Scout Serius Series

Assalamualaikum…

Malam kelmarin [12.9.2010] pukul 10, rancang nak duduk rumah je… tapi dah macam mane, aku dapat panggilan dari seorang member aku… Nama member aku tu abang F…

Abg F: Assalamualikum gapor…
Aku: Walaikumsalam bang, ape cer tepon?
Abg F: Kema dekat mana ni?
Aku: Dekat kampung simpang tiga le, kat perak… ngaphe?
Abg F: Idok le, saje je nelepon… nak ajak kema datang barbekue skarang… ade gak 5 ekor ayam ni… sape nak makan?… moh  le datang…
Aku: Bior betul yeop?… kema kat mane ni?… aku tak boleh lame2 sebab besok aku dah nk balik johor…
Abg F: Bior betol kema nk balik johor udah… ate, baghu nak ngajak baraye ni…
Aku: Sape je yang ade ni yeop?
Abg F: Anak murid kaw gak ni ha… ni ha dier [dier pon pas kat panjang, aku dah x knl sore sape tu… malas nk tulis ape yg aku ckp ngan dier, panjang sgt… macam orangye… haha]
Aku: Rasenye bole ni bang kot… kema kat mane?… aku datang sekarang…
Abg F: Cepat sikit, ayam dah nak masak ni… kami dekat parit 7… bile kema dah sampai sekolah khir johari, telepon…
Aku: ok… tadahal…

Maka, bersama “tenggiling” cepai[EX-5} berdesup g tempat yang dikatakan pada malam jumaat ni…

Tak lama aku pon sampai… sampai je dijemput pula oleh Gemok, budak pengakap kelana…

Terkejut… kerana abg F bersama panjang sekali sedang mengipas ayam yang dikatakan 5 ekor tadi… Cisss! celaka… aku dah kena tipu… baru sekor je ayam tu dikata 5 ekor… Anyway, diorang kelana juga… tapi abang F dan aku dah “retired”… Kira malam ni jumpa-jumpa kami la… saja lepak memalam buta ni kat rumah si gemok ni ha…

Ayam dah siap panggang, aku pon dok cekik la ngan depa…

Aku suka ngan abg F ni sbb dia suka bercerita… cerita dia buat kita berfikir… abg F ni orang2 silat… tapi dia silat yang mistik2 dan misteri… aku tak tahu sangat la pasal mistik2 dier… anyway, aku bukan nak citer pasal dia ni… aku nk cerita pasal benda lain…

==============================================================

Lepas makan, kami pon lepak di ruang tamu… bercerita pasal pengakap… aku dah lama tak amik pot pun pasal pengakap dah dekat setahun… apa yang aku tahu, jawatankuasa daerah dah dirombak… pesuruhjaya pengakap daerah hilir perak bukan cikgu aku lagi… dah tuka kepada abang johari… abang johari ni gemok pendek, ade misai tebal… kalau mekap sikit dah boleh jadi badut sarkas… asik kena buli kat kem… kami panggil dia ‘tedi bear’… comel… tapi dah tua… ade misai lg… hehe… bayangkan la muka dia sama dengan badut sarkas idung merah gemok pendek… jalan terkengkang2… haha… tapi dier baik… sumpah tak tipu… aku tak hairan ngape dia dapat jadi pesuruhjaya daerah… dia berkaliber… berdarah muda… walaupun dah berumur sikit…

cerita pertama…
Kitorang bercerita pasal hal kenapa aku dan abg F keluar pengakap… sebab panjang ngan gemok ni tak tahu… diorang orang baru… aku dah lepas king scout, baru diorang nk masuk… storynye macam ni:

Kenapa aku dan abg F keluar pengakap… ====>
Kes aku di SK selabak semasa pentauliahan pengakap kelana yang baru, aku datang lambat masa pentauliahan sbb ikut abg F ni balik… ===>
Ade ura2 yang mengatakan aku telah dirancang untuk membuang aku dari pengakap ===>
Aku dah dapt agak, ade 4 orang iaitu Abg K, Abg E, Abg L ngan Abg ape tah lg sorang… aku tak dapat ingat… ===>
Dah terlanjur cerita pasal 4 orang ni, cerita la ngape kami taksuka kat diorang…

kes pertama
Ini kes yang paling aku ingat sekali kerana ini adalah hari aku rasa dah “LOST” dengan pengakap sbb miss pentauliahan kelana tu la…

aku pelik sbb :
1) Ade sorang kakak pemimpin pengakap yang aku panggil Kak R, dia datang kem tu dengan adik perempuan dia… kenapa? biase dia datang sorang2…
2) Akak R ni balik rumah dan tidak bermalam di SK selabak tersebut pada pukul 2 pagi bersama adik dia walaupun dipujuk oleh Pak Y [otai pengakap]… biasanya dia tidor sekali ngan Iqa [awek aku yang datang same ngan aku kat kem tu]…

Aku tak tahu cerita sebenar…

Rupanya, adik perempuan dia di “seksual harrasment” oleh seorang pemimpin pengakap dan orang itu adalah salah seorang dari 4 orang tu…
Bukan takat tu je, Kak R ni pon pena kena time perkhemahan di Batu 8, Teluk Intan…

Aku punye la terkezut…!

Sebenarnya 4 orang itu adalah antara orang yang aku respek sekali dalam pengakap sebabnya diorang dah byk tolong aku masa aku nk jadi pengakap raja dulu… salah seorang dari diorang la yang “seksual harrasment” Kak R dan adik dia [brape byk kali dah mau mention]… yer le kite tak rase… cuba yang kena bini ker @ anak kita sendiri… memang hanjeng perangai macam tu…

Susahnye nak percaya diorang macam tu…

Bila dah jadi macam ni… aku berkobar2 nak bwt research lagi… bukan hapa, aku sayangkan pengakap ni… aku taknak pengakap ni musnah…

siri siasatan aku bersambung di lain post