. Tah bila nak uruskannya lagi. Masa aku tak banyak nak uruskan benda bodoh ni.

Hutang PTPTN dia dah setel. Hutang-hutang lain tak tahu. Kami selalu pesan kat kawan-kawanya yang datang ziarah, beraya semua untuk maklumkan kalau arwah ada berhutang. Kami sedia nak bayar. Kami tak tahu dengan siapa dia berhutang.

Last gambar kami bertiga. Masa tu adik nak intern dekat Labuan. Ini dekat KLIA tahun 2013 kalau tak silap

Terima kasih kepada sahabat handai arwah. Pada awal-awal pemergian arwah, ramai yang ucap takziah. Sahabat-sahabat dari UniKL bantu sampaikan persatuan yang arwah adik ikut pun turut mengucapkan takziah. Dia memang aktif berpesatuan semasa di UniKL. Menurut pensyarah adik Encik Mun’naim, persatuan yang dia wariskan untuk ditubuhkan sudah tertubuh. Atas usaha adik dengan rakan-rakan, batch seterusnya pula dapat menubuhkan kelab dakwah di UniKL adik belajar. Rezeki arwah adik dapat pahala dari apa yang usahakan. InsyaAllah. Sampai sekarang aku masih menghubungi Encik Mun’naim. Harap-harap silaturrahim ni berkekalan hendaknya.

Dia aktif ISMA, pernah juga berita dia tu masuk dalam web ISMA sendiri. Aku pun terkejut.

Takaful dan hibah.

Hibah maksudnya hadiah. Sekiranya korang meniggal dunia dan ada waris, mereka akan dapat sejumlah pampasan sebagai ‘hadiah’ dari si mati tanda sayang darinya untuk yang ditinggalkan. Arwah adik ada, tapi tak banyak sebab itu takaful dia sebagai pelajar. Sebab dia seorang pelajar. Komitmennya tidak tinggi. Tapi kita yang ada macam-macam hutang ni apa cerita? Ingat, bukan setakat harta boleh diwarisi, hutang pun sama. Hutang dengan bank dah ada takaful, hutang dengan kengkawan tu siapa nak bayar?

Hati aku sedih bila mengenangkan kes adik. Kau tahu tak dia punya feel bila aku lalu nak pergi JB tu untuk uruskan segala postmortem dia, laporan perubatan dan lain-lain, mesti teringat tempat dia eksiden. Hormon adrenaline aku laju je masuk pembuluh darah ni, rasa nak marah, sedih, semuanya adalah. Kalau aku baya mak, mesti makan ubat punya.

Arwah ayah pula, ngam-ngam 5 bulan selepas adik takda, dia pergi meninggalkan kami semua pada usia 70 tahun. Kubur diorang dekat-dekat. Selepas adik meninggal, kesihatan ayah merosot. Tarikh beliau meninggal, sama dengan Tengku Jalil takrikhnya. 7 Disember 2015. Katakanlah pada ketika itu adik sempat mencarum, paling tidak arwah ayah ada sedikit pampasan untuk meneruskan hidup, bayar ubatannya misal.

Walaupun adik tiada komitmen seperti aku sekarang (ada isteri, ada mak) tapi pampasan tu sangat membantu untuk warisnya ketika itu, mak aku. Tak kira dah berapa banyak mak aku keluarkan duit sebagai kos kenderaan untuk ke JB atas urusan takaful dia. Banyak beb, banyak…

Jadi kita yang hidup ni macam mana?

Jangan jadi macam aku… Menyesal tak carumkan arwah adik…

 

Ghafar Nawi

0194046632

#RiskPlanner
#PengurusDanaPusaka
#AbangBertanggungjawab
#HensemNakMati
#KacakAbadi