Contoh design website Portal Berita: KelabGajet.com

Selamat menyambut awal Ramadan geng! Okay, aku rasa aku perlu menulis berkenaan dengan design yang pernah aku buat secara berkala nampaknyalah. Aku banyak akan dedahkan design aku buat secara freelance je. Jadi, dibawah adalah contoh design website Portal Berita yang pernah aku buat.

Website ini masih run sampai sekarang. Aku adalah tech admin untuk kelabgajet.com ni. Ada 3 orang partner yang beraksi disebalik website ini. Towkey besarnya adalah En. Hanafis Haris dan korang boleh tanya dan cross check dengan dia pasal projek kitorang ni.

Ini adalah platform aku untuk belajar banyak benda, dari setting website sampai kenal pasti readability dan page speed insights yang membantu para pemabaca.

Pada korang yang suka baca berkenaan topik teknologi gajet dan applikasi, ini adalah yang terbaik aku boleh offer. Brader Napis ni dia otai bab-bab teknologi ni dan dia banyak menghantar artikel pada pelbagai media cetak yang berkredabiliti.

Aku masih ingat masa dia offer aku untuk buat dulu, aku tak minta duit dan aku cakap kat dia ini adalah portfolio aku. Dia setuju dan kami pun sain kontrak. Kontrak ye, kontrak. Ini bukan janji ditepati, ini janji “until further notice” yang awesome.

Eksperimen Plugin Dalam Contoh Design Website

Contoh Design Website (plugin)

Rompong-rompong sikit ni, aduh~

Nampak dibahagian ini ada macam rompong sikit kan? Bukan apa, artikel ini masih boleh dibaca, cuma setiap page sepatutnya ada ‘featured image’ tapi tak sempat nk update. Artikel banyak kot nak letak dalam ni. Celah mana nak update satu-satu. Contoh design website yang aku buat ni juga eksperimen dengan pelbagai plugin dari plugin portal berita yang popular. Tapi so far semua plugin tu free, kami takda bajet lagi untuk upgrade.

 

Contoh Design Website (Tab)

Ruangan feveret aku~

 

Salah satu plugin lain yang free kami cuba adalah ruangan tab. Kami kelaskan tab-tab tersebut kepada beberapa bahagian yang kami rasa sesuai untuk pembaca. Antara tab mengikut kategori adalah, tips-tips gajet, applikasi pilihan, Facebook Kelab Gajet dan Pertanyaan Gajet.

Pilihan tab untuk Pertanyaan Gajet adalah untuk memastikan setiap persoalan “remeh” sesetengah peniaga peranti mudah alih malas nak tanya, korang boleh terus tanya dalam tu.

So… Ini adalah salah satu contoh design website yang pernah aku buat.

Selain dari itu, ghafarnawi.com, shengetstudio.com dan telukintankini.com juga aku buat. Aku paparkan satu-satu lah untuk korang.