Takaful Motor dari Takaful Malaysia
Malam tadi balik lambat dari Bangi sebab menuntut ilmu takaful motor a.k.a takaful am dekat salah seorang associates kat sana. 80% prospek aku approach untuk PruBSN tanya aku;
“Takda buat insuran kereta ke bang?”
Dik, bukan abam taknak jual dik, abam jual tapi dalam sosial media ni abam lebih gemar dikenali sebagai orang yang expert bahagian takaful hayat sebab seumur hidup abang servis dengan individu tu. Bukan tugas senang dik, amanah tu. Ye lah… Mana-mana ajal dulu lah, kot tak abam, client abam. Servis sampai matilah katakan.
Tapi disebabkan insuran kereta tu wajib, kau cari juga dik. Kalau satu hari kerajaan wajibkan juga takaful hayat, mau menggelabah kau cari abam dik. Jangan juga kau anggap dua benda ni sama, lain tau dik. Lesen pun lain-lain.
La ni abam pulun mana yang datang dulu dik. Kalau kau tanya abam buat ke idak insuran kereta, abam buat dik. Lepas ni aku nak orang tengok aku sebagai orang yang pakar bab-bab takaful ni, bukan setakat takaful hayat, takaful am juga abam pulun. Jangan keliru, aku dah tukar taktik. PruBSN aku buat, Takaful Malaysia pun aku buat. Asal namanya takaful yang syariah compliant, aku balun semua.
Lagi pun, nak gemukkan semula saving yang dah digunakan. Macam yang aku cerita dalam post lepas.
Kepada client sedia ada, macam biasa aku akan serve korang. Cuma produk tambahan aku jual yang mana tidak terhad kepada takaful hayat sahaja. Ramai juga suruh aku mix antara takaful dengan unit trust, tapi aku tak berapa minat dengan unit trust, walaupun hakikatnya dalam industri yang sama.
Takaful Motor atau nama lainnya adalah takaful am adalah berbeza dengan takaful hayat. Nak lebih faham, takaful yang diletak selain dari manusia. Contohnya kau nak lindungi premis perniagaan atau kereta yang kau guna. Takaful yang direka khas untuk benda selain manusia. Itu yang utamanyalah.
Ada juga yang ajak aku untuk register sebagai agen berkait rapat dengan harta pusaka. Alah, aku tak ingat namanya, tapi kalau nak buat surat lantikan wasi pembahagian hibah, itulah agennya. Mekanismanya aku tak pasti sebab aku pun baru belajar beberapa minggu lepas.
Banyak plan dibawah takaful am ni, tapi aku terangkan satu persatu dalam beberapa siri post akan datang.